Jumpa

13 0 0
                                    

            Cuti Penggal Akhir telah pun bermula, Aku kembali ke rumah dengan rasa gembiranya. "Haih.. apa la aku nak buat ni." gumamku sendiri.

             "Bzz..bzzz...". Telefonku berbunyi. Lupa, ini adalah telefonku yang baharu, mommy telah belikan kepadaku sebelum aku pulang ke rumah. "Dia ke yang mesej?"

             Notifikasi daripada "Farish". Aku hanya memberikan segaris senyuman kepada skrin telefon itu. Farish merupakan rakan lamaku daripada tadika lagi. Kini, dia juga menuntut di MRSM dan sukar untuk aku bersua kembali.

Farish : Weyyy kau dah balik?

Zaty : Habis, macam mana aku boleh online ?

Farish : Eheheheh... jangan marah wey aku guraw aje

Zaty : ha yela.. kau bz ke? Aku nak ajak kau hangout la.. dah lama tak jumpa kann?

Farish : boleh gak, aku pun tak buat apa kat rumah ni.

Zaty : ermm.. Rabu next week bole kan?

Farish : Ha ok set !

            Farish juga rakan kepada Qayyum yang kenal di sosial media. Qayyum tidak sengaja mengenali Farish kerana dia tahu aku sangat akrab dengan Farish.

             Walaupun sudah lama mengenali Farish seperti abang sendiri. Aku tidak pernah menyimpan perasaan kepadanya walaupun dia agak tampan semenjak bersekolah menengah. Harap Qayyum tidak memikirkannya.

    
            Harinya telah tiba, Zaty dan Farish berjumpa di pusat membeli-belah untuk menonton wayang. "Wey kau pendek sia !" perli Farish. Lalu aku memberikan sepakan penalti bola sepak kepadanya sambil berdekah. Kami sangat gembira kerana dapat berjumpa semula. Namun, ada yang sedang terluka.. dan mungkin berlinangan air mata.

             

             

PasrahWhere stories live. Discover now