Yeon Hee P.O.V.
Telefon dicapai lalu dimatikan alarm. Jam di skrin telefon dilihat. Rasa malas masih lagi menguasai dirinya namun digagahkan juga dirinya untuk bangun kerana hari ini fia harus bekerja.
Tuala dicapai lalu segera kaki dibawa menuju ke bilik air yang terletak di hujung biliknya itu.
.
.
.
(Time Skip)
.
.
.Pintu rumah BTS dibuka dan wajahnya yang sebentar tadi kosong terus berubah apabila melihat isi rumah tersebut. Terkejut. Keadaan rumah tersebut amatlah selerak.
Baru satu hari dia bercuti dan keadaan rumah itu sudah tidak terkawal. Plastik bungkusan makanan ringan bersepah diatas meja, serbuk-serbuk biskut penuh di atas karpet mewah dan pelbagai lagi yang author sendiri tak boleh nak buat list...
"What the... Apa yang dah jadi ni?"
Yeon Hee hanya menggelebgkan kepalanya. Nama saja idol...
"Korang!! Korang!! Mana korang?!" Panggil Yeon Hee namun tiada yang menjawab.
"Korang?! Jin?! Mana korang?"
Yeon Hee mencari sambil memanggil mereka di setiap sudit rumah itu namun, tiada siapa yang membalasnya. Akhirnya dia berputus asa. Langkah dibawa ke dapur.
Ketika Yeon Hee ingin membuka peti sejuk, dia terpandang sebuah nota kecil yang dilekatkan di pintu peti sejuk itu.
" Yeon Hee, kitorang keluar kejap ada urusan and kitorang akan terus pergi beli barang... Jadi awak tak payah masak apa-apa tau hari ni.."
~ From BTS~
Yeon Hee hanya mengangguk setelah membaca nota daripada BTS itu. Beg silang yang tersilang kemas di badan Yeon Hee ditanggalkan dan diletakkan di atas meja dapur itu.Penyapu dan penyodok dicapai lalu Yeon Hee mula mengemas rumah itu. Sakit matanya apabila melihat rumah itu berselerak.
Setelah selesai mengemas, Yeon Hee menyimpan semula peralatan yang diambilnya. Sebuah gelas diambil lalu peti sejuk dibuka. Sekali lagi Yeon Hee mengeluh. Peti sejuk itu kelihatan kosong tanpa sebarang makanan.
Sebotol air kosong dicapai lalu dituangkan air itu kedalam gelasnya. Dia tahu apa yang perlu dilakukannya selepas ini.
Ya.. Dia perlu membeli bahan makanan untuk BTS. Beg silang dicapai lalu dia segera menuju ke pasar raya yang berdekatan.
.
.
.
.
.Kelihatan tidak ramai orang pada waktu itu. Mungkin kerana hari itu merupakan hari orang bekerja. Dicapai troli lalu dia mula mencari bahan makanan.
Yeon Hee mengambil beberapa bungkus mi segera dan beberapa kotak bijirin sarapan.
Dia menolak troli yang penuh dengan stok makanan itu ke arah kaunter pembayaran. Jurukaunter mula mengeskan barang-barang yang dibeli oleh Yeon Hee.
"Semuanya sekali 80,0000 Won..." Kata jurukaunter itu.
Yeon Hee mengeluarkan sejumlah wang not yang disebutkan. Plastik-plastik yang tersusun itu diambil lalu meninggalkan pasar raya tersebut.
"Diaorang meati gembira bila nampak semua makanan ni..." Kata Yeon Hee dengan gembira sambil melihat ke arah plastik-plastik itu.
Ketika dia sedang membayangkan wajah-wajah ahli BTS yang tersenyum melihat makanan itu, tanpa disedari dia telah melanggar seorang lelaki dan plastik-plastik itu jatuh di atas jalan.
"Auch... Mianhae... Saya.. Saya tak sengaja..." Kata Yeon Hee.
"It's okey... Awak tak apa-apa ke cik?" Tanya lelaki yang dilanggarnya sambip menghulurkan tangannya kepada Yeon Hee
YOU ARE READING
BTS NEXT DOOR
Teen FictionApabila sekumpulan artis lelaki iaitu BTS berpindah ke sebuah kawasan perumahan yang baru selama satu bulan dan ditemani oleh seorang pembantu rumah wanita, apa yang bakal berlaku? Begitulah kehidupan Park Yeon Hee iaitu seorang gadis yang berusia 2...