Bab 12-1

60 7 0
                                    

Hari ini, Haikal ditemani oleh Irfan untuk keluar berjalan-jalan. Ini pun, Irfan tidak memberitahu Bella yang dia akan keluar bersama Haikal, kalau tahu, hancurlah dia.

Wajah Haikal yang masih sedih serta dirinya yang senyap, membuatkan Irfan mengeluh. Bahu Haikal diusap.

"Kal, apa kata kita pergi masjid, nak? "

"Untuk apa? Aku solat pun tinggal.. Tuhan masih ke terima aku ni? "

"Semua orang layak diberikan peluang, Haikal. Allah maha memaafkan segala kesilapan dan dosa hambanya.. Jangan risau, kalau niat kau untuk bertaubat adalah dengan jalan baik, inshaallah semuanya akan dipermudahkan"

Haikal mengangguk. Dia meninggalkan solatnya ketika dia berusia tingkatan 4 lagi. Dia tahu cara ingin solat dan cara berwuduk serta dia telah khatam al-quran, cuma dia meninggalkan sahaja.

Irfan memandu keretanya sehingga ke masjid. Selesai memakirkan kereta, Irfan dan Haikal keluar dan terus masuk ke dalam masjid.

Selesai menunaikan solat fardhu Asar, Irfan menghantar Haikal pulang. Dia perlu pulang awal sebelum Bella syak apa-apa ke atasnya.

Sampai sahaja di rumah, Irfan masuk dengan langkah biasa. Dia berdoa agar isterinya tidak menanyakan kepadanya, apa yang dia lakukan hari ini.

"Awak"

"Eh sayang! "

"Lambat balik? Lepas maghrib baru balik? Jauh perjalanan ye? "

"Hahahah, saya bawak kawan saya bersiar-siar.."

"Dengan siapa? "

"Dengan kawan kerja saya lah.. Hurm, saya nak mandi, saya naik atas dulu ye? "

"Tunggu kejap, wahai suamiku"

Irfan sudah meneguk air liurnya. Dia dapat agak yang Bella sudah tahu semuanya.

Bella berdiri berhadapan dengan Irfan. Dia mengeluarkan telefonnya dari dalam poket seluar. Satu gambar ditunjukkan.

Gambar Irfan bersama Haikal ketika makan tengah hari. Irfan mengeluh.

"Awak, saya boleh jelaskan"

"Jelaskan apa lagi?! Kalau awak bagitahu saya, jujur dengan saya, saya boleh terima lagi walaupun awak keluar dengan orang yang saya benci! Tapi, awak tipu! Awak tak jujur dengan saya! Saya ini apa dalam hidup awak, Irfan?! Apa?! "

"Awak isteri saya"

"Isteri? Dengan cara awak menipu saya, awak gelarkan saya isteri awak? Macamtu? Bullshit lah semua tu! "

"Bella.. Saya jelaskan"

"Tak payah! Saya tak rasa saya boleh percayakan awak lagi.. Awak tidur luar malam ni! Jangan sentuh dan jangan bercakap dengan saya langsung! "

Terus Bella berlari ke biliknya menggunakan tangga. Irfan ingin mengejar tapi kakinya seperti terkunci.

Hatinya luluh. Dia tahu, susah ingin memujuk Bella lagi-lagi dengan kandungan Bella. Ibu mengandung yang merajuk lagi susah dipujuk.

Skip

Haikal pergi ke surau berdekatan rumahnya. Dia ingin menunaikan solat Isyak walaupun sudah pukul 10 malam.

Selesai menunaikan solat Isyak, Haikal menghabiskan masa di pondok bersebelahan dengan surau. Pondok ini dibina untuk kelas mengaji yang diadakan secara percuma di surau ini.

Seorang gadis yang lengkap bertudung labuh, berpakaian baju kurung, perlahan-lahan keluar dari surau dengan al-quran di tangannya. Dia berjalan ke arah pondok yang Haikal duduk.

