"Bangun!! Bangun!! Turun sarapan!!" Jerit Jin dari bawah.
Kelihatan Nam Joon sedang menuju ke arah Jin dengan headphone yang masih tergantung dilehernya. Tahulah dia bahawa lelaki itu sedang menggubah lagu baru untuk mereka.
"Joon... Mana yang lain?" Tanya Jin.
"Kat atas... Semua baru bangun tidur masa hyung jerit tadi.
"Kalau macam tu apa kata kau pergi kejutkan diorang..." Kata Jin.
Baru sahaja Nam Joon ingin mengejutkan mereka, kelihat V, Jimin, Suga dan J-Hope sudah berada di kedudukan masing-masing kecuali Jungkook.
"Eh.... Mana Jungkook? Dia tak nak sarapan ke?" Tanya Jin panjang lebar.
"Hyung... Manalah kitorang tahu si Jungkook tu? Lagipun... Bukan ke semalam dia cakap dia tak sihat?" Kata Jimin kepada Jin.
"Eh.. Ha'ahlah... Kejap hyung gi tengok dia... Korang sarapan dulu.." Kata Jin lalu menuju ke bilik Jungkook.
Pintu dibuka perlahan. Kelihatan si maknae masih lagi dibuai mimpi yang indah. Jin menghampiri Jungkook lalu dikejutkan lelaki yang berusia 22 tahun itu.
"Jungkook... Jungkook... Bangun sarapan jom?" Panggil Jin dengan lembut.
"Hmmm...." Rengek Jungkook.
Jin menekapkan tapak tangannya di dahi Jungkook. Dia dapat merasakan suhu badan si maknae itu sedikit panas.
"Dia demam ke?" Tanya Jin sendirian.
"Kook... Jungkook... Bangun... Sarapan jom.." Panggil Jin lagi.
Jungkook membuka matanya. Kelihatan Jin sedang duduk di birai katilnya. Di gosok matanya perlahan.
"Hyung... Sekarang dah pukul berapa?" Tanya Jungkook yang masih lagi mamai.
"Sekarang dah pukul 8:30 pagi... Jom sarapan.. Yang lain dah tunggu kat bawah.." Kata Jin.
Jungkook hanya mengangguk. Dia segara bangun lalu menuju ke bilik air. Jin sudah keluar dari biliknya dan menuju ke dapur untuk bersarapan.
"Haih... Macam mana ni? Apa aku nak bagitau kat hyung ni?" Kata Jungkook sendirian.
.
.
.
(Time Skip)
.
.
."Jungkook... Hyung nak keluar jap lagi... Kau nak ikut tak?" Tanya Nam Joon.
"Pergi mana hyung?" Tanya Jungkook.
"Nak pergi beli barang.. Semua nak pergi... Kau nak ikut tak?"
"Hmm.. Tak kot... Jungkook rasa tak sihatlah..." Kata Jungkook.
"Betul ni.. Kau tak nak ikut?" Tanya Nam Joon lagi.
"Ha'ah.. Lagipun Kook rasa nak berehat je kat rumah..."
"Okey... Nanti jangan lupa kunci pintu sebab tak ada orang tau.. " Jin.
Keenam-enam mereka pergi meninggalkan Jungkook sendirian dirumah. Jungkook segera menutup pintu. Dia mengatur langkahnya menuju ke biliknya.
"Hmm.. Settle masalah... Takyah susah nak bagitau hyung yang aku nak keluar..."
"Dahlah jom siap... Kang lambat pulak... " Kata Jungkook lalu bersiap.
.
.
.
.
.
.Jungkook mengunci pintu seperti yang dipesan oleh Jin. Dia kemudian berjalan ke arah rumah Yeon Hee.
Kelihatan Yeon Hee baru sahaja keluar dari rumahnya. Jungkook mengambil keputusan untuk menghampiri Yeon Hee. Jungkook sedikit terpesona apabila melihat Yeon Hee mengenakan hoodie berwarna pink dan seluar legging berwarna hitam. Rambutnya pula disisip rapi dan diikat ekor kuda.
YOU ARE READING
BTS NEXT DOOR
Teen FictionApabila sekumpulan artis lelaki iaitu BTS berpindah ke sebuah kawasan perumahan yang baru selama satu bulan dan ditemani oleh seorang pembantu rumah wanita, apa yang bakal berlaku? Begitulah kehidupan Park Yeon Hee iaitu seorang gadis yang berusia 2...