BAB 5

44 5 1
                                    

Joy melangkah ke arah meja Irene yang berdekatan dengan bilik Xiumin. Fail diletakkan di meja Irene. Mata mereka bertemu dan senyuman terus diukir.

"Terima kasih"

Ucap Irene sambil menunduk sikit kepalanya, Joy juga menunduk..

"Sama-sama"

Joy masih tidak beredar, dia ingin membawang kott. Irene pun sudah selalu melihat pekerja di situ, membawang kalau tak ada kerja.

"Kau ada apa-apa ke dengan bos?" Soal Joy mahu kepastian.

Irene tersengih

"Tak adalah, saya assistent bos je"

Joy menggangguk sambil tersenyum, dia memandang ke kanan dan ke kiri lalu terus bercakap dengan perlahan, cukup didengari oleh Irene.

"Kalau kau nak tahu, bos tu playboy.. kotlah, semua pekerja dekat syarikat ni dah kena tipu dengan dia. So hati-hatilah"

Riak terkejut Irene kelihatan, what the hell? Dia diam seketika, merenung komputer di depannya.

"Okeylah Irene.. Aku sambung kerja dulu-lah. Apa-apa, kita borak lagi-lah"

Irene cuma menggangguk, dia masih tidak percaya dengan semua yang didengarnya sendiri.

Wajah Xiumin menerpa di fikirannya. Ayat yang selalu keluar dari mulut Xiumin juga menerpa ke telinganya. Lelaki itu tipu?

'Eh wait! Asal pula aku nak kecewa? Lelaki tu bukan boyfriend aku pun.. Bos jee, jangan nak beranganlah.

Dia menampar pipinya berkali-kali. Lupakan! Dia ialah assistent, bukan sesiapa pada yang istimewa pada bosnya. Bukan!

...

Tepat jam 1.00petang Xiumin keluar dari biliknya dan terus menuju ke meja Irene dengan wajah yang berseri-seri. Seperti tiada apa yang berlaku? Ya. Irene tidak mengendahkannya, bukan sengaja. Tapi tak perasan.

"Hey babe"

Irene menggangkat muka memandang wajah Xiumin, kelam kabut dia bangun dan menunduk. Hormat.

"Ye bos, maafkan saya. Tak perasan bos ada tadi". Xiumin tersenyum comel.

"Lunch?"

Irene mengetap bibir bawah, nak tapi malas mahu turun. Nak minta tolong, ni bosnya. Hahahah.

"Bos, saya tak nak lunch lah.. Banyak kerja lagi ni"

Xiumin memandang mejanya, fail yang penting-penting untuknya berada di situ. Kesian, hahahaha.

"Are you sure?" Soal Xiumin memandang wajah Irene. Irene mengganguk perlahan.

"Erm, kalau macam tu.. Tak apa, you nak makan apa-apa tak? Kalau nak, I boleh tolong belikan"

Irene tersenyum di hati, baiknya bos aku bisik hatinya.

"Err, tak apalah bos.. Tak nak menyusahkan bos"

Tolak Irene mentah-mentah walaupun dia memang mahu makan. Tak mahu dia menyusahkan Xiumin, dah lah tak nak teman makan. Xiumin berkerut.

"Ayat you tu, macam nak makan juga ni"

Irene menggaru dahi yang tidak gatal, kang order banyak-banyak bising.

"Okeylah, kalau tak nak.. I gerak dulu baby, I ajak orang lain. Bye"

Xiumin terus melangkah kaki beredar dari situ. Irene terus duduk menyambung kerjanya yang tertangguh tadi.

Beberapa minit kemudian..

"Excuse me?"

Irene menggangkat muka memandang gerangan yang bersuara. Irene bangun dan tunduk hormat.

"Ya, boleh saya bantu?"

"Saya nak jumpa dengan Xiumin, dia ada?"

"Ouh, bos tak ada.. Baru je keluar tadi"

"Pergi mana?"

"Lunch, tak tahu pula dekat mana"

"Kalau macam tu, bagitau dia.. Saya nak jumpa dia esok pagi"

"Okey, boleh saya tahu siapa nama cik?"

Perempuan itu tersenyum sambil memyilang tangannya.

"Sana". Irene menggangguk dan perempuan itu beredar.

"Diva" Bisik Irene perlahan.

Eh kau ni, cakap orang je tahu cermin diri dulu. Marah dirinya sendiri.

"Yang bos pun, lama noh keluar. Dengan siapalah tu.. Tak ajak aku!"

Dia marah sikit, tapi masih cover suaranya supaya orang lain tidak mendengar suaranya.

...

"Saya teringin nak berkahwin dengan perempuan secantik bidadari syurga seperti awak.. Nak tahu tak, hidup saya tak sempurna jika awak tiada"

Irene terdiam saat mendengar Xiumin meluahkan kata-kata itu pada seorang perempuan yang berdiri di depan Xiumin.

"Betul ke Xiumin?"

"Betul my baby, takkan I nak tipu you pula-kan?". Xiumin memegang tangan perempuan itu.

"Ingat baby, I love you so much. Dalam hati I ni cuma ada you seorang je, boleh you jadikan I ni raja di hati y ou? Hanya saya seorang saja. Boleh?"

Perempuan itu tersenyum lalu mengangguk, mereka berpelukan.

Riak wajah Irene mula mengendur, masam mencuka. Hatinya? Jangan dicakaplah, sakit!

Walaupun itu hanya bosnya, lelaki itu tidak boleh buat begini. Pada sesiapa pun, termasuk dirinya yang cuma dianggap assistent.

To be continue..

⚘Jangan lupa vote saya ya?⚘

🌹Kalau penat menunggu saya update jom sama-sama baca novel ini👇

🌹My Blood in OUIJA✔
🌹LOVE of ASSASSINS(on going)
🌹F.U.C.K-Y.O.U✔
🌹Kata Hati✔
🌹...dan aku tak perlukan cinta..✔

⚘Terima kasih yang vote and sudi baca novel ciptaan saya⚘

Cinta Seorang JokerWhere stories live. Discover now