"HOLA MINGYU KAKI APA MACAM ADA RASA PENDEK SEBELAH KE?" tegur Seungkwan apabila nampak Mingyu menjejakkan kaki masuk ke dalam kawasan sekolah.
Malangya Mingyu hanya mengendahkan Seungkwan dan terus meluru ke arah dewan sekolah.
"Biadap punya budak."
"Jadi sebelum kamu nak menjawab peperiksaan akhir pada minggu depan, kamu perlu mohon restu minta halal ilmu yang guru kamu ajar selama ni." Beritahu Woozi kepada anak-anak muridnya.
"Ceh, cikgu pun ajar nak tak nak. Baik tak payah mohon restu." Bisik Chan dan dibalas dengan anggukan daripada Seungcheol.
Mereka akan menamatkan zaman persekolahan mereka tahun ini. Jadi peperiksaan ini merupakan suatu yang amat penting dalam hidup mereka. Yang akan menetukan serba sedikit kehidupan mereka di masa akan datang.
"Jadi sekarang boleh berbaris dan bersalam dengan guru-guru kamu yang kacak ni kat depan." Kata Jeonghan sambil membetulkan tali lehernya.
"Spesis kena penyakit Jun memang macam tu eh?" Soal Minghao sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Cikgu saya nak mintak maaf kalau saya ada buat salah dekat cikgu. Mohon halalkan saya punya ilmu. Kalau cikgu tak halalkan ilmu saya nanti saya haramkan shampoo yang saya bagi hadiah dekat cikgu haritu." Kata Cheol sambil menggugut Jeonghan.
"Kau memang banyak pun buat salah dengan aku. Ponteng sekolah, buli Dokyeom, tak siap kerja sekolah, matematik kerjanya fail banyak lagi lah salah kau. Erm tapi takpa aku maafkan kau." Kata Jeonghan sebelum menolak badan Seungcheol untuk bergerak ke depan. Apa lagi tersungkur Seungcheol depan Joshua.
"Cepat bangun. Ramai lagi beratur nak minta maaf dengan Sir ni."
"Saya taknak mintak restu Sir sebab Sir tak ajar saya pun. Cuma saya nak ucap terima kasih sebab selama ni berpakat dengan kami untuk ponteng sekolah apa semua. Kalau bukan sebab Sir back up kami mungkin kami dah lama kena buang sekolah dengan pengetua."
"No hal lah Cheol. Erm lepasni kalau dah kerja nak ponteng kerja pun boleh cari Sir mana tau Sir boleh tolong belikan MC (medical certificate) tipu ke kan. Nanti call je Sir ehh." Kata Joshua sebelum menepuk-nepuk bahu Seungcheol.
"Hah cepat minta maaf dekat aku." Kata Jeonghan kepada Jun yang sedang berdiri di hadapannya itu.
"Saya takda benda yang perlu dimaafkan. Saya pun taknak minta restu ilmu yang cikgu ajar jugak sebab saya rasa dalam saya belajar dengan cikgu satu huruf pun tak melekat dalam otak saya." Kata Jun dengan jujur sebelum berjalan ke arah Joshua dan meninggalkan Jeonghan yang speechless dengan anak muridnya yang sorang itu.
"Sir pun tak ajar saya jadi saya tak perlu nak minta restu sir. Tapi saya nak ucap terima kasih sebab selamatkan saya masa kebakaran dulu."
"Yang tu memang tugas sir untuk pastikan kamu semua dalam keadaan sihat dan selamat."balas Joshua sambil tersenyum manis ke arah Jun.
"Saya nak minta tolong satu benda boleh tak sir?"
"Minta tolong apa?"
"Tolong rawatkan otak Mingyu dengan Wonwoo. Diorang tu berangan nak ambil title lelaki paling hensem. Erm diorang tak layak. Saya ja layak. Sir tolong rawatkan otak diorang bagi elok balik ye." Kata Jun sebelum kembali duduk bersebelahan dengan Seungcheol.
"Aku rasa otak kau pun kena rawat Jun."
"HAI CIKGU! saya taktau nak cakap apa la erm. Saya minta maaf sebab saya selalu buat masalah tu ja nak cakap. OKAY BYE!" kata Hoshi sebelum berlari ke arah Joshua.
"Aku harap tahun depan tak dapat anak murid macam tu."
"Sir erm saya tak pernah buat salah dekat sir. Btw thank you sebab ajar saya time unit uniform haritu walaupun sir still tak ajar saya macam mana nak buat CPR."
YOU ARE READING
[✓] SEVENTEEN HIGH SCHOOL
De Todo𝘤𝘰𝘮𝘱𝘭𝘦𝘵𝘦 Pernah tak terbayang Seventeen akan mengalami zaman persekolahan bersama sama ? Seventeen High School ini akan memberi sebuah bayangan yang penuh hiburan . Yang pasti ada semua bias yang anda minat ! Macam mana kehidupan dan peran...