"Haa yang hujung tu jalan cepat sikit! Taulah lemak banyak!" kata cikgu Woozi sambil mencekak pinggang.
"Mana kau tau lemak aku banyak? Suka hati je tuduh."
Seungkwan mula menghentak-hentakkan kakinya. Hampir sahaja mozek di dalam bilik Woozi itu pecah. Yelah mana tak marahnya. Dahla datang sekolah nak kerja, bukan nak jadi pelajar.
"Kau jalan pun pipi vibrate tau tak. Itu baru pipi, kalau aku tengok perut kau ni ish tak tahu nak kata."
"Takpa aku bersyukur dengan apa yang tuhan bagi dekat aku."balas Seungkwan kembali yang menyebabkan Woozi diam seketika.
"Kau pernah ke bersyukur?" Soalan yang dilemparkan Dokyeom membuatkan Seungkwan mula ingin naik angin.
"YAHH ! KAU INGAT AKU-"
"Kalau rasa nak menjerit boleh keluar. Semak dengar." Kata-kata Chan itu terus membuatkan Seungkwan terus terdiam.
"Saem! Harini kita nak buat aktiviti apa?" Soal Seungcheol dengan mata yang bersinar-sinar seperti unta.
Selalunya kalau ada aktiviti kokurikulum ni banyak aktiviti menarik. Tak payah kena hadap buku.
"Hah aktiviti? Korang nak buat aktiviti ke?" Woozi mula menyoal.
"NAKKKKK!!" DK dan Seungkwan mula menjerit meminta supaya ada aktiviti menarik yang akan dijalankan oleh cikgunya.
Malangnya,
"Tak payahlah, buang masa je semua tu. Baik kamu semua bukak buku teks baca. Kalau malas sangat, tidur." Kata Woozi sebelum keluar meninggalkan 4 pelajar tersebut di dalam biliknya.
"Eh sebelum tu, jangan keluar dari bilik ni selagi belum pukul 9. Duduk sini diam-diam sambil muhasabah diri." Pesanan terakhir dari Woozi sebelum dia menutup pintu.
"ARE YOU KIMBAP KIDDING US?!" Seungkwan mula mahu naik angin dengan si Woozi ni. Buang masa betul. Dahla pokok mangga yang tengah berbuah lebat dekat hujung padang tu perlukan kasih sayang dia sekarang ni.
"Saem suruh tidur kan, apa lagi marilah kita!" Kata Seungcheol sebelum tidur di atas meja gurunya itu.
"Mingyu cepatlah sekarang giliran kamu pulak."
"Giliran apa cikgu?" Sengaja Mingyu buat-buat tak tahu apa yang dimaksudkan oleh cikgunya.
"Jangan buat-buat bodoh. Saya penat jumpa orang bodoh dalam sekolah ni. Kamu nampak kan tadi Jun panjat pokok macam mana? Haa buat sama macam dia buat." Arah Jeonghan sambil mengumpulkan buah mangga dan meletakkannya di dalam bakul.
"Tapi cikgu berdosa la mencuri buah ni. Seungkwan tak tahu kita ambil buah ni."
"Ambil je lah. Yang tanam haritu pun aku, bukannya si Seungkwan tu. Aku yang tanam dia yang dapat nama heh." Vernon mula tidak puas hati apabila dia yang bersusah payah menanam pokok ni tapi Seungkwan pulak yang dapat nama.
"Bukan haritu kau tolong dia tanam pokok rambutan ke?" Soal Jun pula. Yelah sejak bila pulak si Vernon ni pandai bab-bab menanam pokok ni. Dah macam boleh buat kebun sendiri.
"Pokok rambutan tu time pagi aku tolong dia. Pokok mangga ni time sebelum aku balik sekolah haritu aku tanam."
"Ouh jadi ni pokok Vernon lah kiranya ya? Bukan pokok Seungkwan?" Soal Jeonghan pula sambil mengupas kulit buah mangga.
"Haah bukan."
"Okay Mingyu, Kau kutip semua buah yang ada kat atas pokok tu."
"Alah cikgu bergetah la baju saya nanti. Lagi satu kalau saya tak boleh nak turun macam mana?" Mingyu mula mencipta alasan supaya dapat melarikan diri.
"Yang bergetah baju kau bukan baju aku. Yang nak jatuh patah kaki nanti pun kau bukan aku."
"Dah-dah cepat panjat!"
"Okay, harini sir nak ajar macam mana-"
"NAK BUAT CPR!" Belum sempat Joshua menghabiskan ayatnya Hoshi telah menyampuk terlebih dahulu.
"Woi woi. Takde benda lain ke kau nak belajar?" Soal Wonwoo sambil menyilangkan tangannya.
"Tsk, seronok apa."
"Okay kita tak belajar buat CPR hari ni. Kita belajar macam mana nak tolong orang dalam keadaan kecemasan."
"Hm belum mula dah bosan. Ni lagi bosan dari tengok tv saluran OKEY." Minghao mula mengeluh kecil.
"Apa langkah pertama sir?" Soal Wonwoo sambil memegang sebatang pen dan sebuah buku nota untuk bersiap sedia mencatat.
"Langkah pertama ..." Percakapan yang tergantung itu membuatkan mata Hoshi dan Wonwoo bersinar menunggu jawapan. Minghao pulak sibuk scroll weibo dekat belakang.
"Cantik sia awek ni! Nak ngorat lah!"
"Seo Myeongho, tolong fokus." Tegur Joshua selepas melihat Minghao yang sedang berusaha untuk mengorat seorang perempuan di dalam weibo tersebut malangnya baru chat 'hai' dah kena block.
"Okay sir sambung balik langkah pertama tadi. Apa langkah pertama?" Soal Wonwoo semula.
"Langkah pertamanya ...tunggu sampai ada orang dalam kecemasan. Baru boleh tolong."
Hoshi, Wonwoo dengan Myeongho rasa nak lempang je muka Joshua ni nasib baik cikgu. Wonwoo yang bukak buku nak catat pun dah lempar buku tu luar tingkap.
Tiba-tiba Joshua menerima panggilan telefon daripada seseorang.
Selesai sahaja Joshua menjawab panggilan telefon tersebut, dia terus kelam kabut ambil first aid kit.
" GUYS, INI MASANYA UNTUK BERAKSI! ADA KECEMASAN BERLAKU DI PADANG!"
Ketiga-tiga pelajar tersebut terus berlari menuju ke padang.
"Sir, kami tau langkah satu ja. Langkah kedua nak buat apa?" Soal Myeongho sambil berlari.
"Buat ja apa benda pun janji orang tu tak mati."
"Siapa yang sakit ni Sir?" Soal Hoshi pula.
"Mingyu, dia jatuh dari pokok dan sekarang dia tak sedarkan diri."
To be continue...
YOU ARE READING
[✓] SEVENTEEN HIGH SCHOOL
De Todo𝘤𝘰𝘮𝘱𝘭𝘦𝘵𝘦 Pernah tak terbayang Seventeen akan mengalami zaman persekolahan bersama sama ? Seventeen High School ini akan memberi sebuah bayangan yang penuh hiburan . Yang pasti ada semua bias yang anda minat ! Macam mana kehidupan dan peran...