Bab 10-1

79 8 2
                                    

Bella bersandar biasa di kereta alphard milik suaminya, Irfan. Cermin mata hitam dibetulkan. Dia memandang sekeliling.

Seorang lelaki yang bertubuh tinggi dan berwajah sungguh kacak, sambil menarik beg rodanya, terus jalan ke arah Bella.

"Afiq Farhan! "

"Kakak! "

Bella memeluk adik susuan mummynya, Afiq Qayyum bin Abdullah. Afiq berumur 21 tahun. Dahulu, Bakhri terasa ingin seorang lagi anak tetapi memandangkan isterinya, Aina tidak boleh mengandung lagi dan masih mempunyai susu di dalam badan, dia mengambil seorang anak angkat semasa Bella berusia 2 tahun.

Dan juga, Afiq sememangnya seorang anak yatim yang tidak mempunyai ibu atau ayah sejak lahir, jadi Aina menjadi ibu susuan untuk Afiq.

Badan Bella yang kecil, dipeluk erat oleh Afiq. Sungguh dia merindui kakak kesayangannya itu.

"Afiq! Kakak rindukan fiq tahu tak? Ey! "

"Hehehe, sorry kakakku sayang~ okay, jom kita balik! Afiq rindukan mummy, daddy dan abang! Jom jom! "

"Okay afiq ku sayang, jom kita balik"

Bella melayan Afiq dengan penuh manja. Sememangnya, Afiq diberikan penuh kasih sayang dan diberikan kemanjaan yang penuh daripada Bakhri, Aina, Bella dan Ajmal dari kecil sehingga sekarang.

Sampai sahaja di rumah, Afiq masuk dengan ceria. Aina yang melihat anak bongsunya itu, terus dia melari mendapatkan anaknya. Sungguh dia rindukan anak susuannya itu.

Afiq selama ini sambung belajar di United Kingdom. Jadi, dia hanya pulang sekali sekala sahaja.

Selepas memeluk dan melepaskan rindu dengan Aina, Afiq melepaskan rindu dengan Bakhri, daddy kesayangannya. Dipeluk erat daddynya itu.

Irfan memeluk pinggang Bella dan mengusap perut Bella yang sudah muncul bentuk. Kandungan Bella sudah berusia 3 bulan.

"Sayang, lelaki tu siapa? "

"Dia anak angkat dan anak susuan mummy dengan daddy. Dia juga adik kepada saya dan Ajmal"

"Ouhhh, tapi tak pernah jumpa pun? "

"Memanglah, dulu dia menetap di kampung teman nenek dengan atuk, lepas itu sambung belajar dekat UK, macam mana lah nak jumpa"

Irfan mengangguk. Suka dia melihat wajah ceria Afiq yang melepaskan rindu dekat Ajmal pula. Wajah Ajmal yang muram 3 hari disebabkan pergaduhan dia dan Aliya, gembira semula apabila melihat adik kesayangannya dihadapan mata.

Afiq mendukung Ariya, satu-satunya anak buahnya. Dia memeluk erat Ariya yang mula suka dengan cara Afiq melayannya.

Bella ditarik oleh Aina untuk berpelukan besar bersama Ajmal, Bakhri dan Afiq. Mereka membalas rindu bersama-sama.

"Afiq rindukan keluarga Afiq! Rindu rindu dan rinduuuuuuu! "

"Kami lagi rindukan Afiq!! "

Air mata mengalir di wajah semua orang kecuali Ariya dan Irfan. Mereka melepaskan rindu masing-masing yang sudah lama disimpan.

Skip

Aleeya merengus geram. Tidak sangka dia Razman curang ke atas dirinya. Mereka baru berkahwin selama sebulan, tapi ini yang telah berlaku.

Kakinya dihentak dengan kuat. Dia masih menunggu Razman pulang dari kerja. Gambar di tangan digengam erat dengan tanda marah di hati.

Pintu utama dibuka oleh maid di rumah. Razman masuk dengan wajah penat sambil beg dan kotnya diberikan kepada maid yang setia di situ.

Dia terus berjalan ke arah Aleeya yang duduk dengan wajah tunduk di ruang tamu kedua yang agak jauh dengan ruang tamu pertama.

Selamanya, kau milikkuWhere stories live. Discover now