Bab 1-1

207 7 0
                                    

"Aku terima nikahnya, Raja Bella Qarisya binti Raja Bakhri dengan maskahwinnya 500 ringgit tunai"

Dengan sekali lafaz, Bella Qarisya menjadi isteri Tengku Irfan Muhammad dengan sah. Tangan di angkat untuk membaca doa.

Bella menangis. Dia tidak sangka dan sangat tidak sangka. Dia menjadi milik kawan baiknya. Orang yang tidak dicintainya.

Semuanya kerana satu sahaja. Kerana syarikat, hidup Bella hancur.

Bukan dia tidak suka berkahwin dengan Irfan, tetapi impiannya berkahwin dengan cinta hatinya, tidak dapat dimakbulkan.

'Aku benci kau, Irfan'

Flashback

Gadis yang bertubuh lampai, berkulit coklat cerah dan berwajah tembam serta pipi yang mempunyai lesung pipit yang dalam, sedang membetulkan awning tudung sekolahnya.

Dia duduk di hujung bangku sekolah sambil sibuk memandang pelajar lelaki yang sedang bermain bola sepak.

Matanya tidak henti melihat seorang lelaki yang berkulit coklat cerah sepertinya, sedang sibuk menggelecek bola. Hatinya berdegup kencang melihat lelaki itu.

Seorang lagi lelaki dilihatnya. Dua lelaki yang dilihatnya adalah kawan baiknya. Mereka bertiga sememangnya sentiasa bersama dari darjah satu sehingga tingkatan 5.

Habis sahaja permainan bola sepak, dua-dua lelaki itu datang ke arah mana gadis tadi duduk. Si gadis menghulurkan tuala kecil mereka berserta dengan botol air yang dibawanya sekali.

"Macam mana aku main tadi, Bell? "

"Hebat juga kau main. Tapi, Haikal main lagi hebat! Dia jaringkan gol tiga kali! "

"Hahaha, mana ada, Bell. Biasa sahaja lah"

"Kau memang Bell, dari dulu Haikal je hebat main. Aku ni? Bila perlukan bantuan aku, baru puji aku hebat"

"Alah Irfan, kau hebat dalam pelajaran, manakala Haikal hebat dalam sukan. Kan adil tu? "

"Yelah, Raja Bella Qaisara"

Mereka bertiga, Raja Bella Qaisara binti Raja Bakhri, Tengku Irfan Muhammad bin Tengku Iman dan Putra Haikal Rayyan bin Abdul Razak, pelajar di kelas 5 Adiktif, kelas yang berasaskan Sains dan Teknologi.

Dari darjah 1 sehingga tingkatan 5, mereka bertiga sentiasa sama kelas. Tidak pernah berubah kelas dan tidak pernah berpisah. Sentiasa bertiga menjadi sahabat.

Bella bangun dan berjalan bersama Irfan serta Haikal meninggalkan padang. Mereka bertiga berbual sambil bergelak ketawa.

Irfan mengerut sakit dipukul oleh Bella menggunakan botol air kepunyaan Bella sendiri. Haikal hanya mampu mengukirkan senyuman dan geli hati melihat Irfan yang dipukul Bella.

Dari kecil lagi, Bella dan Irfan selalu bergaduh. Haikal pula menjadi orang yang meleraikan pergaduhan.

Sampai sahaja di dalam kelas, Irfan, Bella dan Haikal duduk bersama di meja mereka, yang bersebelahan dan duduk dihadapan sekali.

Haikal duduk di sebelah kiri, Irfan duduk di sebelah kanan manakala Bella di tengah-tengah antara Haikal dan Irfan.

Cikgu Zakiah yang mengajar subjek Biologi masuk bersama buku teks di tangan. Ahmad Hakim masuk sambil membawa buku nota yang disuruh oleh Cikgu Zakiah.

Selamanya, kau milikkuWhere stories live. Discover now