Bella hanya mampu menggelengkan kepala. Dia tahu kenapa Aleeya datang ke tempat kerjanya sambil menangis. Apa lagi kalau bukan kerana Aleeya gaduh dengan Razman.
"Kali ini, sebab apa pula?"
"Razman tu ha, hiks.. Dia kata dia sayangkan I, tapi dia berpelukan dengan perempuan lain.. Depan I tau! "
"Kawan baik dia ke? You pun selalu berpelukan dengan lelaki kan? Lagi-lagi time photoshoot. Biasalah dia berpelukan dengan perempuan"
"Tapi, dia jenis tak suka berpelukan dengan perempuan tau! Dia sendiri tak peluk I, ni peluk perempuan lain! Apa ni! "
Bella hanya mampu menahan sakit kepala melayan kerenah gedik dan manja Aleeya ni. Dia hanya sambung kerjanya semasa Aleeya masih menangis tidak henti.
Pintu pejabat Bella dibuka oleh assistant Bella, Nur Bunga binti Kuhairi.
"ye Bunga, kenapa? "
"Encik Razman datang"
"Jangan bagi dia masuk! I tak nak jumpa dia! "
"Tapi cik Alee-"
Bella hanya menggelengkan kepala dan mengangguk menyuruh Razman yang berdiri sebelah Bunga untuk masuk.
Razman mengengam bunga yang dibawanya. Dia perlahan-lahan mendekati Aleeya yang masih menangis di atas meja kerja Bella.
Bahu Aleeya disentuhnya. Nasib baju Aleeya beralas kalau tak, tidak akan Razman sentuh. Razman sangat kuat agamanya, dia memang tidak bersentuhan dengan orang yang tidak halal baginya.
Aleeya mengangkat wajahnya. Dia terkejut melihat Razman yang berdiri disebelahnya. Terus Aleeya bangun dan jauhi Razman.
"I dah cakap, I tak nak you masuk dalam pejabat Bella, kenapa you tak faham lagi?! "
"Aleeya, you kena dengar ni sayang, apa you nampak tu, bukan apa yang you fikir"
"Apa lagi yang bukan I fikir?! Apa?! Punya you cakap you kuat agama, sekolah tahfiz lah dulu! Tapi berpelukan dengan perempuan lain di hadapan tunang sendiri! Apa tu, Razman?! "
"Aleeya sayang, itu adik I lah yang belajar di luar negara tu, Muni, you dah lupa? "
"A-apa? "
"I kan dah cakap, I tak akan berpelukan dengan perempuan bukan yang halal untuk I. Dengan you pun, I tak peluk, kenapa I nak kena peluk perempuan lain? "
"Hiks.. "
"Sorry, sayang.. Please, maafkan I"
Aleeya terus menangis. Razman mendekati Aleeya dan menghulurkan bunga yang dibelinya. Dia menghulurkan tisu kepada Aleeya untuk lap air mata Aleeya.
Selagi Aleeya bukan isterinya, selagi itu Razman tak akan sentuh Aleeya. Baginya, dia perlu hormat maruah Aleeya sebelum menikahi Aleeya.
Pekerjaan Aleeya juga cuba diterimanya. Razman akan pastikan, selepas menikahi Aleeya, dia tidak akan membenarkan Aleeya bekerja sebagai model lagi.
Bella hanya mampu mengukirkan senyuman. Dia tahu Aleeya akan terpujuk dengan Razman, kerana itu mereka berdua dijodohkan.
Seorang yang sungguh diva dan gedik dijodohkan dengan seorang yang sungguh beriman dan lemah lembut.
Bella teringat semasa dia menangis di tingkatan 3. Teringat dia Irfan yang mengelap air matanya. Tetapi diri Irfan yang menghormatinya.
Flashback
Bella menangis tidak berhenti ketika dibuli oleh pelajar dari tingkatan 4. Ramai pelajar di setiap tingkatan tidak suka akan Bella yang diminati ramai.
Juga, diri Bella yang sangat rapat dengan Irfan, jejaka idaman sekolah.
Irfan datang dengan muka bengisnya. Tidak suka dia apabila sahabatnya dibuli. Terus dia berdiri dihadapan Bella yang masih terduduk sambil menangis tidak berhenti.
