"Sanggup kau buat aku macam ni kan.?Kau keluar dengan lelaki lain !" suara Qayyum menerjah telingaku. "Aku tak pernah rasa nak berpaling dari kau Qayyum... please lah, aku dah bagitau kau banyak kali kan? Aku dengan Farish kawan biasa aje!Lagipun kitorang dah lama tak jumpa ! Salah ke?!" balas aku kesedihan. Panggilan telefon kali ini sangat dingin. Salah faham berlaku.
"Aku tau, kau dah tak sayang aku. Kau tau aku sedih dengan kau.. aku tak suka kau rapat dengan Farish. Tapi kau macam tau tak tau je." balas Qayyum. "Listen.. aku tau, dan aku ingat, kau pernah cakap macam ni.. tapi, takkan nak leraikan sebuah persahabatan yang lama, dengan sebab kau tak suka aku rapat dengan orang tu? Tak ke bodoh??" tegasku.
Aku sedar akan kesilapanku, aku tahu aku yang memulakan persengketaan ini. Tapi, adakah sebab cinta aku perlu putuskan ikatan persahabatan antara orang lain? Qayyum tidak dapat berfikir waras kah?
"You know what, aku rasa, kita dah tak sefahaman.. Aku cuba lupakan kau. Cukup kita jadi kawan aje Zaty." bernada rendah.
Kata-katanya membuatkan hati aku berasa sakit sehingga tidak mampu berkata-kata. Hingga kesakitannya tidak mampu untuk aku mengalirkan air mata jernih yang layak untuk kesedihan ini.
Aku terus meletakkan panggilan telefon itu dengan tiada rasa. Aku tidak mampu untuk bertelingkah lagi. "Dia tak pernahkah fikir apa kesalahan dia selama ni?" bisik hatiku yang terluka.
YOU ARE READING
Pasrah
RomanceZaty dan Qayyum merupakan rakan sekelas yang dulunya selalu bertengkar dan akhirnya mereka jatuh cinta antara satu sama lain. Namun pelbagai rintangan yang mereka lalui. Adakah mereka kekal bersama?