Seluruh ahli keluarga Bella duduk makan di meja makan besar di ruang makan. Bella hanya makan dengan senyap dan tidak mengendahkan ahli keluarganya yang lain yang sedang berbual.
Daddy Bella, Raja Bakhri memandang Bella yang tidak melayan Irfan makan. Dia tahu, Bella tidak suka dengan keputusan dia dan isterinya.
"Bella, kamu cuti seminggu tau kerana perkahwinan kamu ni. Jadi, tak perlu datang kerja"
"Are you kidding me, dad? I don't care about this wedding anymore and you now want me to not work for 1 week? Why? "
"Untuk berkenalan dengan Irfan, dan spend time for 1 week"
"Tak payah daddy, dari darjah 1 sampai sekarang dah banyak di spendtime kan. I don't care. Bell akan kerja, tu keputusan Bell. Dah lah, Bell tak ada selera"
Bella mula bangun dan meletakkan sudu serta garfunya di atas meja makan. Dia terus berjalan keluar dari meja makan.
"Raja Bella Qaisara! "
Suara tinggi Raja Bakhri diendahkan oleh Bella. Dia terus menuju ke dalam biliknya untuk bersiap ke tempat kerja.
Irfan mengeluh. Dia tahu, Bella masih tidak dapat menerima perkahwinan mereka ini. Dia mengusap bahu ayah mertuanya.
"Don't worry, Daddy. Irfan okay je, lagipun, Irfan boleh spendtime dengan Ariya semasa Abang Ajmal dan Kak Aliya pergi kerja, kan? "
"Haah, daddy, betul cakap Irfan"
"Haih yela.. Daddy tak tahu apa nak jadi dengan Bella.. Dulu dia lain. Daddy harap daddy dapat jumpa puteri daddy yang dulu"
'Irfan pun harap daddy'
Mereka sambung makan semula. Irfan memikirkan cara untuk membuat Bella tidak lagi kurang ajar bersama Raja Bakhri.
Skip
Bella tidak ke kerja tetapi ke tempat lamanya. Tempat dia selalu berdua dengan Haikal.
Flashback
Haikal menarik tangan Bella dengan lembut ke satu tempat. Taman permainan yang berada tidak jauh dari sekolah mereka.
Haikal dan Bella duduk berdua-duan di satu kerusi kayu di bawah pokok. Mereka memandang permandangan pantai yang ada dihadapan mereka.
"Hurm Bella"
"Ye, Kal? Kenapa kau ajak aku tiba-tiba datang sini? "
Haikal mula bangun. Dia memandang pantai dihadapannya sebelum melutut di hadapan Bella.
"Aku tahu macam pelik apa aku buat ni, tapi aku tak mampu menahan perasaan aku lagi. Raja Bella Qaisara, aku suka kan kau dari tingkatan 1 lagi. Aku suka sikap kau, diri kau yang sendiri, kepandaian kau, kecantikan kau dan yang penting, hati kau yang sentiasa ikhlas dengan semua orang"
Bella mengalirkan air matanya. Terharu dengan apa yang didengarinya.
Haikal mengeluarkan sekotak panjang dari dalam poketnya. Dia membuka kotak itu dan terlihat seutas rantai perak yang mempunyai hiasan bentuk hati.
"Raja Bella Qaisara, sudi kah kau menjadi permaisuri hati aku? Menjadi teman wanita aku?"
Bella tidak sangka. Dia juga sudah lama suka akan Haikal. Dia bangun dan terus mengangguk. Kerana terasa yang teruja sangat, Bella berpelukan dengan Haikal.
Haikal mengeratkan pelukan mereka. Satu ciuman diberikan di pipi Bella.
"Of course Bella terima! Thank you, Haikal! "

ANDA SEDANG MEMBACA
Selamanya, kau milikku
FanfictionAku dijadikan miliknya, Aku bersamanya selalu, Aku tidak pernah berpisah dengannya, Dari kawan, Berubah gelaran, Dari bangku sekolah, Berubah ke atas pelamin, Perlahan-lahan hati aku, Terusik dengannya, Dia adalah segalanya, Dan aku adalah...