"Hari ni cikgu nak bagi kertas, jangan ambik diri sendiri punya. Cikgu tak kira bahagian A so kita kira sama-sama." ujar cikgu matematik yang berambut tebal itu.
Aku mendapat kertas Tisya. Dan aku mengira markah yang disuruh oleh cikgu. Aku terfikir siapakah yang menanda kertasku sekarang ini?
Seusai kertas dikutip semula, cikgu menyebut nama seorang demi seorang untuk mengambil kertas kepunyaan sendiri. "Tisya.. Adam..Puteri.. Nor...Zaty...." tibanya namaku dan aku mengambil dari cikgu. "Haish, ok la ni 50 daripada haritu gagal." selambaku menjawab sendirian.
Aku menyelak kertas matematik itu untuk mengesan sebarang kesalahan pengiraan markah. "Bahagian A, 1,2,3,4,5.... eh?!"
"Tahniah ada peningkatan, dont be sad okay? love you =Qayyum"
Aku hanya tersenyum sebentar. Aku memandang Qayyum yang duduk di bahagian kanan kelas denhan memberikan senyuman kepadanya. Dia juga membalas senyumanku dan mulutnya seolah-olah berkata ' i love you' tidak bersuara. Perasaanku berasa di awang-awangan. "Happynyaaaaa !" bisikku didalam hati kecil.
YOU ARE READING
Pasrah
RomanceZaty dan Qayyum merupakan rakan sekelas yang dulunya selalu bertengkar dan akhirnya mereka jatuh cinta antara satu sama lain. Namun pelbagai rintangan yang mereka lalui. Adakah mereka kekal bersama?