"Berhenti jadi penipu, Xiumin"
Irene mengetap bibir, menahan kemarahannya. Dia memang tidak sepatutnya marah pada lelaki ini. Tapi, perasaannya waktu ini tidak dapat dikawal dengan baik. Xiumin melangkah perlahan mendekati Irene.
"Irene"
Suara itu memanggil namanya dengan perlahan dan lembut. Mata Irene kuyu memandang wajah lelaki di depannya ini. Itu kali pertama, Xiumin memanggilnya.
"Irene"
Xiumin memanggil lagi, kali ini Irene tersenyum kecil.
"Maafkan saya"
Katanya kesal, Irene tidak berganjak dari tempatnya. Xiumin juga tidak melangkah lagi setelah mereka sudah mula dekat.
"Kenapa awak buat semua ni?" Soal Irene dengan wajah sudah masam. Senyumannya disorok.
Xiumin diam terkutik, dia tertunduk merenung lantai. Siapa bos sekarang ni?😂
"Bila awak buat semua ni, awak ada fikir perasaan kami?"
Xiumin menggangkat muka memandang wajah Irene. Mahu hadam baik-baik dengan kata-kata perempuan ini.
"Dengan kelebihan wajah awak tu, semua perempuan jadi mangsa awak. Diperbodohkan oleh awak. Awak tak pernah fikir perasaan diorang"
"Irene, awak tak faham keadaan saya jadi macam ni"
"Walau apapun keadaan awak.. Awak tetap tak boleh buat macam ni. Hati perempuan ni dahlah hati tisu. Awak suka-suka hati je kecewakan dia orang"
"Saya minta maaf"
"Dah ramai awak sakitkan hati perempuan.. Awak ingat, awak minta maaf dengan saya dia orang akan maafkan awak?"
Xiumin mengeluh, dia memang tidak sepatutnya berbuat demikian. Tapi, dia jadi begini kerna seseorang yang menyakiti hatinya. Salahkah?
"Saya nak berhenti, Xiumin"
Xiumin memandang wajah Irene, riak terkejutnya kelihatan.
"Irene, jangan tinggalkan saya. Saya nak buat apa kalau awak tak ada?"
"Saya penat dengar ayat awak ni.. dan ya, saya nak jauhkan diri dari orang macam awak"
Irene melangkah melepasi bahu Xiumin. Namun, tangannya di pegang lalu Xiumin tarik masuk ke dakapannya. Irene agak terkejut dengan tindakan Xiumin.
Mata mereka bertemu, muka mereka cuma dua inci. Tangan Xiumin setia memegang pinggang Irene manakala Irene memegang bahu Xiumin. Uishhh😂.
Irene merenung mata Xiumin dan Xiumin merenung setiap inci wajah Irene, dari mata, hidung ke bibir seksi gadis itu.
Bayangkanlah, Xiumin pandang Irene dengan reaksi macam ni.. Tapi-kan, kalau Xiumin pandang korang macam ni.. Korang rasa apa?
YOU ARE READING
Cinta Seorang Joker
Krótkie OpowiadaniaXiumin, semua orang kenal dia siapa.. Lelaki yang kacak bergaya. Digilai ramai wanita, namun kesian lelaki ini tidak tahu apa itu cinta yamg sebenar. Dia hanya tahu, lawak lawak dan lawak. Bermain dengan kata-kata pada semua perempuan itulah caranya...