"Lepas, Xiumin"
"Kalau saya taknak?"
"Lepaskan saya, Xiumin!"
"Awak tu, girlfriend saya sekarang ni.. Awak kena tahu tu"
Irene melangkah meninggalkan Xiumin di belakang tanpa berpaling.
"Saya cemburu, Irene.. Kenapa awak langsung tak pandang saya?"
Langkahnya terhenti.
"Kalau abang saya tu baik.. Saya ni dua kali ganda lagi baik dari dia"
Irene menoleh lalu memeluk tubuh memandang wajah Xiumin.
"Awak buta!"
Irene tersenyum manis lalu mendekati Xiumin. Pipi lelaki itu disentuh.
"Maafkan saya, Xiumin.."
Pipinya dilepaskan dan Irene melangkah pergi namun lengannya ditarik masuk ke dakapan Xiumin.
"Saya sayangkan awak, Irene"
Irene cuba melepaskan diri.
"Saya dah belikan cincin dan baju kahwin untuk kita.. Saya dah siapakan semuanya, kita akan kahwin esok ya?"
Irene menolak dada Xiumin kuat dan mereka terpisah. Irene menampar pipi kiri Xiumin.
"Jangan main-main lagi, Xiumin.. Enough" Marah Irene. Xiumin melepaskan nafas panjangnya.
"Irene, saya tak main-main.. Please, dengar cakap saya. Saya cintakan awak"
"Dah berapa kali, saya dengar ayat bodoh awak tu.. Hanya berjenaka tak habis-habis. Sebab awak, semua orang diperbodohkan" Xiumin tertunduk.
"Jangan terima saya kalau abang awak sendiri.. Awak tak terima"
Xiumin menggangkat muka memandang anak mata Irene.
"Apa maksud awak?"
"Berhenti sukakan saya dan kejar saya kalau awak tak boleh terima abang awak dalam hidup. Apapun, dia tetap abang yang bertanggungjawab"
"Awak sukakan dia?"
"Ya, saya suka dia.. Tapi, saya sedar kehadiran saya yang buat awak dan G-Dragon gaduh. Saya salah, saya tak patut muncul dalam hidup kamu berdua. Saya benci diri saya"
"Irene"
"Berhenti panggil nama saya, selepas ni.. Kita takkan berjumpa lagi"
"Jangan buat macam ni, Irene.. Awak tak salah, abang saya pun tak salah. Yang salah ialah saya.."
Irene terdiam, merenung riak sedih Xiumin. Dia serba salah, Xiumin yang menunduk ditenungnya.
"Sayalah penyebab kematian ibu bapa saya, kalau saya tak terlalu sedih dengan Sana.. Takkan jadi macam tu, sebab saya.. Abang sanggup kejar Sana untuk memujuknya berkahwin dengan saya"
Irene terkejut, jadi betullah.. Sana ialah bekas tunang Xiumin.
"Saya dah tak ada harapan nak hidup.. Dah tak ada makna lagi kehidupan saya tapi bila jumpa awak, semuanya berubah.. Saya lepaskan semua perempuan demi awak tapi sakitnya hati saya bila tahu yang awak ialah kekasih abang saya"
"Xiumin"
"Saya minta maaf sebab kacau hidup awak dan abang, lepas ni.. Saya janji takkan kacau hidup awak lagi dan abang ya?"
"Xiumin"
Mereka menoleh ke kanan melihat empunya suara, seorang lelaki yang sangat Xiumin kenal. Perasaan marahnya membuak-buak.
"Aku dah dengar semuanya, Min.. Aku minta maaf sangat buat kau merana"
"Hati aku tak boleh diubati dengan kata-kata, sila berambus.."
Irene cuma diam apabila tersekat dengan pertelingkahan ini.
"Dengar dulu, Min"
"Kau nak apa?!"
"Kau cintakan Sana?"
"Aku cinta dan sayangkan dia tapi semuanya hancur sebab kau! Kalau kau tak hadir dalam hidup dia, tak jadi semus ni"
Baekyhun tersenyum manis lalu melangkah mendekati Xiumin.
