Aku tiba di kelas prep agak lambat kerana menghadiri mesyuarat Pengawas Pusat Sumber. "Haih, dah nak hujung tahun sibuk la cikgu nak suruh buat kerja.." keluhku sendirian.
Ketika aku melangkah masuk ke kelas, Qayyum sudahpun bersedia untuk belajar bersamaku. Dia melemparkan senyumannya yang indah. Aku juga membalas. "Ha sorry lambat." ringkas. Rakan-rakanku sedang sibuk mengulangkaji tidak mengendahkan persekitaran sekeliling jadi aku malas ingin ambil tahu.
"So kita start dari bab 3 okay?" kata Qayyum sambil membelek buku teks Sains. Sedang dia asyik menerangkan fakta-fakta, aku termenung ke arah tingkap. Qayyum hanya meneruskan tatapi menggelengkan kepalanya. Akhirnya, dia mengambil sebatang pen dan menghalakannya terus mengenai pipiku. Aku terkejut dan aku menghalangnya daripada terus melakukannya. Kami tergelak kecil. "Jangan la macam ni, awak bosan yea dengar saye bebel-bebel fakta sains ni?" tanya Qayyum dan menghabiskan gelaknya. "Tak ade la, entahla hobi saye memang suka termenung" sambil mengusap pipiku sedikit sakit.
Qayyum mengambil sesuatu di dalam begnya. Aku hanya memerhatikan sahaja. Terdapat 2 paket biskut coklat di atas mejaku. Aku terasa segan untuk mengambilnya dan aku pura-pura membuat latihan.
"Ambik la Zaty..". "Erm.. tak ape la.. tak lapar pun." jujurku sambil meneruskan membuat latihan. "Awak ni.. degil betullah." sambung Qayyum. "iya... memang tak nak la.." balasku. "Sebelum saye suap awak baik awak ambik." tegas sedikit Qayyum walau terselit sedikit kenakalannya. Aku tergamam dengan kata-katanya dan terus mengambil sepeket biskut coklat itu. Qayyum tergelak dengan reaksi mukaku yang sangat ' blur ' ketika itu lalu mengambil pen dan menyentuh hidung mancung Zaty. Namun, Qayyum sangat bahagia dengan perempuan yang dicintainya
"Aku berusaha untuk bersama kau selamanya, Zaty." bisik Qayyum. Zaty hanya mampu tersenyum.
YOU ARE READING
Pasrah
RomanceZaty dan Qayyum merupakan rakan sekelas yang dulunya selalu bertengkar dan akhirnya mereka jatuh cinta antara satu sama lain. Namun pelbagai rintangan yang mereka lalui. Adakah mereka kekal bersama?