Semua orang bersiap sedia untuk ke majlis pernikahan Aleeya dengan Razman. Bella menyarungkan baju kebaya pendek yang berwarna merah, warna kegemaran Aleeya.
Tudungnya dibetulkan. Bella bakal menjadi pengapit untuk Aleeya hari ini. Jadi, dia perlu berlawa-lawa juga tetapi mesti tidak setanding dengan pengantin.
Muka Aleeya masam mencuka. Memikirkan hati orang tuanya dan orang tua Razman, dia hanya ikutkan sahaja perkahwinan ini.
Semasa bernikah dan sanding nanti, Aleeya akan memakai tudung atas permintaan ibu kepada Razman.
Bella yang sudah bersiap, duduk bersimpuh di sebelah Aleeya yang berada di biliknya. Mereka akan bernikah di rumah keluarga Aleeya.
"Leeya, kau okay tak? "
"Hm, ha ok je"
Bella hanya mampu mengukirkan senyuman kecil. Aleeya telah meluahkan segalanya kepada dia, apa yang telah Razman lakukan. Dia tahu niat Razman itu baik, tapi salah Razman ingin lakukan terhadap Aleeya.
Mummy kepada Aleeya, Nur Aisyah binti Muhammad, datang dan memeluk anak gadisnya dengan erat. Tidak sangka anak gadis yang dimanjakannya ini bakal berkahwin dan bernikah dengan lelaki yang tidak dicalonkan dia.
Sepanjang Aleeya membesar, ramai dah lelaki yang dicalonkan Aisyah kepada Aleeya tetapi tiada seorang pun lelaki yang mampu mengawal dan menahan perangai Aleeya. Hanya Razman yang mampu.
"Jadi isteri yang solehah tau, Leeya? Ingat, ikut cakap suami tu. Lepas akad nikah nanti, syurga kamu nanti, bawah tapak kaki suami kamu. Jadi, hormati dan sayangi dia, okay? "
"Baik, mummy"
Bella membantu mengangkat kain panjang belakang baju nikah Aleeya. Mereka bersama-sama turun untuk ke ruang tamu, di mana majlis itu dijalankan.
Semua mata memandang ke arah Bella yang turun bersama Aleeya. Razman terpaku melihat kecantikan yang lain dari lain apabila Aleeya yang mengenakan tudung shawl yang dibeli dan dipilihnya.
Hati Razman makin terpaut. Sungguh cantik Aleeya mengenakan tudung shawl itu.
"Pengantin perempuan sudah turun, cantik berseri si pengantin perempuan dan apa kurangnya, kacak dan tampan si pengantin lelaki"
Setelah membaca segala sebelum akad nikah bermula, Aleeya masih takut dan mengengam tangan Bella.
Tok kadi menyuruh daddy Aleeya, Raja Buhairi bin Raja Bukhri, untuk melepaskan Aleeya kepada Razman dengan cara lafaz.
"Tengku Raja Razman bin Tengku Raja Razali"
"Ye saya"
"Aku nikahkan dikau dengan anakku, Raja Aleeya binti Raja Buhairi, dengan maskahwinnya, 1000 ringgit tunai"
Razman menarik nafas. Dia memandang Aleeya sekilas sebelum melafazkan akad yang perlu dilafazkan.
"Aku terima nikahnya, Raja Aleeya binti raja Buhairi dengan maskahwinnya, 1000 ringgit tunai"
Semua melafazkan 'Alhamdulillah '. Setitik air mata Aleeya jatuh dan air mata Buhairi serta Aisyah, jatuh jua.
Tidak sangka, Aleeya yang sangat tidak sangka akan berkahwin, berkahwin jua.
Selepas mengaminkan doa yang dibaca oleh tok kadi, acara pembatalan wuduk dilakukan. Aleeya bangun sambil dipimpin oleh Aisyah dan Bella.
Razman perlahan-lahan mendekati Aleeya, yang telah sah menjadi isterinya. Hatinya berasa sangat syukur yang dia bakal mendampingi orang yang dia cintai dengan ikhlas atas nama Allah.
YOU ARE READING
Selamanya, kau milikku
FanfictionAku dijadikan miliknya, Aku bersamanya selalu, Aku tidak pernah berpisah dengannya, Dari kawan, Berubah gelaran, Dari bangku sekolah, Berubah ke atas pelamin, Perlahan-lahan hati aku, Terusik dengannya, Dia adalah segalanya, Dan aku adalah...