Pulang

15 0 0
                                    

      Ketika asyik termenung, aku dikejutkan oleh Naufal. " eh kau dah buat belum apa yang aku suruh?" tanyaku. "wey dia suka kau do sebenarnya.. siyes aku macam.. whatt??" riang gayanya. "Aku dah agak dah. Ha thanks la Naufal tolong aku." Lalu Naufal meninggalkan aku di dalam kelas bersendirian. Aku terfikir, bagaimana Qayyum itu boleh menyukai dirinya.

            Ketika itu, aku mengemas rak buku di dalam kelas yang agak bersepah selepas mereka pulang ke rumah. Ada yang menaiki bas, ibubapa mereka ambil. Aku masih di sini namun aku sudah tidak mengendahkannya. Ketika aku mencapai buku latihan Geografi ku, terdapat nota di belakangnya.

           "Belajar elok-elok yea. Goodluck Exam.  =Qayyum ^~^ "

              Aku terkelu. Aku seperti tidak percaya apa yang aku telah baca dan aku tidak tahu perlu aku gembira atau sedih lalu aku mencapai beg dan pulang ke asrama.

                Ada juga yang tidak pulang seperti Lyana dan Rina. Selalunya mereka yang menemaniku di asrama ketika hari pulang bermalam. Lagipun hanya 3 hari sahaja, tak berbaloi untuk kami yang menetap di Johor bersekolah di Perlis.

                  "Rina, malam nanti nak pinjam telefon boleh?" jerit aku di dalam bilik. "Ha okok nanti remind aku sebab aku kan pelupa." jawab Rina yang sedang membasuh baju. Aku mencapai nota yang ditinggalkan oleh Qayyum dan merenungnya. Entah mengapa aku berbuat demikian. Lalu akibat kepenatan belajar dan mengemas kelas, aku tertidur.

                Seusai Solat Isyak berjemaah di surau, aku pulang ke bilik dan aku meminta telefon Rina. Aku terus log in Instagram. Ya seperti yang dijangkakan, ada mesej daripada Qayyum.

@ qayyumzz : best x blik umah?

Heh, aku terus membalas

@ itszaty : rumah dkt bleh ah

@ qayyumzz : tgh study ke

@ itszaty : xla bru blik surau

@ qayyumzz : ha tunggu aq blik eh

@ itszaty : k

Terus aku mengambil buku matematik untuk belajar. Aku merasakan separuh kegembiraan pada malam itu. Hanya kerana Qayyum.
       

PasrahWhere stories live. Discover now