Chapter 13 : Jealous

90 8 0
                                    

~ Jungkook P.O.V ~

"Okey... Dah nak siap dah... Sikit lagi je and.... Perfect!!" Kata Jungkook dengan gembira.

Korang semua mesti pelikkan dengan apa yang Jungkook tengah buat sekarang ni?

Jungkook sedang mengemas barang-barang yang bersepah di dalam biliknya kerana malam semalam mereka berenam mengadakan parti di bilik Jungkook.

Sudah hampir 2 jam mengemas biliknya berseorangan. Selepas mengadakan parti semalam, mereka hanya beredar begitu sahaja dan meninggalkan bilik yang penuh dengan sampah.

"Haih... Penatnya... Nasib baik dah siap...." Rungut Jungkook.

Baru sahaja niatnya ingin melelap mata, tiba-tiba Jungkook menerima satu pesanan ringkas dari Suga.

" Kook... Siap cepat... Nanti hyung sampai... Tak sempat nak explain.." -Sg

Jungkook hanya memaparkan riak pelik setelah membaca mesej dari Suga.

"Siap? Tapi aku dah janji nak pergi date dengan Yeon Hee... Aish.. Macam mana ni?" Fikir Jungkook.

" Erk... Hyung nak ajak Kook pergi mana ni?" - Jk

" Siap jelah... Banyak tanya pula..." - Sg

" Bagitau jelah... Kalau tak Kook tak nak siap...." - Jk.

10 minit telah berlalu namun, Jungkook masih tidak mendapat balasan dari Suga. Kedengaran keluhan kecil dari Jungkook.

Baru sahaja dia ingin menyambung tidur, kedengaran nada dering lagu Euphoria menyapa corang telinganya.

"Jungkook... Cepat siap!! Hyung dah nak sampai dah ni... Kalau tak hyung akan buat kau menyesal!!" Kedengaran suara Jin sedang mengugut Jungkook melalui telefon.

Gulp...

"Ba.. Baik... Kook pergi siap sekarang... Okey bye..." Jungkook segara mencapai tualanya dan segera berlari menuju ke bilik air setelah menamatkan panggilan sebentar tadi.

~ End Of Jungkook P.O.V ~
.
.
.
.
.
.

~ Yeon Hee P.O.V ~

Kelihatan pelbagai jenis baju, seluar, gaun dan kemeja dilempar di atas latil apabila si empunya berasa tidak bersesuaian dengannya.

"Hish... Macam pelik je kalau aku pakai baju ni... Too colourful... Next..." Kata Yeon Hee lalu mencampakkan sehelai gaun polka dot.

"Aish... Aku nak pakai baju apa ni? Aku tak nak nampak hodoh masa kitorang date nanti... Eotteokhae?!"

Yeon Hee melemparkan badannya di atas timbunan baju yang berada di atas katilnya itu. Dia berfikir sejenak tentang baju yang ingin dipakainya. Tiba-tiba sebuah idea muncul difikirannya. Segera telefon dicapai dan jari-jemarinya laju mendail nombor seseorang.

"Hello Yeon Hee... Kau asal call aku time-time macam ni?" Tanya satu suara lembut di hujung telefon.

" Da Hye!!! Help me!!" Kata Yeon Hee.

"Ya!! Kau dah kenapa?! Jap.. No need to explain.. Aku datang sekarang... Dalam 15 minit lagi aku sampai... Tunggu...." Kata Da Hye.

Da Hye atau namanya Choi Da Hye merupakan kawan baik kepada Yeon Hee sejak mereka di sekolah rendah lagi.

Yeon Hee yang belum menerangkan apa-apa lagi terkesima apabila Da Hye terus mematikan panggilannya. Itulah sikap kawan baiknya, selalu hadir ketika dia mempunyai masalah.
.
.
.
> Time Skip <
.
.
.

BTS NEXT DOORWhere stories live. Discover now