Hai. Nama aku Zaty. Aku seorang budak yang garang di sekolah. Aku merupakan antara budak pandai di sekolah dan aku, haish banyaknya 'aku'. So hobi aku suka kacau orang dan selalunya rakan sekelas yang kena.
"Baa ! Apa yang kau tengah termenung tu ha?" sergah Adam , antara rakan sekelas aku. "Haish kau ni, kacau aku lah. Aku tengah pikir macam mana nak jawab soalan math ni ha." ujarku.
Adam merupakan orang yang pernah aku 'tersuka' tapi dia tolak aku. Nak buat macam mana en dah orang tak suka. " Ha kau tanyela si Qayyum tu.. budak pandai kann. Set-set kau tu.." bebel Adam. Aku mengeluh kerana selalu dibandingkan dengan Si Qayyum Sombong itu.
Qayyum merupakan budak yang semestinya mendapat nombor 1 didalam tingkatan. Kepandaian nya memang tidak dapat disangkal. Selepas setahun sekelas dengannya, aku merupakan musuh akademiknya yang paling rakan sekelasku nampak.
Dia juga merupakan seorang yang sombong. Kenapa aku kata dia sombong? Semasa kami tingkatan 2, dia pernah berkata, " kenapa perempuan suka sangat membaca, sedangkan tak pandai-pandai mana pun. Aku yang membaca ni pandai je. Oh lupa, korang perempuan baca novel je kan?" What? Ingat perempuan ni apa? Aku sangat marah dan menengking kepadanya. Satu lagi perkara, aku pernah sama AJK dengan dia ! Aku rasa benci gila dekat Qayyum tu ! Tetapi aku yang buat kerja akhirnya.
"Wey Qayyum, kau tengah buat ape?" tegurku mendadak. "Kau tak nampak ke aku tengah buat homework?" perli Qayyum. Ish sombongnya rasa nak tumbuk je. Terus aku mengambil kerusi dan duduk bertentangan dengan dia. Ketika itu, prep malam di kelas, meja guru adalah meja kegemarannya untuk melakukan sesuatu.
"Aku saje je nak kacau kau ni... jangan marah tau." ujarku tetapi memendam kebencianku. "Ha Zaty !! Kau nak ngorat Qayyum ehh...." teriak Puteri, juga rakan sekelasku. "Uuuuu dah macam sweet couple dah aku tengok weyyhhh!!!" pintas Naufal.
"Lawak ape korang.. aku saje je nak tengok Qayyum ni buat keje.. ambil kepandaian tauu..." sambil aku gelak. Namun dikala aku bercakap, ada seseorang sedang melihatku dengan lembut sekali. Mengharap akan ada keajaiban yang berlaku suatu hari nanti.
YOU ARE READING
Pasrah
RomanceZaty dan Qayyum merupakan rakan sekelas yang dulunya selalu bertengkar dan akhirnya mereka jatuh cinta antara satu sama lain. Namun pelbagai rintangan yang mereka lalui. Adakah mereka kekal bersama?