Bab 9-1

69 6 0
                                    

Maaf ye semua, akan penuh konflik gaduh untuk bab 9 dan bab 10. Nantikan!

Di pagi yang indah ini, Aliya masih tumpukan sepenuh perhatiannya dengan memasak. Dia perlu memasak untuk suaminya dan anaknya, Ariya.

Makanan yang sudah siap dihidang, di tutup dengan penutup salji. Dia menghelakan nafas lega. Perutnya dipegang.

Dahinya mengerut. Dia terasa sakit yang amat di bahagian pinggangnya.

Ajmal turun sambil mendukung Ariya. Dia mengusap lembut rambut panjang anaknya itu. Ini pun kerana Ariya bangun tidur dengan rambut yang serabai.

Sampai sahaja di dapur, Ajmal terlihat Aliya yang masih memegang pinggangnya dengan muka yang berkerut.

"Sayang! Kenapa ni? "

Ajmal meletakkan Ariya di kerusi meja makan. Terus dia mendekati Aliya yang sudah menangis kerana sakit di bahagian perut dan pinggangnya. Sesuatu mengalir di bahagian pehanya.

Ajmal terus mendukung Aliya. Ariya disuruh dia mengikut Ajmal masuk ke dalam kereta. Selepas meletakkan Aliya di seat sebelah tempat duduknya, Ajmal pandu keretanya dengan laju.

Di hospital, Aliya dimasukkan ke wad kecemasan. Ajmal mengengam tangan Ariya dengan erat sambil berdoa agar isteri dan anak-anaknya tidak diapa-apakan.

Beberapa jam kemudian, seorang doktor perempuan keluar sambil membuka mask di wajah. Dia mendekati Ajmal yang masih menunduk sambil Ariya yang sudah tidur di pangkuan Ajmal.

"Doktor Ajmal"

"Ye saya, ada apa-apa jadi dekat isteri saya ke, doktor Lisa? "

"Saya ada berita baik dan berita buruk"

"A-apa dia? "

"Berita baiknya, Puan Aliya berjaya diselamatkan dengan kedua-dua anak di dalam kandungannya, manakala berita buruknya, mungkin anak yang dikandungkan ini, adalah anak terakhir untuk Puan Aliya dan doktor Ajmal"

"Jadi, lepas isteri saya lahirkan kedua-dua anak saya ni, saya mungkin tiada anak lagi, macam tu?"

"Ye, darah yang mengalir tadi, disebabkan penyakit Puan Aliya. Dia mempunyai kanser buah pinggang stage 1. Kerana kandungannya sudah 3 bulan, jadi kami terpaksa biarkan selepas Puan Aliya melahirkan anak dahulu, baru kami melakukan pembedahan kepada Puan Aliya. Disebabkan itu, dia tidak boleh mengandung lagi, melainkan mengugurkan kandungan ini dan lakukan pembedahan"

"Kalau kami lakukan itu, adakah kami akan dapat anak lagi selepas itu? "

"Itu tidak pasti. Selain kanser buah pinggang, Puan Aliya juga mempunyai sedikit masalah dengan ovumnya. Jadi, hanya ada peluang 40 peratus selepas pembedahan itu untuk Puan Aliya mengandung semula"

Setitik air mata mengalir. Ajmal menangis perlahan. Tidak sangka yang isteri disayanginya, mendapat penyakit sebegini.

Dia mengangguk.

"Isteri saya akan melakukan pembedahan selepas dia melahirkan anak saya"

"Baiklah, doktor boleh melawat isteri doktor sekejap lagi, saya pergi dulu"

Selamanya, kau milikkuWhere stories live. Discover now