Sana duduk berhadapan seorang lelaki yang tertunduk menahan tangis. Dia cuma mampu memandangnya dengan sayu, hatinya? Tersakiti, jiwanya sakit. Pedih yang dirasa mungkin menambah beban di bahunya.
Sudah lebih setengah jam mereka berdiam diri. Melayan perasaan masing-masing. Ego? Tak bukan, cuma mahu bertenang sekejap.
"Dengar.." Xiumin bersuara sambil memandang wajah Sana.
"Saya serius, Sana.. Susah sangat ke awak nak faham?". Sana menggelengkan kepalanya perlahan.
"Hubungan ni, takkan tahan lama" Kata Sana dengan sejuta kekuataan dari melepaskan tangisnya di depan lelaki ini.
"Kenapa? Kenapa awak tak boleh faham perasaan saya? Dah lebih setahun hubungan kita.. Tapi, awak lebih pentingkan dia dari hubungan kita?"
"Awak yang tak faham saya. Maaf, kita tak boleh teruskan hubungan ni"
"Tak faham awak? Apa yang kurang? Hah?"
"Kita tak sehaluan". Xiumin ketawa sinis, sehaluan..
"Ambil balik cincin awak ni.. Saya tak perlukannya lagi". Sana membuka cincin dari jarinya dan menghulurkan ke arah Xiumin.
"Saya bagi awak peluang terakhir.. Awak masih nak teruskan hubungan ni ataupun awak nak lelaki tu?"
Sana diam sejenak, merenung cincin berlian itu. Hatinya sakit dan berat ingin melepaskan lelaki ini.
"Saya perlukan jawapan, Sana"
"Baekhyun". Xiumin tersenyum sinis lalu menepis cincin berlian itu dari tangan Sana. Sana terkejut.
"Itu untuk jawapan bodoh awak tu dan ini.." Cincin di tangannya di buka lalu di baling ke simen.
"...untuk hubungan yang bertahun-tahun tiada guna ni. Perpisahan yang menjengkelkan ni, sangat buat hati saya terluka. Yang tak mungkin diubati dengan kata-kata" Sambungnya.
Sana memandang cincin tadi, sedih hatinya.
Xiumin melangkah pergi meninggalkan Sana sendirian.
"Xiumin, saya minta---"
"Jangan minta maaf, sebab kemaafan awak akan melukakan lagi hati saya.. dan ya, awak dah buat keputusan tu jadi lepas ni jangan cari saya lagi". Xiumin terus melangkah kaki meninggalkannya.
Sana menunduk dan kembali merenung cincin berlian itu, bukan dia betul-betul ingin meninggalkan Xiumin tapi dia terpaksa.
Cincin berlian dikutip semula, akhirnya air matanya menitis laju. Dia tidak inginkan perpisahan begini, dia tidak mahu bermusuh dengan Xiumin. Dia masih sayangkan lelaki itu.
"Sana, sabarlah" Pujuk Baekhyun dari belakang sambil mengusap belakangnya.
"Aku dah buat keputusan bodoh.."
"Bukan salah kau.. Dan apa yang kau buat ni bukan keputusan bodoh tapi percayalah apa yang kau buat sekarang ni ialah jalan untuk tidak mengecewakan Xiumin"
"Dia okey ke selepas terima keputusan aku ni?" Soal Sana
"Mungkin, dia okey. Jangan risau nanti aku cuba pujuk dia"
"Terima kasih, Baekhyun"
"Sama-sama"
To be continue..
Jangan lupa vote ah? Teruskan dengan BAB yang seterusnya!
⚘Jangan lupa vote saya ya?⚘
🌹Kalau penat menunggu saya update jom sama-sama baca novel ini👇
🌹My Blood in OUIJA✔
🌹LOVE of ASSASSINS(on going)
🌹F.U.C.K-Y.O.U✔
🌹Kata Hati✔
🌹...dan aku tak perlukan cinta..✔⚘Terima kasih yang vote and sudi baca novel ciptaan saya⚘
YOU ARE READING
Cinta Seorang Joker
Short StoryXiumin, semua orang kenal dia siapa.. Lelaki yang kacak bergaya. Digilai ramai wanita, namun kesian lelaki ini tidak tahu apa itu cinta yamg sebenar. Dia hanya tahu, lawak lawak dan lawak. Bermain dengan kata-kata pada semua perempuan itulah caranya...