Gila kuasa pt.2

592 72 10
                                    

"Woi! Nak beli makan beratur dulu laa." jerit Vernon yang ternampak akan kelibat Hoshi sedang menolak Jun yang berada di depan.

"Alaa biarlah. Sebelum ni kau pun buat kan." protes Hoshi sambil menyilang kan tangannya.

"Benda lalu tak usah dikenang."

"Past is the past." sampuk Wonwoo pula dari arah belakang.

"Ehh, sejak bila pulak kau pndai skipping nih?" tanya Seokmin sambil menghulurkan duit baki kepada Jun.

"Speaking bodoh, bukan skipping. Skipping tu yang kau main time riadah tu. Btw, aku rembat ayat tu dekat twitter hehehe." Kata Wonwoo yang bangga apabila dia dapat berbahasa Inggeris dengan baik tadi.

Tiba-tiba Vernon terus meluru ke arah Seungcheol dan Minghao yang ingin bangun dari tempat duduk di kantin selepas mereka selesai makan.

"Cheol, ni mangkuk ni kau nak tinggal dekat sapa?" tanya Vernon kepada Seungcheol yang meninggalkan mangkuk laksa yang kosong di atas meja kantin.

"lorh, bukan selalunya si Dk ke yang tolong angkatkan?" sampuk Minghao.

"Aku tak tanya kau pun kan."

"Rilek laa Vernon, tu memang kerja si Dk kut." kata Seungcheol sambil meletakkan tangannya di atas bahu Vernon.

"Takde, kau tak kesian ke dekat Dk tu. Banyak lagi tau kerja yang dia kena buat sampai terbakar kantin haritu." Kata Vernon sambil menunjukkan ke arah Seokmin.

"Takpun, haritu dia yang leka main phone. Aku taulah sebab aku nmpak dekat CCTV yang dia tengah main phone sambil masak. Nasib je pengetua tu tak buang kerja tau." balas Seungcheol pula yang ingin mempertahankan dirinya.

"Kalau pengetua buang si Seokmin tu, sapa pulak yang nak masak dekat kantin sekolah ni? Actually pengetua kita tu kecut la tu, sebab tu dia tak buang Seokmin." kutuk Minghao pula dengan nada separa membisik.

"Tak kesah la. Yang pasti sekarang ni, korang berdua kena denda sebab korang dah menyusahkan si Seokmin tu." kata Vernon dengan tegas.

"Dah kenapa pulak aku terlibat sekali nih? Aku tak makan pun laksa tu." marah Minghao sambil menghentakkan kakinya tanda protes.

"Sebab kau dikira bersubahat dengan si Seungcheol. So kau pun kena sekali."kata Vernon sambil tersenyum sinis.

"Nanti lepas habis sekolah korang bolehla tolong Cikgu Jeonghan tu syampu rambut dia ehh."kata Vernon sebelum beredar dari kantin.

"THIS IS NOT FAIR!" jerit mereka berdua serentak.

👣👣👣

"Seungcheol,Minghao sini kejap." panggil Cilgu Jeonghan selepas habis waktu persekolahan. Seungcheol dan Minghao pun hanya turuti sahaja perintah gurunya itu.

"Tadi Hansol bagitau saya yang korang berdua ni nak tolong syampukan rambut saya. So saya dah sediakan syampunya. Korang berdua boleh datang bilik saya lepas siap kemas beg tu ya." kata Jeonghan sebelum beredar dari kelas itu.

"Kita betul-betul kena syampu rambut dia ke?" tanya Minghao tidak percaya.

"Nampak gaya macam tu la Hao."

"Ehh, tu bukan beg si Vernon ke? Dia tak balik lagi ke?" soal Minghao sambil jari ditujukan ke arah beg yang berada di kerusi bahagian kanan kelas itu.

"Haah laa."

"Hao."

"Ape"

"Kau pikir tak apa yang aku tengah pikir sekarang?" soal Seungcheol sambil mengangkat kening.

"Kau pikir ape?" soal Minghao kembali.

"Aku pikir..."

Dan berakhirlah dengan beg Vernon tergantung elok ataspokok kelapa sebelah pondok pak guard.

MACAM MANA DENGAN CIKGU JEONGHAN?

diorang biar je cikgu tu sorang-sorang dalam bilik dia lepastu diorang terus balik rumah masing-masing

MORAL》jangan terlalu taksub nak denda orang, nanti beg kena campak atas pokok kelapa.

To be continue...

 [✓] SEVENTEEN HIGH SCHOOLWhere stories live. Discover now