"Ish, soroklah biskut tiger tu. Nanti cikgu nampak." marah Minghao apabila Jun asyik memasukkan biskut tiger itu ke dalam mulutnya.
"yelah aku simpan." kata Jun sambil menyorokkan biskut tiger di dalam bajunya.
"Baiklah semua ambil alatan dekat depan ni." arah Cikgu Jeonghan yang sedang mengeluarkan penunu bunsen dari dalam almari.
"Ehh, pengetua pun nak belajar sains dengan kami jugak ke?" tanya Mingyu yang terkejut apabila nampak kelibat Woozi di tempat duduk paling belakang.
"Harini saya nak check cara cikgu kamu mengajar dan prestasi kamu semua." balas Woozi dengan tenang.
"Sekarang duduk dlam kumpulan yang cikgu sebut." arah Jeonghan pula sambil memeriksa kertasnya.
"Chan, Seungcheol, Jun dan Minghao, nama kumpulan kamu Sunsilk."
"Sunsilk?" soal Seungcheol pelik sambil menggaru kepalanya.
"Wonwoo, Mingyu, Soonyoung dan Hansol, nama kumpulan kamu Rejoice."
"Aku sukalah nama Rejoice." kata Mingyu sambil bertepuk tangan.
"Rejoice tu jenama syampu lah." balas Wonwoo pula.
"Jun, dahlah makan tu. Orang lain pun nak jugak!" marah Dino dalam nada berbisik takut didengari oleh guru mereka.
Minghao yang melihat Jun masih makan biskut itu terus menyambar biskut tiger itu dari tangan Jun membuatkan Jun mencebik.
"Kejap lagi kita celupla biskut ni dalam susu. Kan cikgu kata harini kita nak buat eksperimen warna dia macam susu." kata Seungcheol.
Sebenarnya mereka akan mencampurkan dua larutan untuk menghasilkan warna yang berbeza-beza termasuklah warna susu.
"Kumpulan Sunsilk, tolong bagi perhatian. Jangan bersembang dengan rakan yang lain." marah Jeonghan apabila anak muridnya itu tidak berhenti bercakap.
"Hati-hati semasa mengendalikan bahan kimia ni. Bahan kimia ni bersifat merengsa jadi jgan cuba nak minum atau memasukkan ke dalam mana-mana rongga badan." arah Jeonghan lagi.
"Wonwoo pergilah ambil bahan dekat depan tu takkan kami je yang kena pergi ambil." rungut Hoshi apabila Wonwoo tidak bergerak dari tempat duduknya itu.
"Taknak."
"Ish janganlah jadi pemalas. Buatlah kerja jugak." marah Vernon pula sambil mencekak pinggang.
"Aku takde mood nak ambil barang kat depan." balas Wonwoo acuh tak acuh.
"Kumpulan Rejoice ada pertengkaran, tolak 4 markah." kata Woozi apabila terdengar pertengkaran ahli kumpulan Rejoice itu.
"Kenapa pulak kena tolak markah? Ish mana adil macam ni. Wonwoo yang taknak bu-"
"Hoshi, melawan cakap cikgu. Tolak 2 markah." potong Woozi.
"Tolak je cikgu, tolak 10 markah terus. Hahahahaha" gelak Jun dari meja sebelah.
"Jun, minta kena tolak 10 markah." kata Woozi dengan bangganya sambil mencatat di bukunya.
Ahli kumpulan Sunsilk menjeling Jun kerana membuatkan kumpulan mereka hilang 10 markah.
"Sekarang bila kamu campur dua larutan ni kamu akan dapat warna ungu. Siapa yang tak dapat warna ungu angkat tangan." arah Cikgu Jeonghan sambil matanya mencari kelibat anak muridnya yang mengangkat tangan.
"Vernon kamu tak dapat warna ungu?"
"Takpun cikgu. Saya tak dapat warna ungu tapi saya dapat warna purple." jawab Vernon dengan muka tidak bersalah.
Hanya tuhan sahaja yang tahu apa yang dicarutkan oleh Jeonghan di dalam hatinya. Mencarut depan-depan ada pengetua pulak. Sabar jelah dapat anak murid macam ni.
"Vernon, ungu dan purple tu sama je. Yang bezanya bahasa. Faham ?" soal Cikgu Jeonghan dengan lembut tetapi dia menjegilkan biji matanya ke arah Vernon agar Vernon berhenti menanya soalan.
"Fa-faham cikgu." kata Vernon tergagap-gagap.
"Cikgu bila kita nak buat susu pulak ni?" tanya Seungcheol yang tidak sabar mahu mencelup biskut tigernya di dalam 'susu' itu.
"Sekarang kita buat warna susu pulak ye. Ambil dua larutan ni dan masukkan ke dalam bikar perlahan-lahan. Lepas dah masukkan kacau sampai dia bertukar warna." kata Cikgu Jeonghan sambil membuar demostrasi di depan dan diikuti pelajarnya.
"Wah, dah jadi susulah !" jerit Dino yang teruja apabila melihat larutan tadi telah berubah warna.
"Ini bukan susu betul ya. Ini hanyalah larutan yang berwarna susu dan mempunyai bau seperti susu. Ada sesetengah susu tiruan mereka jual macam ni lah. Nampak sama tetapi boleh membahayakan kesihatan." jelas cikgu Jeonghan.
"Kriuk" bunyi biskut digigit oleh Jun setelah dia selesai mencelupkannya ke dalam 'susu' itu.
Selesai sahaja dia makan biskut itu, dia terus meneguk air larutan yang bewarna seperti susu itu. Semua terkejut dengan tindakan Jun itu.
"Cikguuu! Jun minum racunnnn!!!!" jerit Hoshi sambil berlari pusing satu makmal.
"Jun kamu okay tak? Ada rasa pedih dekat kerongkong tak? Ada rasa sakit mana-mana?" soal Jeonghan dengan cemas tetapi Jun masih elok tersenyum ke arah gurunya itu.
"Takde sakit mana-mana pun cikgu. Sedap je susu ni."
Jeonghan yang inginkan kepastian mula merasa sedikit larutan dari kumpulan lain untuk memastikan larutan itu tidak memudaratkan. Malangnya, larutan itu memberi kesan kepadanya tetapi tidak memberi kesan kepada Jun.
"Cikgu! Cikgu yang tak okay sekarang ni !" kata Mingyu sambil cuba mengejutkan Jeonghan yang telah pengsan itu.
"Kejap saya call ambulance." kata Woozi sambil menelefon ambulance.
Cikgu Jeonghan dikejarkan ke hospital kerana tidak menyedarkan diri manakala Jun masih bersama dengan biskut tigernya.
To be continue...
YOU ARE READING
[✓] SEVENTEEN HIGH SCHOOL
De Todo𝘤𝘰𝘮𝘱𝘭𝘦𝘵𝘦 Pernah tak terbayang Seventeen akan mengalami zaman persekolahan bersama sama ? Seventeen High School ini akan memberi sebuah bayangan yang penuh hiburan . Yang pasti ada semua bias yang anda minat ! Macam mana kehidupan dan peran...