Ceria

17 0 0
                                    

          2 bulan berlalu. Aku rasa sangat bahagia setelah Qayyum bersama denganku. Tetapi aku masih rasa sangsi dan pasti akan ada pengakhirannya. Zaman sekolah akan jadi apa-apa sahaja bukan?

           Hari ini, kelas amali di lakukan dalam bengkel kayu. "Haish, Sabtu pun ade kelas.. prep Sabtu dah la 3 jam." keluhan terdengar daripada Adam. "Haish ilek jer.. amali best apa?" jawabku.

           Qayyum selalu memerhatikan aku di dalam kelas dan di mana-mana sahaja aku berada. Aku tidak suka sebenarnya. Namun aku tidak sampai hati untuk memberitahu perkara sebenar. Jujur aku katakan, aku menyayanginya. Tetapi aku tidak menyukai cara bagaimana dia ingin menunjukkan rasa cinta itu. Pelik bagi orang yang tahu bercinta.

           Aku membuat perjanjian untuk tidak memberitahu sesiapa akan hubungan ini. Akan menjadi buruk jika orang lain tahu lebih-lebih lagi senior.

          Qayyum juga selalu memberikan janji manis. Aku tidak mempercayainya kerana kami masih mentah. Tetapi aku takut kehilangannya dan berusaha sedaya-upaya untuk tidak meninggalkannya kerana perlakuannya. Qayyum juga tidak melakukan apa-apa yang melebihi batas sepanjang kami bercinta. Itu yang aku sangat ceria tidak seperti pasangan lain yang mungkin tidak memikirkan baik buruk.

              "Ha, cikgu nak keluar kejap.. siapkan projek tu yea !" lalu cikgu yang mengajar di bengkel itu pergi sebentar. Aku berasa sangat malas untuk menyiapkan kerjanya dan melihat Qayyum sedang melakukan sesuatu.

            Qayyum terpandang aku dan pergi ke meja ku. Jantungku berdegup semakin lama semakin pantas.

             Dia meletakkan topi yang dipakainya di atas kepalaku. Aku tersentak dan menjerit sedikit. Qayyum menghadiahkan senyuman yang indah. Tanganku terus mencapai topi yang sudah beralih pada diriku dan topi itu mempunyai huruf 'Q' dan bentuk hati. Aku tersenyum malu.

             Aku berasa sangat gembira. Hanya Tuhan sahaja yang tahu gembiranya sukar diungkapkan.

PasrahWhere stories live. Discover now