"kringgg". Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu sekolah telah pun tamat.
"Semua jangan lupa ya petang ni ada kelas tambahan." Jeonghan cuba mengingatkan para pelajarnya.
"Ye ingat."
"Myeongho, tolong tutupkan suis kipas." Arah Jeonghan sambil tersenyum ke arah Minghao.
"Alah kenapa pulak saya cikgu?"
"Kamu kan duduk paling dekat dengan suis, jadi saya minta tolong kamulah."
"Mana aci. Orang lain pun merasa jugak kipas bukan saya sorang tapi yang kena tutup semua saya." Bantah Minghao sambil menjeling ke arah gurunya.
Anak murid derhaka ni.
"Lain kali saya bukak kipas kawasan saya ja. Lepas tu tutup pun saya nak kawasan saya ja. Yang lain tutup sendiri." Tambah Minghao lagi.
Jeonghan terkedu melihat anak muridnya itu. Apa nak jadi budak zaman now. Ish ish.
"Penat tau-" belum sempat Minghao mahu membebel lagi, Vernon telah menutup semua suis tersebut.
"Taknak tutup cakap je taknak. Orang lain boleh tolong tutupkan." Kata Vernon sebelum kembali ke tempat duduknya untuk mengambil beg sekolah miliknya.
Semua pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas untuk pulang ke rumah masing-masing.
Ada yang berjalan, ada yang berlari, yang didukung pun ada. Malas sangat gamaknya nak berjalan.
"Cheol kejap lagi kita pergi kelas sama-sama tau. Aku ambil kau dekat rumah." Kata Hoshi sambil menepuk-nepuk bahu Seungcheol.
"Okay. Kau jangan lambat pulak. Kau lambat aku gerak dulu."
🌻🌻🌻
"Cepatlah Cheol, tadi kata dekat aku jangan lambat. Sekarang ni siapa yang lambat?" Sindir Hoshi.
"Sabarlah aku tengah tutup pagar rumah ni."
Selesai sahaja Cheol menutup pagar rumahnya, dia terkedu sebaik sahaja melihat kenderaan yang bakal dinaiki oleh dirinya dan Hoshi.
"Haa tunggu apa lagi, jomlah." Ajak Hoshi.
"Kau serius la nak suruh aku pergi kelas naik beca ni?" Soal Seungcheol sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Serabutlah dapat member macam ni.
"Iyelah. Ni beca time aku buat part time waktu cuti sekolah. Dah cepat naik. Kau duduk belakang."
Nak tak nak Seungcheol kena naik jugak beca tu. Nanti tak pasal-pasal lambat nak pergi kelas. Free je kena maki dengan cikgu Jeonghan.
"Macam mana Cheol, seronok kan naik beca ni." Kata Hoshi sambil mengayuh becanya di tengah-tengah jalan raya. Nak attention katanya.
Seungcheol hanya mampu menutup mukanya menggunakan buku dek kerana terlampau malu.
"Ehh Cheol ! Tengok sana. Tu Vernon kan?"
Hoshi menunding jari ke arah kereta Vernon yang berada di sebelah beca mereka.Manakala di situasi Vernon...
"Vernon, tu kawan sekolah kamu ke?" Soal appa Vernon sambil melihat tingkap sebelah kanannya.
"Err tak appa. Vernon tak kenal budak-budak tu." Tipu Vernon. Dia malu nak mengaku budak yang naik beca tu kawan dia. Dengan Hoshi yang bawak beca melelong tengah jalan. Memang taklah nak mengaku kawan.
🌻🌻🌻
"Kenapa kamu semua tunggu luar pagar ni?" Soal Jeonghan apabila melihat semua muridnya berdiri depan pagar sekolah.
![](https://img.wattpad.com/cover/207193023-288-k711633.jpg)
YOU ARE READING
[✓] SEVENTEEN HIGH SCHOOL
Losowe𝘤𝘰𝘮𝘱𝘭𝘦𝘵𝘦 Pernah tak terbayang Seventeen akan mengalami zaman persekolahan bersama sama ? Seventeen High School ini akan memberi sebuah bayangan yang penuh hiburan . Yang pasti ada semua bias yang anda minat ! Macam mana kehidupan dan peran...