Hadiah

15 0 0
                                    

         Hari pulang bermalam sudah pun berakhir. Semua pelajar sudah pulang daripada asrama. Malam ini adalah malam terakhir diadakan prep malam kerana esok bermulanya Bulan Ramadhan.

         "Assalamualaikum ! Jom susun meja untuk exam esok !" pantasku berlari ke kelas daripada surau dengan gembiranya. Aku terlihat Qayyum sudah pun sampai. Aku tersenyum seperti kerang busuk tetapi aku tidak mempunyai perasaan cinta pun sebenarnya.

          Seluruh kelasku sibuk melakukan persiapan untuk peperiksaan esok hari dan kebanyakkannya semua 'study last minute' . Aku juga sama seperti mereka cuma aku tidak sombong menjadi budak pandai di sekolah dan aku bukanlah antara budak 'popular' .

          Berakhirnya prep malam, aku tidak bercakap walaupun sepatah kepada Qayyum, bagiku ia tidak menjadi satu masalah. Aku sedang berbaring di atas katil berfikiran kosong. Hari aku seperti biasa sahaja.

         Seorang lelaki sedang menunggu waktu tidur asrama memikirkan seseorang yang dirinduinya. Dia masih berharap ini semua akan berakhir. Tidak sabar untuk menunggu hari esok menjelma.

          "What? Weyh dah la tengah puasa, ada coklat bawah meja aku !" bisikku kepada Aisya. Aisya hanya mengangguk tidak kisah dan tergelak kecil. Mana tidaknya seorang yang garang mendapat hadiah yang merupakan antara kesukaan Zaty sendiri.
        
           Lelaki itu tersenyum melihat gelagat Zaty. Dialah yang meletakkan coklat tersebut di bawah meja Zaty dan dia berasa bingung siapa yang beri.

          Cuaca pada petang itu sangat redup dan membuatkan Zaty terasa ingin terlelap. "Siapa yang beri coklat tu? Qayyum ke?" bisik sendiri.

PasrahWhere stories live. Discover now