Irene melangkah kaki masuk ke bilik CEO syarikat besar milik Encik Xiumin. Itu yang dibacanya dua hari lepas di surat khabar. Dia baru saja pulang dari England menghabiskan pengajiannya dua tahun di sana.
Irene berdiri di depan lelaki yang segak berkot putih itu. Namun hasratnya cuma mahu kerja. Lelaki di depannya menyilang tangan dan duduk di hujung meja.
Irene melemparkan senyuman manis dan Xiumin membalas. Comel.
"Resume?". Resume terus dihulurkan, Xiumin menyambutnya dan diselak-selak lalu dilambung ke atas.
"Well, awak diterima bekerja bawahan saya"
"What?" Soalnya hampir tidak percaya.
"Ya.. Now, bolehlah keluar dari bilik saya ya? Bagitau family awak, Xiumin si kacak ni kirim salam"
"Excuse me?"
"Tak cukup lagi ke honey?"
"Encik Xiumin cakap betul ke?"
"Ya, dan tolong jangan panggil saya encik Xiumin.."
"Habis tu, encik nak saya panggil apa?"
"Just called me, baby.. Because you is mine". Irene terkedip-kedip.
"Dah.. you boleh keluar"
"Ba.. Baik bos"
...
Matanya meliar memandang keadaan sekeliling. Sungguh dia tidak percaya yang bossnya akan berikan sebiji rumah banglo untuknya. Tengok je, bukan betul pun dia akan bagi😩.
"Cantikkan?" Soalnya. Irene memandang wajah Xiumin.
"Ya cantik"
"Tapi cantik lagi you"
Irene terkaku, what the hell bos dia ini? Xiumin tersenyum memandang wajah Irene.
"Esok bolehlah you masuk rumah ni.. Hari ni, banyak lagi urusan you kena buat kan?"
"Bos betul-betul bagi rumah ni pada saya ke?" Soal Irene mahu kepastian.
"Ya.. Kalau saya main-main, kita tak datang sini"
"Bos, kita baru kenal beberapa jam.. Takkan bos nak bagi rumah besar ni pada saya?"
"Jadi kenapa? Beberapa jam tu bermakna tau". Irene diam saja, dia pun tidak tahu apa angin bosnya ini.
Xiumin melangkah kaki ke atas dengan tangga yang agak besar di rumah itu. Nak tak nak, dia terus mengikuti Xiumin dari belakang. Mereka menuju ke sebuah bilik dan terus ke beranda rumah.
Cantik pemandangan dari situ, walaupun pada siang hari bagaimana pula bila malam? Ish, mesti cantikkan?
"Hurm, cantikkan?" Xiumin bersuara terlebih dahulu. Irene menggangguk perlahan. Xiumin merenung langit biru itu.
Keluhan berat dilepaskan, seperti masa terhenti. Irene merenung wajah sisi Xiumin. Dia dapat lihat kesedihan di mata lelaki ini. Matanya tertutup rapat.
"Bos, are you okay?" Soal Irene
Matanya terus terbuka lalu memandang wajah assistent barunya ini. Senyuman dilemparkan.
"I'm okay, baby.." . Irene diam saja. Nak cakap apa lagi?
"Jom lunch, dah pukul 1.00 petang ni nanti you lapar pulakan?"
Irene turuti saja permintaan Xiumin yang sudah berlalu keluar dari beranda menunggunya di pintu bilik.
Tanpa berlengah, kaki mula mengorak langkah mendekati tubuh bossnya itu.
"You takut dengan I ke?" Soalnya
"Takut apanya boss?"
"You takut dengan I ke?" Soalan tadi dilulang kembali. Irene menggelengkan kepala.
"Tak adalah bos, kenapa bos cakap macam tu? Ke bos yang takut dengan saya?" Irene berjenaka. Walaupun hambar, Xiumin tetap tersenyum.
"I suka lawak hambar you, baby" Balasnya terus mencubit pipi mulus Irene. Irene terkaku.
"Dah jom" Tangan dipaut membawanya keluar dari rumah itu. Irene diam saja. Masih terkejut.
...
"
So.. you tak nak order?". Irene tersentak lalu mula menyelak buku menu makanan di restoran ternama itu.
"You tak yah terkejut sangatlah dengan I.." Sambungnya masih menatap wajah Irene di depannya.
"I ni memang macam ni dengan baby I"
Irene mengetap bibir bawah, aduh. Dia bukan lemah tapi lemas dengan ayat lelaki yang mula mencairkan hatinya. Tapi dia bukan cair ehhh.
'Apa nak jadi sekarang ni? Nak lari? Macam mana?' Getus hatinya
"Ye encik dan cik berdua nak order apa?" Usul seorang pelayan lelaki bersama nota dan sebatang pen.
"Ah.. tunggu baby I order dulu ya" Balas Xiumin dengan senyuman manisnya. Pelayan itu tersenyum.
"Urgh, baby.. You nak apa? Waiter dah sampai ni" Kata Xiumin masih dengan senyuman. Irene menggangkat muka memandang wajah Xiumin.
"Saya pun tak tahu nak apa" Jawabnya. Xiumin ketawa kecil.
"Tak apa bagi kami dua set makanan A ni ya?"
"Baiklah". Pelayan itu beredar.
Kini mereka berdua kembali, lidah kelu tanpa bicara. Mati akal mahu berborak. Hati penuh gelisah, apa yang dia mahu katakan langsung tidak terfikir.
"Hey.. Kenapa you senyap je?". Irene tersentak, kenapa dia perlu kelu? Malu? Or apa-apalah.. Sedangkan lelaki di depannya ini ialah bos saja bukan boyfriend dia. So, seperti biasa.
"Baby, are you okay?" Soalnya lagi mahukan kepastian.
"Ha saya okey bos"
"Good, lepas ni kita mahu ke mana?"
"Saya ingatkan lepas ni bos nak hantar saya balik". Kelihatan benar wajah sedihnya itu.
"Bos okey ke tak ni"
"Ya i'm okay". Riak sedihnya masih ada lagi.
"Okey, lepas ni bos nak pergi mana lagi?". Xiumin menggangkat muka dengan sejuta keceriaan.
"Great!"
"Shuttt, perlahan sikit bos.. Orang tengok"
"Ouh yeke? Sorry" Xiumin menekup mulutnya. Irene ketawa kecil, comel juga perangai bosnya ini...
To be continue..
⚘Jangan lupa vote saya ya?⚘
🌹Kalau penat menunggu saya update jom sama-sama baca novel ini👇
🌹My Blood in OUIJA✔
🌹LOVE of ASSASSINS(on going)
🌹F.U.C.K-Y.O.U✔
🌹Kata Hati✔
🌹...dan aku tak perlukan cinta..✔⚘Terima kasih yang vote and sudi baca novel ciptaan saya⚘
YOU ARE READING
Cinta Seorang Joker
Short StoryXiumin, semua orang kenal dia siapa.. Lelaki yang kacak bergaya. Digilai ramai wanita, namun kesian lelaki ini tidak tahu apa itu cinta yamg sebenar. Dia hanya tahu, lawak lawak dan lawak. Bermain dengan kata-kata pada semua perempuan itulah caranya...