Jungkook mematikan alarmnya yang berbunyi. Digosok perlahan matanya lalu dicapai telefon pintar. Sebuah senyuman mula terukir dibibirnya. Memori semalam mula bermain di fikirannya. Dia segera bangun lalu menuju ke bilik air.
Seusai membersihkan diri, Jungkook mengenakan sehelai t-shirt putih dan jaket biru cair berserta seluar jeans hitam. Rambutnya yang sedikit serabut itu dikemaskan. Jungkook segera turun ke bawah apabila mendengar suara Jin.
"Morning hyung..." Kata Jungkook kepada mereka semua.
"Pagi... Nak sarapan Kook..." Balas Jin lalu meletakkan sarapan Jungkook di hadapannya.
"Thanks hyung...."
"Wait.... Asal kau nampak pelik sangat hari ni?" Tanya V.
"Apa yang peliknya? Biasa je aku tengok dia?" Balas Suga malas.
"Entah hyung ni.. Apa yang peliknya?" Kata Jungkook kepada V.
"Entahlah... Tapi aku rasa apa yang V cakap tu ada betulnya..." Kata Jimin.
"Hmmm.... Hyung? Kalau Kook nak keluar kejap boleh tak?" Tanya Jungkook kepada mereka.
"Kau nak pergi mana?" Tanya Jimin pula.
"Nak pergi ambil angin.. Kat sini ada satu tempat yang cantik..."
"Tempat apa tu?" Tanya Nam Joon.
"Kat sini ada sebuah taman and dekat taman tu ada tasik... Cantik tasik tu... Semalam pun Jungkook keluar pergi tengok sunset..." Kata Jungkook bersungguh-sungguh.
"Hmm.. Aku rasa aku nak keluar juga lah..." Kata J-Hope tiba-tiba.
"Kau nak pergi mana?" Tanya Jin.
"Nak ikut Jungkook... Lagipun bosan lah duduk kat rumah ni tak buat apa-apa... Nak juga pergi bersiar-siar..." Kata J-Hope lagi.
"Bagus juga cadangan itu.. Dah lama kita terperap dalam rumah ni... Apa kata kita keluar lepas sarapan? Dalam pukul 9? Nak? " Cadang Nam Joon.
"Yay!!" Jerit mereka serentak.
"Tapi siapa yang lambat aku tinggal korang!!" Nam Joon memberi amaran kepada mereka semua. Dia tahu kalau diajak keluar, mereka semua akan mengambil masa yang lama untuk bersiap.
"Eh kejap.... Yeon Hee tak datang ke hari ni?" Tanya Jimin apabila didapati gadis muda itu tiada di rumah mereka.
"Tak.. Dia tak datang..." Kata Jin.
"Kenapa dia tak datang?" Tanya J-Hope yang sedikit kecewa.
"Entah... Dia cakap dia ada benda nak buat dalam dua hari ni... Jadi dia akan datang lusa ni... So, korang kena tolong aku kemas rumah... Faham?!" Kata Jin.
"Ada benda nak buat? Apalah agaknya ye?" Fikir Jungkook.
.
.
.
(Time Skip)
.
.
.Kelihatan Jimin, V dan J-Hope sedang rancak bermain permainan video online. Suga pula sedang berbaring diatas sofa sambil menonton tv manakala Jungkook sedang bercerita tentang kawasan di sekitar taman tersebut kepada Nam Joon.
"Haih... Mana Jin hyung ni?" Rungut V.
"Lama betul... Kata nak pergi pukul 9 pagi... Sekarang ni dah nak dekat pukul 9:30 dah..." Kali ini Jimin pula merungut.
"Ha'ah... Entah dah berapa round kita main game ni.. Dia tak turun-turun lagi..." Kali ini J-hope pula bersuara.
Baru saja Nam Joon ingin bersuara, kelihatan Jin turun ke bawah sambil membawa tikar, bakul dan bermacam-macam lagi benda.
YOU ARE READING
BTS NEXT DOOR
Teen FictionApabila sekumpulan artis lelaki iaitu BTS berpindah ke sebuah kawasan perumahan yang baru selama satu bulan dan ditemani oleh seorang pembantu rumah wanita, apa yang bakal berlaku? Begitulah kehidupan Park Yeon Hee iaitu seorang gadis yang berusia 2...