"I-irfan"
"Pergi! Jangan kau orang buli Bella lagi! Kalau aku dapat tahu, satu-satu muka kau orang pecah! Tak kisahlah perempuan atau lelaki, memang pecah aku kerjakan! "
Kabut pelajar-pelajar perempuan dari tingkatan 4 yang membuli Bella, lari dari situ.
Irfan melegakan marahnya. Dia terus mencangkung di hadapan Bella yang masih menangis. Tisu dihulurkan.
"Dia orang dah pergi Bella, don't worry, aku ada dengan kau. Nah, lap air mata tu"
Bella mengangguk dan mengambil huluran Irfan. Dia mengelap air matanya.
Irfan mengukirkan senyuman. Dia sudah berjanji dalam hidupnya, dia akan sentiasa menjaga Bella sampai bila-bila.
End Flashback
Skip
Di ruang tamu rumah keluarga Bella, Ajmal, Razman, Aiedid, Bazil dan Irfan sedang bermain game mobile legend.
Banyak keluar carutan dari mulut masing-masing kecuali Razman yang hanya beristighfar ketika kalah.
Aliya hanya menggelengkan kepala. Dia bukan tak bagi Ajmal bermain game, tetapi bila Ajmal mencarut tu, tak elok untuk anaknya.
"Abang! Jangan mencarut boleh? Ada budak tau dekat sini"
"Okay! "
Ariya bermain dengan anak Bazil, Raja Basirah binti Raja Bazil yang berusia 2 tahun.
Bazil berkahwin dengan assistant Bella, Nur Bunga. Dia sudah berkahwin dengan Bunga selama 4 tahun dan dikurniakan anak ketika perkahwinan mereka berusia 2 tahun.
Bella hanya diam sambil bermain telefon bimbitnya. Dia mengscroll gambar dia bersama Irfan ketika perkahwinan mereka. Entah kenapa dia tiba-tiba ingin mengscroll gambar itu.
Aleeya pula menepuk perlahan bahu Bunga dan Aliya. Mereka bertiga diam-diam melihat Bella yang tanpa sedar tersengih memandang gambar perkahwinan mereka sendiri.
Aleeya sangat setuju apabila Bella berkahwin dengan Irfan. Aleeya, Bazil, Aiedid dan Ajmal tidak gemar dengan Haikal yang tanpa Bella sedar, seorang playboy berjaya.
Hanya mereka yang tahu termasuk Irfan. Bella tidak tahu langsung atas hal ini kerana mereka tidak mahu Bella terluka.
Disebabkan itu, Raja Bakhri dan isterinya, Siti Aina binti Abu, mengahwinkan Irfan dan Bella. Bukan kerana syarikat sahaja, kerana tetapi kerana tidak mahu anaknya tersakiti apabila ketahui diri sebenar Haikal.
Irfan dari jauh melihat Bella. Dia mengukirkan senyuman. Semakin dia melihat Bella, semakin dia jatuh cinta tanpa sedar ke atas Bella.
Cintanya kepada Bella tidak pernah berkurang tetapi bertambah walaupun layanan Bella kepadanya tidak seperti suami isteri.
"Yeay menang!!! "
"Shit! Kita menang! "
"Abang!!! Saya cakap jangan mencarut kan! "
Terus Aliya bangun dan menarik telinga suaminya. Mereka semua bergelak ketawa dengan kuat apabila muka Ajmal yang berkerut dipukul oleh Aliya.
Ariya menepuk tangannya. Dia sangat suka apabila bondanya membuli ayahnya.
Bella terhibur sedikit. Walaupun dia tidak rapat dengan Ajmal sekarang, tetapi sayangnya kepada Ajmal masih ada.
Bersambung
YOU ARE READING
Selamanya, kau milikku
FanfictionAku dijadikan miliknya, Aku bersamanya selalu, Aku tidak pernah berpisah dengannya, Dari kawan, Berubah gelaran, Dari bangku sekolah, Berubah ke atas pelamin, Perlahan-lahan hati aku, Terusik dengannya, Dia adalah segalanya, Dan aku adalah...