~ Yeon Hee P.O.V ~
Yeon Hee masih lagi terkaku. Ya, dia
tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Lelaki yang dicintai sepenuh hatinya selama ini rupa-rupanya berada dekat sangat dengan dirinya.
Kejadian petang tadi sekali lagi mula berputar kembali di kotak fikirannya.Yeon Hee tersenyum lebar seorang diri. Bantal peluk berbentuk bulat itu diambil lalu digenggam erat. Kakinya memukul katil yang menjadi tempat baringnya.
" Aku macam tak percaya... Rupanya, dialah Mr. Bunny tu.."
"Arhg!!!"
Ketika dirinya sedang seronok sendirian, telefon pintarnya tiba-tiba berdering. Yeon Hee segera mencapai telefon pintarnya.
"Hish... Siapa pula yang kacau aku tengah seronok ni?" Rungut Yeon Hee.
"Huh!! Eomma?!" Yeon Hee sedikit terkejut apabila nombor yang terpapar di skrin telefon itu ialah emaknya.
"Annyeong eomma..." Kata Yeon Hee.
"Hmm.... Bertuah punya anak dara... Kalau kita tak telefonnya, dia takkan punya nak telefon kita... Tanya khabar..." Kata emak Yeon Hee.
"Hehe... Sorrylah eomma... Yeon Hee sibuk sikit... Bukannya orang tak nak call eomma..." Kata Yeon Hee.
"Tahulah dah ada kerja.. Tapi ingat, kerja sebagai pembantu tu cuma sementara je.. Cepatlah pergi cari kerja baru tau..."
"Iye baik... Tapi kenapa eomma call ni? Selalunya, eomma akan call bila waktu penting je?" Tanya Yeon Hee curiga.
"Ish... Kamu ni.. Dah lupa ke? BTS tu kan tinggal lagi seminggu je lagi nak duduk kat sini?"
"Hah!! What!! Eomma... Seriuslah... Kenapa orang tak perasan pun?" Tanya Yeon Hee sedikit terkejut.
"Ha... Itulah... Bila orang cakap tak bagi tumpuan... Kan diorang tinggal lat sini sebulan aje kan... Minggu ni dah masuk minggu ketiga mereka kat sini.." Terang Puan Lee kepada satu-satunya anak perempuannya itu.
"Okey... Eomma... Bila eomma nak balik sini... Orang rindulah kat eomma..."
"Eih... Ngada-ngada betullah... Eomma akan balik mungkin dalam beberapa hari lagi... Tengoklah macam mana nanti... Lagipun, nenek kamu tu dah makin sihat..."
"Hmm... Okey dah lah... Orang nak gi mandi jap..."
"Bertuah punya anak... Tak mandi lagi... Dah nak malam ni... Park Yeon Hee!! Pergi mandi sekarang!!"
Yeon Hee segera menamatkan panggilan apabila memdengar bebelan emaknya. Tuala segera dicapai dan kaki laju melangkah ke bilik air.
.
.
.
.
.~ Jungkook P.O.V ~
Senyuman bahagia masih lagi terukir indah di wajah Jungkook. Kedengaran juga beberapa siulan dan senandung lagu-lagu dari kumpulannya semdiri. Diselang-selikan juga dengan beberapa gerak tarian. Langkah dibawa menuju ke rumah yang disewa mereka bertujuh.
Kelihatan van hitam memakir kemas diperkarangan rumah banglo tersebut dan kelihatan enam members bts segera keluar dari perut van. Pada masa yang sama, Jungkook juga turut sampai ke rumah.
"Kook?!" Panggil Nam Joon.
Jungkook yang sedang leka menyanyikan lagu 'Boy in Luv' yang disertakan beberapa tarian tadi terus berhenti dan memandang ke arah mereka berenam. Jungkook memandang mereka dengan pelik.
"Apa pandang-pandang? Ada hutang ke?" Kata Jimin kepada Jungkook.
"Hyung... Kau yang hutang aku adalah..."
YOU ARE READING
BTS NEXT DOOR
Teen FictionApabila sekumpulan artis lelaki iaitu BTS berpindah ke sebuah kawasan perumahan yang baru selama satu bulan dan ditemani oleh seorang pembantu rumah wanita, apa yang bakal berlaku? Begitulah kehidupan Park Yeon Hee iaitu seorang gadis yang berusia 2...