Sekejap sahaja masa berlalu, peperiksaan yang dilalui Zaty telahpun berakhir. Kini, cuti sekolah pun sudah bermula.
"Lepas ni aku kene pakai telefon mommy sementara kumpul duit nak beli telefon baru.." keluhku. Terleka melihat drama di dalam telefon, aku teringat akan tugasan yang diberi guru sains. Haih, tak senang cuti betul.
Aku mengambilnya di dalam beg galasku yang penuh dengan buku yang acahnya ingin belajar di rumah. Tiba-tiba,ada sesuatu terjatuh daripada buku sains itu.
"Sedap tak coklat tu? Sorryla bagi time bulan puasa. Hope kau suka. =Qayyum"
Melatah aku di dalam hati. Mana taknya, Budak sombong beriku hadiah ! Aku terus mengambil telefon mommy untuk mesej Qayyum di Instagram.
@ itszaty : oh kau ke yg bagi chocolate tu?
@ qayyumzz : haah😌
@ itszaty : hm thanksla eh aku tengah boring ni kita main truth or dare ?
@ qayyumzz : ha ok
*tanya soalan-soalan*
@ qayyumzz : hm aku ade satu soalan. aku harap kau boleh jawab dengan jujur.
@ itszaty : haa ape?
@ qayyumzz : kalau aku confess dekat kau, reject ke accept ?
Aku tergamam seketika. "Siyes la mamat nih?" bisikku.
@ itszaty : eh wey kau jangan macam-macam.. aku taknak la couple ni.
@ qayyumzz : hm.. aku tau kau tak suka aku.
@ itszaty : bukan.. aku... okay je
"Sebenarnya, aku tidak mahu ada apa-apa hubungan tapi aku harap dia takkan sakitkan hati aku kalau aku terima dia." gumamku sendirian. Berharap akan ada sinar bahagia yang akan dilaluiku nanti.
@ qayyumzz : thanks♥️
Aku tinggalkan mesej itu. Aku berasa serabut dengan apa yang aku telah lakukan.
YOU ARE READING
Pasrah
RomanceZaty dan Qayyum merupakan rakan sekelas yang dulunya selalu bertengkar dan akhirnya mereka jatuh cinta antara satu sama lain. Namun pelbagai rintangan yang mereka lalui. Adakah mereka kekal bersama?