Ponteng sekolah

557 72 15
                                    


"Cheol, kau nak makan ape?" soal Minghao yang sedang berdiri di kaunter makanan kantin sekolah mereka.

"Bosanla makan sini. Kita makan luar nak?" balas Seungcheol dengan suara yang perlahan takut kantoi pulak nak escape.

"NAK IKUT!!"

"mak kau kepala tiga segi." latah Seungcheol yang terkejut apabila Dino tiba-tiba menjerit dari arah belakang.

"Kau ni kalau nak ikut pun diam-diam sudah la." marah Minghao.

"yelah."

"Kejap aku call Hoshi ngan Wonwoo suruh bawak balik beg kita nanti." kata Dino sambil mendail number Hoshi.

Selepas mereka bertiga berjanji untuk belanja Hoshi dan Wonwoo mc flurry, barulah Hoshi dan Wonwoo bersetuju untuk bersubahat.

"Okay guys, sekarang ni Seungkwan tengah tidur lagi. So, ni peluang keemasan untuk kita panjat pagar ni." kata Minghao yang sedang memerhatikan Seungkwan yang berada di dalam pondok itu.

Tanpa mereka sedar, dari jauh Jun sedang memerhatikan mereka yang sedang mengintai Seungkwan di dalam pondok pengawal itu dan berlari ke arah pintu pagar sekolah.

Jun yang ternampak akan perbuatan mereka itu hanya mengendahkan mereka dan terus masuk ke kelas.

"Ada kebakaran lagi kut, sebab tu diorang lari." fikir Jun.

"Jun, Mana budak bertiga tu? Sekali dengan Chan pun hilang. Ni mesti diorang hasut Chan suruh jadi jahat." soal Jeonghan dengan garang.

"Diorang tiga lari sebab sekolah terbakar lagi."

"Yes! Aku dah lepas." jerit Dino yang berjaya melompat dari pagar itu.

Disebabkan oleh Dino yang menjerit tadi, Seungkwan pun terjaga.

"Apa bising-bising ni." kata Seungkwan sambil menggosok perutnya eh silap, matanya.

"OH"
"MY"
"GOD"
kata mereka bertiga serentak.

Minghao dan Seungcheol yang masih berada di bahagian atas pagar itu pun masih kaku di situ.

"Hoi budak berdua kau turun sekarang!" jerit Seungkwan sambil mengetuk-ngetuk pagar itu dengan ranting kayu.

"Hao, lepas kita lompat ni, terus lari tau. Jangan pusing belakang. Takpe, pakguard kita ni banyak lemak. Dia takkan dapat kejar kita punya."

"Tapi cheol dia suruh kita turun.."

"Kalau kau nak aku belanja kau ayam mcD, kau ikut je aku."

"O-okay, aku nak"

Dengan itu mereka berdua pun terus melompat turun dari pagar itu dan terus melarikan diri bersama Dino tapi dikejar oleh Seungkwan.

"Cheol, dia kejar kita la. Takut.. dia macam beruang perang pun ada."kata Chan yang melihat muka Seungkwan yang sedang mengejar mereka dari arah belakang.

"Takpe, kau percaya lah cakap aku, lagi 5 saat dia akan stop kejar kita."

Dengan itu, mereka pun berjaya sampai ke mcD apabila Seungkwan berhenti mengejar mereka dan singgah di 7eleven untuk membeli air 100 plus.

Moral 》jangan tidur di siang hari.

To be continue...


 [✓] SEVENTEEN HIGH SCHOOLWhere stories live. Discover now