"Eh, encik ni siapa? "

"Aku? Aku Haikal, kau pula? "

"Saya, Tengku Muni, ustazah di surau ni"

"Ouhh, hurm kenapa tetiba datang ke sini? "

"Saya selalu duduk di pondok ni untuk baca al-quran.. Saya pelik tetiba je encik duduk dekat sini"

"Tak boleh ke? Kalau tak boleh, aku boleh balik rumah"

"Tak lah encik, boleh sahaja.. Cuma jarang orang duduk dekat sini"

Haikal mengangguk. Dia mula memandang al-quran di tangan putih Muni. Tengku Raja Muni binti Tengku Raja Razali, ustazah di surau yang berdekatan dengan rumah Haikal.

Muni berasal dari orang berada. Dia tidak berkahwin dan menghabiskan masa hariannya dengan mengajar mengaji secara percuma untuk budak-budak yang menetap di kawasan surau.

"Encik nak mengaji? "

"Hurm, boleh ke? Aku dah lama tak sentuh al-quran "

"Kenapa pula tak boleh? Saya ajarkan, ye? "

Haikal mengangguk. Muni perlahan-lahan jalan dan duduk berhadapan dengan Haikal. Dia menjarakkan jarak dia dengan Haikal.

Al-quran yang dibawa, diletakkan di meja yang sudah di khaskan di pondok ini. Dia menghulurkan pensil kepada Haikal.

Haikal mendengar segala bacaan Muni. Hatinya tersentuh dan terpaut dengan suara merdu Muni ketika membaca al-quran.

Selesai membaca beberapa surah, Muni menyimpan al-quran di dalam surau semula. Selepas itu, dia mengunci surau untuk keselamatan.

Ayah muni, Tengku Raja Razali., ketua surau di surau ini. Jadi, setiap subuh, ayahnya akan membuka surau untuk beberapa orang yang selalu datang solat subuh di surau.

"Rumah kau dekat mana, Muni? Nak aku hantarkan? "

"Tak adalah jauh mana.. Depan tu je"

"Aku hantarkan eh? "

"Buat apa, encik? Buat susah-susah je"

"Janganlah panggil aku encik, panggil aku Haikal sudah. Waktu malam-malam ni, mana elok perempuan balik sorang-sorang. Ah takda alasan, aku temankan"

"Hurm baik"

Muni tidak boleh buat apa-apa lagi. Dia hanya ditemani Haikal sampai ke rumahnya.

"Erm, Muni"

"Ye? "

"Boleh tak aku nak minta tolong? "

"Boleh sahaja, kalau Allah mengizinkan, semestinya boleh"

"A-ajar aku untuk solat dan mengaji semula? A-aku dah banyak tinggal dulu"

"Ouhh, saya faham.. Saya tak boleh mengajar Haikal, tetapi ayah saya boleh.. Apa kata, Subuh nanti, Haikal datang surau dan solat berjemaah okay? Lepastu, Haikal jumpa dengan ayah saya.. Jangan risau, saya juga ada di surau.. Solat, akan ayah saya ajarkan, tapi mengaji, saya ajarkan, ye?"

"Tak susahkan ke? "

"Dengan membantu orang ke jalan yang baik, lebih banyak pahala yang kita dapat, Haikal. Tak susah pun"

"Terima kasih Muni, kalau tak keberatan, aku nak nombor telefon kau boleh? "

"Boleh, nah"

"Terima kasih"

"Sama-sama, jumpa subuh nanti"

Haikal mengangguk. Kertas yang dihulurkan Muni digengam. Dia mula beredar dari rumah Muni setelah Muni masuk ke dalam rumah.

Hati Haikal terpaut dengan cara Muni. Dia merasakan dia telah jatuh cinta terhadap Muni.

Tangan diangkat untuk berdoa.

"Ya Allah, kau dekatkan lah aku dengan Muni ya Allah.. Aku harap, dia jadi milik aku satu hari nanti dengan izinmu, ya Allah"

Terus diaminkan.

Bersambung

Selamanya, kau milikkuWhere stories live. Discover now