Razman pulang ke rumah keluarganya. Dia masuk ke dalam rumah dan terus, dia rebahkan badannya di atas sofa ruang tamu.
"Along ni kan, bukan nak salam ibu ayah dulu, ni terus baring, eyy"
"Maaflah, Muni"
"Dah dah, pergi salam ibu ayah"
Razman mengangguk. Dia terus menggunakan tangga ke bilik ibu ayahnya yang berada di tingkat dua. Biliknya berada di tingkat tiga.
Muni, adik ketiga Razman manakala adik kedua ialah, Tengku Raja Maryam binti Tengku Raja Razali. Maryam masih di Mekah bersama suaminya.
Ibu Razman, Tengku Maulana binti Tengku Mansor. Seorang profesor terkenal di Kuala Lumpur.
Muni terus menyediakan air teh untuk alongnya itu. Walaupun sudah mempunyai orang gaji, Muni tetap ingin buatkan air untuk alongnya.
Muni, Razman dan Maryam mempunyai seorang lagi adik, iaitu Tengku Raja Rauf, berumur 17 tahun dan masih bersekolah.
Rauf seorang yang suka sangat membaca buku jadi dia suka menghabiskan masa di dalam bilik untuk membaca.
Razman turun dan terus duduk di meja makan. Wajahnya sangat letih dan serabut. Dia tidak tahu ingin memujuk diri Aleeya macam mana.
Muni duduk berhadapan dengan Razman. Air teh yang sudah siap dibancuh, dihulurkan.
"Tak pernah-pernah along balik tiba-tiba.. Kenapa ni? Selalunya, kak long akan beritahu Muni dengan ayah ibu kalau nak datang, ni diam je"
"Macam mana nak beritahu, kalau along datang ni pun tanpa beritahu dia"
"Hah? Along gaduh dengan kak long ke apa? "
"Haih, haah"
Muni menggelengkan kepala. Dia tidak tahu ingin menyelesaikan rumah tangga Razman, memandangkan dia sendiri tidak kahwin lagi.
Tapi, Muni rapat juga dengan Aleeya. Aleeya banyak berbual dengan dia. Jarang Aleeya ingin berjumpa dengan Maryam yang selalu ikut suaminya bekerja di luar negara.
"Kenapa pula kali ni? "
"Tah siapa yang dengki dengan along, bagi gambar along dengan rakan sekerja along, sedangkan tengah kerja kot. Kak long kau pergi percaya"
"By the way kan, kak long ada bagitahu Muni sesuatu tau"
"Apa dia? "
"Kak long kan, dia-"
"Muni! "
Razman memalingkan wajahnya. Terkejut dia melihat Aleeya yang berada di rumah keluarganya ini.
Aleeya terus pergi ke tingkat dua untuk salam dengan ibu mertua serta ayah mertuanya itu. Selepas itu, dia terus turun dan duduk bersebelahan dengan Muni.
Dia membisikkan sesuatu di telinga Muni, Muni mengangguk.
Maid di rumah keluarga Razman, datang membawa air jus kegemaran Aleeya. Dia menghulurkan air jus itu kepada Aleeya.
"Terima kasih"
Aleeya minum air jus yang dihulurkan.
"Kenapa datang sini tak bagitahu? Kalau tak, I boleh ambikkan"
"Heh, you datang sini pun tak bagitahu I kan? "
"I datang pun lepas kerja, Aleeya.. Tak sempat nak bagitahu"
"Suka hati awaklah. I tidur sini malam ni, tidur dengan Muni, nak spendtime kan masa"
"Jadi I tidur dengan siapa? "
"Sebelum kahwin dengan I, you memang tidur seorang pun kan? "
Razman mengeluh. Dia buntu cara untuk memujuk Aleeya.
Pada malam ini, keluarga Razman bersama Aleeya makan di luar. Haikal juga ikut kerana Razali telah berminat dengan cara Haikal bersamanya semalam.
Aleeya kenal Haikal. Dia hanya berwajah ketat apabila bersama Haikal. Muni pula berbual-bual dengan Haikal.
Manakala Rauf bermain telefon bimbitnya. Dia sedang chat dengan kawan-kawannya dan crushnya.
Mereka satu keluarga makan di restoran Arab. Sepanjang waktu makan, Aleeya banyak berbual dengan Rauf, yang sudah dianggap seperti adik kandungnya. Rauf juga rapat dengan Aleeya kerana Aleeya melayan semua kerenahnya.
Razman mula jeles dengan Aleeya yang sangat rapat dengan Rauf dan langsung tidak berbual dengan dirinya.
Razali dan Maulana tahu pergaduhan Aleeya dan Razman kerana Razman telah menceritakan segalanya. Mereka berdua ingin membantu, tetapi menantu mereka ni, Aleeya sangat susah untuk dibawa bincang.
"Hah, apa kata kan, minggu depan, kita sekeluarga dengan Haikal, pergi bercuti ke Paris?"
"Kenapa saya kena ada sekali, pakcik? Saya rasa saya tak perlu kot ikut sekali"
"Apa ni Haikal, kamu kan dah macam ahli keluarga juga.. Pakcik tak kira, kamu kena ikut sekali"
"Baiklah pakcik "
"Kenapa tiba-tiba ni? Aleeya pun tak pasti dengan kerja Aleeya untuk minggu depan"
"Cuti je, Aleeya.. Bukan selalu kita sekeluarga berkumpul untuk pergi bercuti.. Memandangkan Maryam dan suami dia balik besok, kita boleh bersama-sama bercuti"
"Aleeya bincang dengan bos Aleeya dahulu"
"Baguslah.. Jadi, dah ditetapkan okay? "
"Okay"
Rauf sangat gembira apabila mereka boleh pergi bercuti. Crushnya juga, Siti Hawa binti Hakim, juga akan turut serta.
Ibu ayah Rauf memang telah mengenali Hawa dan mereka juga suka dengan cara Hawa yang penuh sopan santun.
Skip
Mirzana dan Aiedid sudah berbaik-baik dengan bantuan Bella dan Aliya. Sekarang ini, mereka semua berkumpul di rumah keluarga Bella.
Memang selalunya mereka berkumpul di rumah keluarga Bella, kerana rumah keluarga Bella yang paling besar antara yang lain.
Basirah bermain dengan Ariya. Mirzana membawa sekali adiknya, Mirana, untuk bermain dengan Basirah dan Ariya.
Afiq dan Nabila sedang berbual manja di ruang tamu. Mereka telah bertunang dan akan berkahwin lagi sebulan.
Adani dan Khairina pula sedang berbual-bual dengan Muni dan Haikal yang turut serta.
Haikal datang pun atas jemputan daddy Bella. Bella langsung jarakkan diri dengan Haikal. Bella juga masih dingin dengan Irfan.
Di rumah keluarga Bella sangat meriah. Ajmal sedang membantu Aliya menyiapkan meja makan. Bukan yang lain tidak mahu bantu, tetapi Ajmal mahu hanya dia dan Aliya yang menyediakan meja makan yang memuatkan lebih 30 orang.
Bersambung
YOU ARE READING
Selamanya, kau milikku
FanfictionAku dijadikan miliknya, Aku bersamanya selalu, Aku tidak pernah berpisah dengannya, Dari kawan, Berubah gelaran, Dari bangku sekolah, Berubah ke atas pelamin, Perlahan-lahan hati aku, Terusik dengannya, Dia adalah segalanya, Dan aku adalah...