Melawat

350 59 13
                                    

"Cikgu makanlah bubur yang saya bawak ni." pujuk Chan apabila gurunya itu tidak ada selera untuk makan.

"Taknaklah Chan. Cikgu takde selera nak makan bubur." balas Cikgu Jeonghan. Sebenarnya bukan dia taknak makan tapi Chan ni bawak bubur memang betul-betul nasi air campur garam. Takde lauk langsung dlam tu. Macam mana nak ada selera kalau macam tu.

"Habistu cikgu nak makan apa? Nanti Chan suruh kawan-kawan yang lain tolong bawakkan diorang pun tengah dalam perjalanan nak datang jenguk cikgu." kata Chan sebelum mengeluarkan telefon bimbitnya untuk memberitahu rakan-rakan yang lain.

"Hm, belikan cikgu pisang jelah. Suruh diorang belikan cikgu buah pisang. Dah lama cikgu tak makan buah pisang."

"Kalau buah lain tak boleh ke cikgu? Buah kelapa ke? Buah mandarin ke? Belakang rumah Minghao ada pokok buah limau mandarin. Cikgu taknak?" soal Chan lagi.

Kalau tak silap belakang rumah Jun pun ada pokok limau mandarin tu tapi kalau suruh Jun tu yang bawak limau dia tu nanti tak pasal-pasal cikgu Jeonghan masuk hospital sekali lagi.

"Baik tak payah tanya kalau rasa nak bawak limau mandarin. Nanti Chinese New Year pun boleh makan limau mandarin tu."

"Alah cikgu, buah pisang pun setiap hari boleh maka. Belambak je ada dekat Malaysia tu ha." balas Chan pula tidak mahu mengalah.

"Sekarang kamu nak suruh Cikgu pergi cari buah pisang sampai ke Malaysia ke?" soal Jeonghan sambil cuba menahan marah. Boleh naik tekanan darah tinggi layan budak Chan ni.

"Yelah. Kejap Chan bgitau dekat Mingyu suruh bawakan pisang untuk cikgu.

"Weh Dino suruh belikan buah pisang alang-alang kita nak pergi melawat Cikgu Jeonghan." beritahu Mingyu sambil membaca mesej daripada Chan.

"Hadumak mana pulak nak cari buah pisang tengah hari macam ni?" kata Seungcheol pula sambil duduk mencangkung kerana cuba untuk berteduh di belakang badan Jun.

"Haa aku tau dekat mana ada pokok pisang!" jerit Hoshi dengan nada yang teruja.

"Ikut aku."

"Weh serius arh kita nak curi buah pisang ni?" tanya Vernon dalam nada berbisik takut tuan empunya pokok itu terjaga dari tidurnya.

"Yelaa. Pisang ni je yang paling senang nak dapat pun. Lagipun murah." jawab Hoshi.

"Wonu kau bawak tak barang yang aku suruh bawak?" soal Minghao pula sambil memandang ke arah Wonwoo.

"Aku bawak. Tapi ada satu je lah. Ni pun aku curi nenek aku punya." jawab Wonwoo sambil menunjukkan kapak yang dibawanya itu.

"Nenek kau buat apa dengan kapak ni?" soal Jun kehairanan kerana neneknya tidak pernah mempunyai kapak tetapi hanya mempunyai duit.

"Nenek aku bina reban ayam."

"So, siapa yang nak tebang pokok pisang si Boo nih?" soal Seungcheol kepada yang lain.

krik krik krik

"Haih nampaknya terpaksalah abe Hao tunjukkan kekuatan abe." kata Minghao sebelum merampas kapak yang berada di tangan Wonwoo dan mula menebang pokok pisang kesayangan Seungkwan.

"Cikgu! Kami dah sampai!" jerit ketujuh-tujuh pelajar yang baru sampai.

"Hei, hospital mana boleh bising-bising." marah Jeonghan sebelum bertindak menjeling pelajarnya.

"Cikgu nah kami ada bawakan buah pisang ni untuk cikgu. Cikgu makanlah." pelawa Seumgcheol sambil tersenyum manis ke arah gurunya itu.

"Wah thankyou! mana korang dapat pisang ni?"

"Ouh, tadi kami tebang pokok pisang Seungkwan lepastu kami bagi la setengah dekat cikgu." terang Jun sebelum mula mengambil tempat duduk di sebelah katil cikgunya.

"Lagi setengah kamu tinggal la dekat Seungkwan tu?" soal Cikgu Jeonghan lagi.

"eh taklah. Kami sedekah dekat Dk suruh masak cucur pisang." jawab Mingyu pula dengan selamba.

"Hm takpelah alang-alang si Seungkwan tu dapat la jugak pahala sedekah harini. Dia bukan selalu buat pahala." balas Jeonghan yang tanpa berasa bersalah mula menyuapkan pisang ke dalam mulutnya.

manakala di situasi Seungkwan...

"Budak biadap mana yang tebang pokok aku ni? Aku baru ingat nak jual dekat pasar malam nanti. Huwaaa penat-penat aku tanam senang-senang je diorang curi. Takpe lepasni aku tanam pokok racun. Aku bagi sorang-sorang telan makan pokok tu biar mampus." kata Seungkwan sebelum keluar dari pondoknya ingin membeli racun.

To be continue...





 [✓] SEVENTEEN HIGH SCHOOLWhere stories live. Discover now