"Kkkrrrriiiinnnnnnnnggggggggggggggggg"
Woozi yang sedang mengajar pelajar kelas Carat itu terus berlari keluar dari bilik muzik selepas terdengar bunyi loceng yang panjang itu.
Apabila dia telah perasan yang pelajar lain tidak ikut serta dalam larian marathon itu, dia kembali ke bilik muzik semula.
"Hei! Korang tak dengar ke bunyi loceng kebakaran tu hah ?! Korang nak mati rentung dalam ni ke?"
"KEBAKARAN?" tanya pelajar lain serentak.
"ini b-bukan bb-bunyi loceng kebakaran ke?" kata Seungkwan yang ketakutan apabila ternampak asap dari arah kawasan padang sekolah.
"Tak, ini bukan ujian, ini bukan cobaan, ini benarann!" jerit Seungkwan sambil berlari ke arah basikalnya yang diletakkan di sebelah pokok dan terus mengayuh basikalnya dengan laju pulang ke rumahnya meninggalkan sekolah.
"Okay, inilah masanya untuk aku bersinar. Aku akan jadi hero harini dengan menyelamatkan orang kejap lagi." kata Joshua dengan wajah takaburnya sambil berlari membawa baldi yang berisi air dan first aid kit di tangannya.
Dk yang sedang mengelap meja di kantin pula terkejut apabila terdengar bunyi loceng itu dan terus berlari ke arah dapur.
"Kebakaran buat comeback dekat dapur aku ke?" kata Seokmin sambil berlari ke arah ruangan memasak.
"Takde yang terbakar pun." katanya sambil membelek dapur gas itu.
"Woi kau buat apa dekat situ? Cepatlah ke padang semua dah tunggu kau." marah Woozi apabila dia mengira warga sekolah Sebongs tidak cukup dua orang semasa di padang tadi. Bomba tu pulak sibuk je nak kira masa bagai.
"Kena pergi padang eh?"
"Yelah"
"Ouh, okay-okay." balas Seokmin sambil berlari anak ke arah padang.
"Baiklah semua dah cukup?" tanya salah seorang ahli bomba itu.
"Seungkwan takde!" jerit Vernon.
"Pak guard kami dah lari balik rumah dia!"
laung Hoshi pula."Habistu macam mana sekarang ni? Sepatutnya semua warga sekolah kena terlibat dalam latihan ni."
"Takpe, kita teruskan tanpa dia. Kalau dia ada pun menyusahkan orang je." kata Woozi dengan selamba manakala Vernon telah menangis penuh kekecewaan apabila Seungkwan meninggalkannya. Okay joke, dia tak kesah pun sebenarnya.
"Baiklah kalau macam tu saya akan mula tunjukkan demostrasi untuk memadamkan api sekarang memandangkan kantin sekolah kamu pernah terbakar." sindir ahli bomba itu. Woozi yang berada di sebelah ahli bomba itu rasa nak baling gitar atas kepala dia.
"Itulah cara untuk memadamkan api dengan betul. Ada sesiapa yang nak cuba padamkan api ni?"
krik,krik,krik
"Abang yang muka macam kuda dekat belakang sana."
"Saya ke?" tanya Seungcheol memandangkan dia berada di bahagian belakang.
"Bukan, awak muka macam unta. Belakang awak tu yang macam kuda."
Seokmin yang sedar dirinya dipanggil, dia berjalan ke arah bomba tadi dan mangambil hos yang berada di tangan bomba itu.
"Dah bersedia?"
"Dah.."
"Kuat sikit"
"DAHHHH!"
"Dalam kiraan 1,2 dan 3 awak boleh padamkan api tu. Satu, dua, ti-"
"HIYARHHH!" jerit Joshua sambil menjirus air ke arah api tersebut malangnya Seokmin turut basah lencun.
"Kau okay tak Seokmin? Ada melecur mana-mana?" tanya Joshua dengan wajah kerisauan.
"Ada weh. Bukan takat melecur dah, hangus pun ada."
"Dekat mana? Meh sini aku rawat." kata Joshua sambil membuka first aid kitnya.
"Dekat sini weh. Sini." balas Seokmin samvil menunjukkan ke arah dadanya.
"Auch, kau touching ke sebab aku selamatkan kau ni? Ala janganla weh. Aku malu la cenggini." kata Joshua sambil menutup mukanya malu.
"....."
Moral 》Buat kerja dengan cepat dan tidak melebihi tiga saat.
To be continue...

YOU ARE READING
[✓] SEVENTEEN HIGH SCHOOL
De Todo𝘤𝘰𝘮𝘱𝘭𝘦𝘵𝘦 Pernah tak terbayang Seventeen akan mengalami zaman persekolahan bersama sama ? Seventeen High School ini akan memberi sebuah bayangan yang penuh hiburan . Yang pasti ada semua bias yang anda minat ! Macam mana kehidupan dan peran...