kokurikulum pt.2

390 51 42
                                    

"Nanti kamu semua akan tau jugak." Jawab Woozi acah tak acuh.

"Alah cikgu bagitau jelah. Tak payah la buat ayat macam atuk Lili dalam novel Jendela Menghadap Jalan Form 4 tu." rungut Wonwoo apabila mendengar ayat yang sama berulang kali. Rasa menyampah pulak.

"Sekarang ni kamu semua ikut je apa yang saya cakap. Tak payah banyak tanya. Selepas ni sir Joshua akan tetapkan kamu dalam unit beruniform masing-masing. Tidak lupa juga disebabkan sekolah kita tidak mempunyai bilangan pelajar yang ramai maka Dokyeom dan Seungkwan turut wajib terlibat dalam aktiviti kokurikulum sekolah. Kalau tidak gaji kamu akan dipotong.

"MANA ADIL!  SEKOLAH LAIN TAK MACAM NI PUN!  NAK PERGI CARI KERJA LAINLAH MACAM NI!" bentak Seungkwan yang tidak bersetuju dengan arahan dari pihak sekolah.

"Kalau kau rasa ada orang lain nak ambil kau kerja pergilah sana.  Berhenti kerja." bidas Jeonghan sambil menjeling Seungkwan. Seungkwan apa lagi, muncung itik dibalasnya.

"Dahlah selalu makan gaji buta. Aku bagi kerja suruh jaga sekolah. Kau boleh pulak pakai tanah sekolah buat kebun. Tak tau malu." sindir Woozi pula sambil memandang Seungkwan tidak lepas.

"Yelah aku join aktiviti kutip ketum korang."

"Dah kenapa pulak kena kutip ketum? " soal Seungcheol hairan.

"Tadi pengetua korang jugak yang cakap dekat aku 'kau kutip ketum' kan?"

Woozi terus sahaja menepuk dahinya.  Tiba-tiba rasa nak pergi tampar budak Boo ni.

"Aku cakap kokurikulum bukan kau kutip ketum. Apa susah sangat kau ni nak faham?"

"Lah ye ke?  Mana nak tau. Hehe." kata Seungkwan sambil menunjukkan isyarat tangan maaf.

"Ala cepatlah mula. Takkan nak berhimpun sampai tengah hari."kata Chan apabila sudah penat mendengar si Seungkwan tu merepek.

"Okay kita mula sekarang. Dengar betul-betul. Sir cakap sekali je. Kamu semua akan dibahagikan kepada 3 unit beruniform.  Ada Kadet Bomba, Kadet Remaja Sekolah dan Persatuan Bulan Sabit  Merah.

Ahli-ahli PBSM, Wonwoo,  Hoshi dan Myeongho.

Ahli-ahli Kadet Bomba, Hansol, Mingyu dan Jun.

Ahli-Ahli Kadet Remaja sekolah pula Seungkwan, Seungcheol, Chan dan Dokyeom.

Ada sebarang pertanyaan tentang unit beruniform kamu?"

"Saya!" Hoshi mengangkat tangan tanda mahu menanyakan soalan.

"Kenapa Mingyu jadi ahli kadet bomba? Dia tak layak langsung. Nanti kalau ada kucing tersangkut dekat pokok bukan takat kucing yang tersangkut, sekali dengan dia tersangkut dekat pokok tu sebab tak reti nak turun."

"Yah! Kau ingat kau layak sangat ke jadi ahli PBSM, elok orang tu luka je, tiba-tiba terus meninggal lepas kau rawat dia. Sebab kau kan rawat orang sambil tutup mata, sekarang pun kau borak dengan aku sambil tutup mata."

"MANA ADA KAU YANG-"

"dah sudah tak payah bergaduh tutup mulut tu. Sakit telinga dengar suara kamu berdua menjerit." tegur cikgu Jeonghan yang telah dilantik menjadi guru penasihat kadet bomba. Tak tau lah apa nasib pelajar dia nanti.

"Baiklah itu sahaja untuk harini.  For the next perjumpaan kokurikulum, saya akan bahagikan kamu mengikut kelab masing-masing pulak." beritahu Joshua sambil memegang senarai nama pelajar yang menyertai unit beruniform PBSM memandangkan dia merupakan guru penasihat bagi unit beruniform berkenaan.

"Sekarang semua diminta bergerak ke tempat perjumpaan masing-masing mengikut guru penasihat kamu. Ahli PBSM ikut sir pergi bilik rawatan."

"Yuhuuu! Kadet Bomba sekalian moh kita ke padang!" panggil cikgu Jeonghan sambil melambai-lambaikan tangannya.

"Yang mana KRS bergerak ke bilik saya." beritahu Woozi sebelum terus melangkah menuju ke biliknya.


To be continue...

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Heyyo, makin bosan dan bosan kan cerita ni?  Sorry sebab otak terlampau lembab nak berfungsi. Apapun please go and check out this books.  Serious no regret. Life in a dream by nrhaifa and also ff sis He Belongs to Me. Serious best dua ff ni. Ceh, for me la but i think you guys will find this two ff interesting too!🐣 Lepasni tolong la tekan bintang yang kaler oren dekat bawah tu tau eheks 🐋.Bertambah-tambah seronok lepas sedih nak beli hand sanitizer mahal tu actually takde la mahal mana tapi biasalah saya pokai orangnya🐧.Penat merapu sudah. That's all. Love ya♥.🍭

He Belongs to Me
https://my.w.tt/csYlhmbhW4

Life in a Dream
https://my.w.tt/kuzXBl5gW4

 [✓] SEVENTEEN HIGH SCHOOLWhere stories live. Discover now