Konflik bakal muncul guys!
Nantikan!
Bella berjalan santai bersama Aliya, Ariya, Ajmal, Bunga, Bazil, dan suaminya Irfan. Basirah dibawa oleh Aiedid dan Mirzana keluar ke tempat lain.
Aliya memeluk lengan sasa Ajmal manakala Ariya berada di dukungan Irfan. Entah kenapa, semenjak Bella berkahwin dengan Irfan, Ariya semakin suka dengan Irfan.
Bunga pula mengambil peluang ini, meluangkan masa bersama orang yang dicintainya, Bazil.
Mereka keluar bersama-sama untuk membeli belah pada hujung bulan. Selalunya Aiedid, Aleeya, dan Basirah ada sekali, tetapi semenjak Aiedid mengenali Mirzana, dia banyak keluar dengan Mirzana manakala Aleeya baru sahaja kahwin dengan Razman jadi mereka berdua bercuti berhoneymoon di rumah.
Bella hanya memandang Ariya yang sibuk berbual dengan Irfan sepanjang sesi membeli belah mereka.
"Irfan~"
Irfan mula memandang Bella.
"Teman saya pergi butik tu boleh? "
"Awak kan boleh je pergi"
"Saya nak awak teman, jomlah"
"Tapi saya nak jaga Ariya "
"Fine! "
Kaki dihentak. Bella terus beredar dari situ dan berjalan ke butik kegemaran dia dan Aleeya. Aliya dan Ajmal hanya tersengih. Dia tahu, Bella inginkan perhatian Irfan.
Irfan hanya mengendahkan. Dia sudah lama tidak luangkan masa dengan Ariya yang dua minggu tidur di rumah keluarga Aliya.
Bella datang semula. Dia memandang Irfan tajam dan mengatakan sesuatu yang terus Irfan memberikan Ariya kepada Ajmal semula.
"Awak tak nak temankan? Tak apa, saya suruh kawan lelaki saya yang lagi kacak dari awak, teman saya. Ada suami, macam tak ada suami"
Terus Irfan menarik tangan Bella dan membawa Bella ke butik. Ajmal hanya mampu ketawa kuat kerana tidak tahan melihat wajah cemburu Irfan apabila Bella menyebut lelaki lain dihadapannya.
Aliya pula hanya mampu tersengih. Dia menggelengkan kepalanya dan mengajak Ajmal membawa Ariya ke kedai kanak-kanak.
Manakala Bazil dan Bunga berjalan ke butik baju. Bazil dan Bunga sudah lama tak beli baju kerja mereka. Selama ini pun pakai baju kerja yang lama-lama.
"Awak~"
"Ye sayang? "
"Saya nak baju tu"
"Ha awak pergi cari saiz, lepas itu awak cuba, saya tunggu"
"Okay! "
Bunga terus mencari saiz untuk baju yang diminatinya. Bazil hanya mampu mengukirkan senyuman sambil duduk di sofa yang disediakan.
Bazil suka melihat wajah Bunga yang berseri-seri ketika membeli belah. Semenjak munculnya Basirah, Bunga kurang keluar berdua dengan Bazil.
YOU ARE READING
Selamanya, kau milikku
FanfictionAku dijadikan miliknya, Aku bersamanya selalu, Aku tidak pernah berpisah dengannya, Dari kawan, Berubah gelaran, Dari bangku sekolah, Berubah ke atas pelamin, Perlahan-lahan hati aku, Terusik dengannya, Dia adalah segalanya, Dan aku adalah...