Cita-cita saya pt.2

473 70 17
                                    

"Saya punya turn pulak ehh?" tanya Hoshi sambil menunding jari ke arah dirinya sendiri.

"Habistu sapa lagi."

"Malulah nak cakap sebab idola saya ada dekat sini." kata Hoshi sambil mentup mukanya malu.

Guru-guru dan pekerja di situ mula tersenyum bangga kerana menganggap diri mereka sebagai idola yang Hoshi minat.

"Sapa idola kau Hoshi?" tanya Seungcheol sambil mengerutkan dahinya.

"Tuu, yang kat belakang tu. Yang pendek ngan comel tu."

"PENGETUA?!" jerit mereka semua tidak percaya. Macam manalah si Hoshi ni boleh buat jadikan pengetua diorang ni idola.

"Heh, tau dah kau minat aku." kata Woozi dengan bangganya sebelum menyilangkan kakinya.

"Saya nak jadi pengetua macam Cikgu Woozi sebab nanti sayalah yang paling berkuasa dekat sekolah ni. Lepastu semua orang takut dengan saya. Siapa tak datang sekolah saya terus buang sekolah. Kalau ada yang cuba nak melawan saya pun saya buang sekolah . HAHAHAHAHAHAHA." gelak Hoshi dengan jahatnya.

"Apa nak jadi kau ni Hoshi? Tak takut neraka ke hah?" Tanya Dk yang masih berada di belakang dewan bersama senduknya itu.

"Sekarang ni kau nak kata aku ni ahli neraka ke ?" tanya Woozi pula sambil menjeling Dk.

"NEXTTT!!" jerit Dk untuk melarikan diri dari masalah yang bakal menimpanya.

" Saya teringin nak jadi diri sendiri. Tapi mak saya suruh saya berlakon, ayah suruh saya jadi hakim, nenek saya suruh saya jadi doktor tapi saya dari kecil nak jadi diri sendiri sebab saya nak saya boleh buat semua apa yang diorang nak. Tapi saya still pelik. Ni hidup saya ke hidup diorang? Saya pun putuskan nak jadi robot yang boleh buat semua benda. Sekian." kata Wonwoo sebelum kembali ke tempat duduknya.

"Satu benda je aku nak cakap dekat kau Wonwoo." kata Woozi.

"Apa dia?"

"Impian kau tu takkan pernah tercapai."

"Err, boleh saya mula?" tanya Minghao pula yang telah berada di atas pentas dan bersedia untuk berkongsi cita-citanya.

"Haa mulalah."

" Dulu saya pernah teringin nak jadi perenang sebab body saya kan menjadi kegilaan orang ramai tapi entahlah, sejak sejak saya nampak ramai yang mati lemas saya takut nak berenang sebab taknak mati lemas jugak so saya putuskan nak jadi model sebab saya tinggi dan kurus yang paling penting saya sangat hensem." kata Minghao sambil tersenyum bangga apabila terbayangkan dirinya yang sangat hensem menjadi kegilaan ramai.

"Dah, kau boleh turun dari pentas tu. Aku tak berminat dengan cita-cita kau." kata Woozi sambil menghalau Minghao dari pentas itu.

"Cehh."

"SAYA PULAK, SAYA PULAK!"

"kau siapa? Aku rasa aku tak pernah ada student luar negara. Semuanya orang Korea je." tanya Woozi sambil memandang Mingyu pelik.

"Saya orang korea lah cikgu."

"laa iyeke? Muka macam orang Zimbabwe. Tapi takpe boleh teruskan."

"macam ni ceritanya, dari kecil lagi saya nak jadi businessman yang berjaya tapi mak saya halang saya."

"kau nak jual apa?" tanya cikgu Jeonghan pula.

"Produk untuk putih. Sebab saya nak lawan Qu Puteh."

"Aku pun akan join mak kau halang dari kau menjual produk kau tu."

"KAMI PUNN!!" jerit rakan-rakannya yang lain.

"Sampai hati korang. Disebabkan oleh itu, saya nak join Seungcheol dekat pasar malam. Tapi bukan nak jadi gelandangan. Saya nak jual air dengan martabak dekat pasar malam."

"Aku rasa itu yang terbaik untuk kau." Kata Woozi pula sebelum memanggil orang yang seterusnya iaitu Vernon.

"Cita-cita saya yang paling realistik dan menjamin masa depan yang cerah berbanding semua orang dekat sini." kata Vernon dengan bangganya sambil mendepakan tangannya.

"Apa-apa jelah. Cepat mula."

"Say nak jadi perdana menteri Korea. Saya nak jadi perdana menteri sebab saya nak kawal semua makanan dan barangan dapur yang dijual di pasar raya dan tempat yang menjual makanan agar Boo Seungkwan tidak memborong dengan mudah."

"AKU SOKONG KAUUUU!" jerit Dk sambil mengangkat senduknya.

"Aku taknak undi kau nanti." kata Seungkwan pula.

"Kau sorang je taknak undi aku, orang lain semuanya undi aku. Tanpa undian kau pun aku boleh menang. Jangan risau." kata Vernon sebelum flip mic itu dan berikan kepada Dino.

"Cita-cita saya nak jadi pramugara sebab nanti saya bolehlah mengorat pramugari-pramugari tu nanti dengan wajah kacak yang saya ada ni." kata Dino sambil berpeluk tubuh.

"ee dah lah pendek pastu badan kembang tak layak !" jerit Hoshi dari arah bawah dan mendapat sambutan rakan-rakannya yang lain.

"Lagi satu, pramugara kena hensem tapi kau...."

kata-kata Hoshi terhenti seketika sebelum dia merampas cermin di tangan Jun dan menghulurkan cermin itu kepada Dino dan menyambung ayatnya.

"BURUK."

Satu perkataan yang mampu membuatkan hati Dino remuk dan terus turun dari pentas itu.

"Okay, itu saja untuk ha-"

Kata-kata Woozi terhenti apabila Wonwoo menyampuknya.

"Cikgu pun kongsilah macam mana cikgu boleh jadi guru besar nih."

"Yelah. Macam ni ceritanya. Sebenarnya saya taknak pun jadi guru besar ni. Tapi disebabkan mak saya kata saya ni takkan membesar jadi apa kata saya jadi gurubesar dengan gelaran besar maybe saya akan membesar jugak." Tapi hakikatnya, dari kecil sampai sekarang saya tak membesar. Lagi pendek dari pelajar adalah." cerita Woozi dengan nada sedih.

Para pelajar yang lain semua tahan gelak sebab takut nanti Woozi buang sekolah. Seungkwan pula telah berlari sepantas kilat untuk ke pondok pengawal dan ketawa terbahak-bahak di dalam pondok itu.

Namun Dk yang ingin menempah maut itu dari belakang gelak kuat-kuat sampai berguling atas simen tu.

Para pelajar yang lain hanya mampu melihat perkara yang bakal terjadi kepada Dk.

"Seokmin ikut saya ke pejabat." kata Woozi sambil bergerak menuju ke pejabat dan pelajar lain hanya mampu berdoa agar Dk selamat di sana.

To be continue...

 [✓] SEVENTEEN HIGH SCHOOLWhere stories live. Discover now