"Ini gambar dia selepas sebulan korang berpisah"
Gambar ditunjukkan, Xiumin menyambut lalu ditenung lama. Seorang perempuan yang terbaring di katil hospital.
"Ini, gambar dia selepas tiga bulan korang berpisah"
Xiumin semakin marah bila melihat gambar-gambar itu. Kenapa dengan keadaan dia?
"Aku tanya kau, kau masih sayang dia? Kau masih nakkan dia?"
Xiumin hanya merenung gambar itu tiada perasaan. Dia tidak tahu mahu sedih atau tidak.
"Aku tanya, Xiumin"
Xiumin tersentak lalu memandang wajah Baekyhun.
"Aku tanya lagi sekali, kau masih nakkan dia?"
"Tak, aku sayangkan Irene. Bukan Sana yang senang-senang tinggalkan aku macam tu je"
"Dia tinggalkan kau sebab dia hidap kanser otak"
Irene dah Xiumin terkejut. Mana taknya, Sana ialah kakak kepada Sana dan ex-girlfriend Xiumin yang sentiasa ceria.
"Apa kau merepek ni?"
Baekyhun tersenyum kecil lalu tangannys diselok ke poket. Wajah Xiumin direnung semula.
"Dia sayangkan kau, sebab tu dia lepaskan kau.. Dia tahu, kalau dia kahwin dengan kau pun hanya sekejap je sebab tu dia lepaskan kau, nak kau bahagia dengan orang lain untuk jangka masa yang lama berbanding dia"
"Oh"
Hanya itu saja yang mampu dia ungkap, dia tidak sangka perkara itu berlaku pada Sana.
"Dia masih sayangkan kau, dia dah sihat pun.. Kau nak terima dia?"
Wajah Irene dipandang sekilas dan memandang semula wajah Baekyhun.
"Aku nak Irene"
Xiumin menarik lengan Irene meninggalkan Baekhyun di belakang.
"Xiumin?"
Senyuman manis dihadiakan, tubuh Irene dipeluk dengan kasih sayang.
"Saya cintakan awak Irene, saya janji takkan lukakan hati awak. Saya akan jaga awak, please bagi saya peluang?"
Irene terharu, tidak sangka yang lelaki ini akan memilih dia berbanding bekas tunangnya.
"Tapi saya cintakan GD---"
"Jangan menipu lagi, Irene.. Abang dah bagitahu semuanya yang awak luahkan semalam. Awak diberi peluang untuk bahagia, awak nak terima saya?"
"Awak betul-betul dengan apa yang awak cakapkan ni? Awak sedar?"
"Saya sedar, sejak Sana pergi.. Saya tak pernah rasa perasaan macam ni pada mana-mana perempuan kecuali awak"
Irene tersenyum, jujur.. dia mula sayangkan Xiumin. Sejak bila? Waktu dia dicuit oleh Xiumin. Dia bahagia di samping lelaki ini. Terima kasih, kekalkan hingga ke syurga.
To be continue..
Untuk pengetahuan reader, novel ni dah nak tamat.. Kotlah😂 rasanya dah nak tamat, hurm.. Jangan lupa baca BAB yang seterusnya😉 dan VOTE lahhh😭.
Apa-apa jelah, comeback to school! Happy tak? nak, masuk sekolah balik😂.
Sy? 30 happy 70 lagi takk, sebab nanti xblh buat novel😢. Kena fokus PT3. apa ii jelah, jangan lupa vote ya! Tq for vote
YOU ARE READING
Cinta Seorang Joker
Short StoryXiumin, semua orang kenal dia siapa.. Lelaki yang kacak bergaya. Digilai ramai wanita, namun kesian lelaki ini tidak tahu apa itu cinta yamg sebenar. Dia hanya tahu, lawak lawak dan lawak. Bermain dengan kata-kata pada semua perempuan itulah caranya...