Irfan datang duduk disebelah Bella yang fokus melihat drama di televisyen. Hari ini Bella tidak kerja kerana dia penat. Irfan juga ambik cuti untuk menjaga Bella walaupun tidak disuruh Bella.
"Hurm, Bella"
"Apa? "
"Jom keluar nak? "
"Saya cuti untuk berehat, bukan memenatkan diri"
"Saya nak keluar juga dengan awak, boleh tak? Please~"
"Esok saya cuti, esok je lah keluar"
"Hehehe, okay! Thank you babe! "
Memerah muka Bella apabila Irfan memanggilnya dengan panggilan 'babe'. Tidak pernah-pernah Irfan memanggilnya sebegitu sekali.
Bella cuba menerima Irfan atas arahan sepupunya, Aiedid, Aleeya dan Bazil. Walaupun sukar, tetapi dia mencuba.
Bella pernah suka akan Irfan, tetapi akibat dia memikirkan yang dia hanyalah sahabat Irfan, dia membuang perasaan itu.
Haikal pula masih tidak pulang-pulang ke malaysia. Penat Bella menunggu. Dengan cara Irfan menghormati dan menyayanginya, membuatkan Bella jatuh sayang.
Manakala di hospital, tempat kerja Ajmal, Aliya datang sambil memimpin Ariya. Wajah Aliya berbunga-bunga dan sangat tidak sabar untuk berjumpa dengan Ajmal.
Pintu bilik Ajmal diketuk. Selepas diberikan arahan masuk, Aliya masuk bersama Ariya.
"Eh, sayang dengan Ariya"
"Abah! "
Ariya berlari mendapatkan Ajmal yang sudah bangun dari kerusi kerjanya. Terus Ajmal mendukung Ariya yang sudah berada dihadapannya.
"Kenapa tiba-tiba datang mengejut ni? Selalunya awak beritahu? "
"Saya ada bawa berita gembira, abang"
Aliya terus duduk berhadapan dengan Ajmal yang sudah duduk di kerusi kerjanya sambil Ariya di atas bangkunya.
Aliya mengeluarkan sekeping kertas berbentuk A4 dari dalam beg susu Ariya. Dia menghulurkan kertas itu kepada Ajmal.
"Abang tengok lah"
Ajmal terus melihat gambar di kertas A4 itu. Terkejut dia melihat keputusan Aliya yang mengandung dua bulan.
"Saya mengandung dua bulan, abang"
Ajmal terkejut mendengar dan membacanya. Dia bangun dan turunkan Ariya dahulu. Terus dia mengangkat Aliya bangun dan mencium pipi serta dahi isterinya.
Sungguh Ajmal gembira sehingga dia menangis kegembiraan. Dia sangat suka dengan rezeki yang diberikan oleh Allah kepada mereka.
"Terima kasih sayang! Hahaha! Seorang lagi anak abang! "
Ariya yang tidak faham lagi hanya bertepuk tangan. Dia juga gembira apabila melihat abah dan bondanya gembira.
Skip
Bazil hanya fokus melihat kertas kerjanya. Dia sekarang berada di pejabat di syarikat keluarganya.
Kadang-kadang Bazil mengeluh. Sekarang ini, di hadapan dia, Aiedid yang berwajah masam sambil bermain pen milik Bazil.
"Kau ni Did, tak marah ke daddy dan mummy kau bila kau sibuk duduk syarikat aku ni? Syarikat kau tu, siapa yang nak jaga? "
"Kakak aku kan ada. Aku penat lah, did. Aku tengok semua orang bahagia dengan pasangan masing-masing. Aku ni? Sampai bila tah asyik single je memanjang"
YOU ARE READING
Selamanya, kau milikku
FanficAku dijadikan miliknya, Aku bersamanya selalu, Aku tidak pernah berpisah dengannya, Dari kawan, Berubah gelaran, Dari bangku sekolah, Berubah ke atas pelamin, Perlahan-lahan hati aku, Terusik dengannya, Dia adalah segalanya, Dan aku adalah...