Erat

30 3 2
                                    

           "Wey korang aku ada satu announcement. Aku nak korang lepas cuti nanti, aku nak korang bawak hadiah untuk aku.. 12/5 tu birthday aku tauu jangan lupa !" Teriak aku secara tiba-tiba di dalam kelas yang sunyi sejak dari tadi dek kerana tiada guru. "Aku akan bawak hadiah yang special untuk kau Zaty oi!" sahut Qayyum. Aku menunjukkan 'Thumbs-up' kepadanya.

             Setelah waktu persekolahan berakhir, hidup asrama pun bermula, makan tengahari dan solat zohor, bergegas ke kelas semula untuk prep petang. Ya, bagiaku yang bernama 'Zaty' adalah waktu untuk aku main, tidur ataupun banyak kerja sekolah, waktu itu aku lakukannya sedikit. Hm, sedikit je.

              Aku menulis sesuatu di dalam buku notaku kerana aku sedikit sedih kerana tidak dapat pulang ke rumah. Esok adalah hari pulang bermalam. Sedang aku leka menulis, Qayyum menyergahku. "Kau buat ape ni Zaty, macam tak buat ape je." sambil menarik kerusi lalu duduk disebelahku. "Tak ade ape la.. ha kau tetiba datang sini kenapa?" ujarku. "Kau tengok la semua classmate kau, mentang-mentang esok balik, homework malas buat dah baik tidur. Jadi aku bosan and aku nampak kau je yang tak tido" sambungnya. " hm, ok."

         Aku seperti tidak selesa dan jantungku berdegup tidak seperti biasa. Aku mengambil sehelai kertas warna yang terdapat di dalam tote bag ku dan melukis apa yang aku fikirkan. Bentuk hati, bintang.. semua la. Seperti budak.

         Qayyum melihat aku dengan matanya yang redup. Aku tidak melihatnya, aku merasakannya sahaja. Lalu, Qayyum mencapai pen yang berada di dalam kotak pensilku dan melukis bersama. Aku hanya terdiam dengan perbuatannya.

       Tisya muncul entah dari mana duduk di hadapanku. Tisya juga merupakan salah seorang rakan sekelasku dan dia suka tidur ketika waktu matematik.

       "Ha korang ni borak tak ajak. Aku join sekali eh." " Haih ni kitorang pun tiber je ni. Macam mana nak ajak Sya oi.." ujarku

        Tiba-tiba sunyi. "Ape ni asal diam takde cerita ke nak dibualkan?" bisik hati kecilku. "Ha wey Qayyum, kau ada adik kan?" tanya Tisya. "haah." balas pendek Qayyum. "Oh kiranya kau ni anak sulung la.." sambung pertanyaan daripadaku. "Ye.. susah la.. tapi aku sabar sebab semua ni ada hikmahnya." berdakwah sedikit bunyinya. Aku terasa ingin mengenali dirinya.

           Pendek masa berlalu. Waktu prep sudah habis, aku menggalas beg untuk pulang ke bilik. Tiba-tiba Qayyum mengejarku dan berkata 'babai'. Aku hanya tersenyum dengan gelagatnya. Aku rasa makin selesa dengannya.

PasrahWhere stories live. Discover now