Hujan sangat lebat ketika aku berada di dalam kelas prep malam. Aku sedang mengulangkaji mata pelajaran Sejarah dengan tekun. Sekilas memandang Qayyum, dia membeli pen baharu yang bagiku sangat comel. Aku terleka memandangnya. Qayyum terus bangun daripada tempat duduknya.
" Kenape? Nak pen ni ke? Comel kan?" Tanya Qayyum. "Haah, ermm boleh ke?" . "Aku ada warna putih. So kita match, aku hitam, kau putih. Amacam?" Soal Qayyum lagi.
Esoknya, aku diberikan sebatang pen yang mempunyai kepala tikus yang comel. Macam Minnie Mouse! Aku berterima kasih kepada Qayyum dan menghadiahkan senyuman kepadanya. "Eh, exam dah nak dekat, kau study kan?" Soal Qayyum. "Haah, yea..so goodluck Qayyum !" Riang sahaja aku.
Seminggu telah berlalu dan perperiksaan semakin hampir. Aku sedang memerah otak mempelajari semula Matematik yang aku tidak gemari. Semua orang di dalam kelasku menanyakan soalan antara satu sama lain. Aku mulai buntu dan tidak mahu mengganggu semua orang yang sedang sibuk menelaah matematik yang sama. "Haish, aku macam tak boleh je nak belajar Math ni sendiri." Rengus aku sendiri.Qayyum yang sedang menulis esei yang diberikan oleh guru tempoh hari melihatku dengan penuh hairan. Dia mulai simpati padaku kerana dia tahu aku lemah dalam mata pelajaran Matematik. Dia melangkah ke meja belajarku. "Kau ok? Nak aku tolong?" Sambil memberikan senyuman yang indah. Aku memberikan respon 'ya' dan terus dia duduk di sebelahku.
Aku berasa kurang selesa namun aku tidak menunjukkan reaksi muka yang menunjukkan aku begitu. Dia mula mengajarku sehingga aku faham dan kuasai tajuk yang diajar. "Oh, macam ni.. ha okok kejap aku try buat." Selamba aku berkata. Dia melihatku membuat soalan yang perlu aku selesaikan dengan penuh tekun. Jika aku berhenti, dia akan menanyakan sama ada aku mampu menjawabnya atau tidak. Aku berasa sangat dihargai.
"Ha, bagus ! Kita try jawab soalan form 1 pulak." Kata Qayyum. Ketika dia sedang menyelak muka surat yang mempunyai soalan tingkatan 1, aku memandangnya. Dia terhenti dan memandangku semula.
Aku melihat ke dalam anak matanya yang berwarna coklat. Qayyum tidak berkedip sedikit pun dan dia berbuat sama seperti aku lakukan. Aku memberikan senyuman dan berkata 'saya sayang awak'. "Saya sayang awak jugak Zaty. Promise." Jawab Qayyum dengan penuh kasih sayang.
YOU ARE READING
Pasrah
RomanceZaty dan Qayyum merupakan rakan sekelas yang dulunya selalu bertengkar dan akhirnya mereka jatuh cinta antara satu sama lain. Namun pelbagai rintangan yang mereka lalui. Adakah mereka kekal bersama?