Bogo Shipda😖❤
Xiumin mengusap pipi Sana yang nyenyak tidur di sebelahnya. Tangannya dipaut, lalu diusap. Senyuman terukir di bibir. Ingatkan tidur tadi, sedar pula.
"Kita pergi mana dulu?" Soal Sana yang sudah menggangkat kepalanya memandang sekeliling.
Xiumin kembali fokus pada pemanduannya lalu tersenyum sebelum menjawab pertanyaan gadis itu.
"Cincin kahwin nak?"
Sana tersenyum lalu mengangguk laju. Xiumin gembira melihat telatah tunangnya ini, periang.
...
Uhuk uhuk..
"Awak okey ke tak ni?" Soal Xiumin sambil menepuk perlahan belakang Sana.
Sana menggangguk perlahan sambil tangannya memegang dada.
Uhuk uhuk..
Xiumin tak keruan apabila Sana asyik terbatuk, kalau kedengaran biasa tak apa juga tapi ni dah teruk kedengarannya.
"Saya pergi toilet jap.. Awak tunggu sini ya?"
"Okey, apa-apa call.. Awak bawak phone kan?"
Sana menggangguk perlahan lalu melangkah kaki masuk ke tandas yang berdekatannya. Xiumin membawa barang-barang mereka lalu duduk di bangku itu.
5minit kemudian..
Xiumin lantas mendekati Sana yang baru saja keluar dari toilet itu dengan wajah yang pucat seperti orang sakit. Risau hatinya lalu membantu Sana melangkah keluar dari Mall.
...
"Kita pergi jumpa doktor ya?"
Sana menggelengkan kepalanya perlahan lalu bersandar di sebelah kerusi pemanduan.
"Muka awak pucat ni"
"Tak apa, Xiumin.."
"Betul ni?"
"Ya"
"Kalau macam tu, saya hantar awak balik ya? Lemah badan awak ni"
Sana menggangguk perlahan, Xiumin langsung tidak senyum. Risaunya dengan keadaan tunang sendirilah.
...
"Baekhyun". Xiumin tersenyum sinis lalu menepis cincin berlian itu dari tangan Sana. Sana terkejut.
"Itu untuk jawapan bodoh awak tu dan ini.." Cincin di tangannya di buka lalu di baling ke simen.
"...untuk hubungan yang bertahun-tahun tiada guna ni. Perpisahan yang menjengkelkan ni, sangat buat hati saya terluka. Yang tak mungkin diubati dengan kata-kata" Sambungnya.
...
Air mata seorang lelaki mengalir perlahan, dia merenung gambar Sana yang hanya tinggal kenangan dan mungkin tak akan kembali?
"Sampai hati awak buat saya macam ni-kan? Selama ni, awak langsung tak pandang pengorbanan yang saya buat?"
Xiumin mengusap perlahan gambar Sana, air matanya semakin deras mengalir di pipi mulusnya. Hari yang dia patut menjadi suami orang itu musnah dengan mudah..
Sana yang batalkan kerana seorang lelaki yang entah mana-mana. Salah gadia itu, bukan dia. Dia menyalahkan diri Sana..
Tok tok tok..
"Masuk"
Gerangan melangkah kaki masuk ke biliknya. Air matanya lupa dilap, juga gambar Sana lupa di simpan. Dia cuma membetulkan kot birunya itu lalu duduk di hujung meja CEO.
YOU ARE READING
Cinta Seorang Joker
NouvellesXiumin, semua orang kenal dia siapa.. Lelaki yang kacak bergaya. Digilai ramai wanita, namun kesian lelaki ini tidak tahu apa itu cinta yamg sebenar. Dia hanya tahu, lawak lawak dan lawak. Bermain dengan kata-kata pada semua perempuan itulah caranya...