Bersama

13 0 0
                                    

          Minggu perperiksaan sudahpun tiba. Aku dan Qayyum sama-sama memberikan kata-kata semangat sebelum menjawab kertas soalan di awal persekolahan.

            "Chaiyok Qayyum !" bisik ku sambil memberikan ' minilove' . Qayyum hanya membalas ' minilove ' dan senyum. Kami menjawab soalan dengan tenang sekali.

               " Alangkah indahnya jika aku dapat kedudukan tingkatan bersebelahan dengan dia " Berangan aku ketika Kertas Sejarah sudah habis dijawab. Aku melihat Qayyum di hadapanku menjawab dengan penuh tekun. Fikiranku melayang.

            " Kau tau tak? Aku selalu fikirkan kau selalu, dekat mana-mana je aku ada. Masatu aku tak terfikir pun yang sebenarnya aku dah fall in love  dengan kau." luah Qayyum, ketika itu kami belajar bersama-sama ketika prep malam. "Aku janji, aku takkan tinggalkan kau, aku harap, kau boleh terima aku seadanya. Cinta kita bukan kerana paras rupa. Aku taknak kau down sebab itu tau, Zaty." sambung Qayyum.

            Ya, rupa aku tidaklah secantik Liya Maisarah , seorang instafamous yang terkenal. Aku mempunyai parut yang panjang di bahagian pipi dan berkulit gelap. Kadangkala aku berasa sangat sedih kerana paras rupaku hanya biasa-biasa untuk hidup sekolah menengah. Namun, sejak kehadiran Qayyum, aku belajar sesuatu yang bernilai. Aku tidak seharusnya bersedih. Kecantikan bukan menentukan kejayaan hidup kita.

             Qayyum merupakan seorang pengawas yang mempunyai ramai peminat di sekolah. Akan kesombongannya, dia tidak mengambil kisah terhadap perkara tersebut. Paras rupanya juga tampan dan mempunyai gaya rambut yang menarik untuk seorang perempuan terpikat. Hingga kini, aku masih tidak percaya dengan apa yang berlaku, aku dan Qayyum bersama.

              "Termenung ape tu?" ucap Qayyum. Oh, aku tidak sedar kertas Sejarah sudah dikutip dan pengawas peperiksaan sudahpun keluar. Qayyum memberikan senyuman kepadaku. "Erm.. macam mana exam tadi? Ok tak?" tanyaku. "Sejak belajar dengan awak, kertas tu mudah untuk dijawab tambah-tambah teringat dekat awak." manja Qayyum. Kami menggunakan 'saya , awak ' bila bersama. Apabila berkata-kata di dalam kelas , kami tidak menggunakannya untuk mengelakkan sebarang malapetaka.

           "Ha esok kita exam sains kan? Macam biasa la kita ok, dah la aku nak pergi solat zohor ni." pantasku lalu meninggalkan Qayyum. Dia hanya tergelak kecil kerana tergesa-gesa untuk pulang berjumpa dengan seorang guru sebelum solat zohor.

             "Comelnya kau, Zaty." gumam Qayyum.

PasrahWhere stories live. Discover now