Chapter 1: Bermulanya Cuti

318 33 0
                                    

"Kim Nam Joon, Kim Seok Jin, Min Yoon Gi, Jung Ho Seok, Park Jimin, kim Tae Hyung, Jung Jungkook!!! BTS!!! "

Kedengaran suara para peminat menjerit artis pujaan mereka iaitu BTS yang sedang mengadakan sebuah konsert di Daegu, Korea Selatan.

Mereka juga turut menyanyi bersama jejaka-jejaka tersebut sambil mengayunkan 'lightstick' BTS apabila salah satu lagu BTS iaitu ' I Need You' dimainkan.
.
.
.
.
.

Setelah tamatnya konsert itu, kesemua ahli BTS mengorak langkah menuju ke bilik rehat.

"Fuh... Tak sangka kita akan tamat selewat ni.. " Kata Nam Joon sambil melihat ke arah jam tangannya.

"Tulah... Ingatkan boleh rehat awal kat rumah..." Rungut Jin lalu meneguk sebotol air yang disediakan.

"Tahniah.... Kamu telah berjaya mengumpulkan jumlah wang yang banyak..." Kata Pd Bang sambil tersenyum.

"Betul ke? Wah!!!  Bagusnya!!" Kata V dengan gembira.

"Satu lagi, kamu semua juga telah berjaya menghabiskan jadual comeback dan konsert kamu...  Jadi selepas ni kamu akan diberi cuti... "

"Betul ni? Ada cuti?" Soal Suga dengan penuh curiga.

"Betul... Kalau saya tak salah, kamu semua akan bercuti selama satu bulan..." Kata Pd Bang lagi sambil memeriksa semula jadual cuti kumpulan artus muda itu.

"Yay!!! Cuti selama satu bulan!!!" Jerit ketiga-tiga maknae BTS.

"Kalau ada apa-apa saya akan telefon Nam Joon untuk maklumkan kepada kamu... Sekarang jom balik rumah..." Kata Pd Bang.

"Finally... Rumah!!!" Kata Suga dan aja yang lain hanya mampu ketawa sahaja dengan sikap salah seorang dari mereka itu.
.
.

- Time Skip -

.
.

Sebaik sahaja tiba di rumah, kesemua ahli BTS menuju ke bilik masing-masing dan melakukan perkara yang mereka ingin lakukan.

"Jungkook... Jangan lupa mandi dulu sebelum tidur...." Pesan ahli yang paling tua diantara mereka.

"Baik hyung.... Jungkook naik dulu..." Balas Jungkook lalu meninggalkan Jin yang masih lagi berada di ruang tamu.

Jungkook membaringkan dirinya di atas katil sambil mengeluh. Penat. Itulah yang dirasakan dirinya sekarang. Telefon dikeluarkan lalu dibeleknya.

"Haih... Rindunya kat kau..." Rungut Jungkook sendirian.

Tanpa disedari oleh Jungkook, V melangkah masuk lalu dia terdengar
apa yang dikatakan oleh Jungkook.

"Rindu siapa? Hyung eh?" Kata V dengan tiba-tiba.

Jungkook segera menoleh apabila terdengar satu suara di sebelah kanannya. Kelihatan V lengkap dengan berpakaian tidur duduk bersebelahannya.

"Mana adalah... Jungkook tak rindu hyung pon..." Kata Jungkook sambil ketawa melihat reaksi v.

"Ceh... Sombong betul...." Kata V perlahan namun masih boleh didengari oleh Jungkook.

"Hyung dengan pakai macam ni, mesti nak tidur sini kan malam ni?" Tanya Jungkook apabila melihat V yang berada di dalam biliknya sambil membawa patung Tata.

V hanya mengangguk kecil. Jungkook hanya tersenyum sahaja. Walaupun mereka tinggal di bilik yang berasingan namun kadang-kadang mereka akan berkongsi bilik bersama.

Jungkook segera meninggalkan katilnya dan menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya.
.
.
.
.
.

Keesokkan Harinya

BTS NEXT DOORWhere stories live. Discover now