Lil meow meow dari TMF2 bakal mewarnai chapter ni. Enjoy your readings💖
🍉🍉🍉🍉🍉
𝑺𝒂𝒎𝒆 𝑫𝒂𝒎𝒏 𝑪𝒍𝒐𝒕𝒉
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 06"Ni kenapa baju kau lembap ni? Dodol kencing atas kau ke?" soal Agust D yang tak henti-henti membelai Mochi yang berada atas ribaannya.
"Ish, taklah!" reaksi untuk menampar tangan Yoongi tergendala tatkala kucing berbulu warna coklat, Dodol menggesel manja di kakiku.
"Tadi kena penahanan, cuci tandas" balasku dengan suara paling mendatar agar tidak dapat didengari oleh Agust D secara jelas. Sekadar berbisik-bisik pada Dodol.
"Ha kau cakap apa?"
"Em— aku tanya, mana Mak Jan? Dari tadi tak nampak kelibat mak dorang dalam rumah" aku tukar topik, cuba selindungkan yang diperkatakan tadi. Sambil itu dagu berbulu Dodol kubelai manja.
"Sejak-sejak pindah sini, Mak Jan asyik keluar masuk rumah. Entah kemana lah kucing tua tu pergi, cari pakwe Korea berbulu kot— eh jap, kau cuba temberang aku ea? Ingat aku tak dengar kau kena penahanan"
Ah sudah, aku menyangka Agust D ni telinga kuali, pekak memanjang. Rupa-rupanya deria pendengaran masih berfungsi dengan baik. Aku pun apa lagi? Mampu lakarkan sengihan macam kerang busuklah.
Agust D sekadar menggeleng. "Habis satu sekolah tahu berita korang berdua tarik-tarik rambut." Dodol dalam pangkuanku terus digendong Agust D. Namun Dodol menggeram marah tatkala melihat Mochi turut berada sekali dengannya.
"Tamak haloba kau, dua-dua ketoi lil meow meow kau ambik. Bagilah aku belai sekejap" tubuh Dodol kembali berada padaku. Dodol pun menggolek tubuh berbulu coklatnya atas ribaanku, nampak macam senang hati dengan keberadaan manusia bernama Jung Hoseok agaknya hehe.
"Pompuan kerek tu cari pasal dengan kau lagi ke?"
Aku yang mengelus hidung kucing comel itu terus terdiam. Entah kenapa rasa teragak-agak untuk kemukakan jawapan.
"Ouh pasal tu. Taklah rasanya lepas-lepas em—tak ada apalah hehe"
Yoongi yang kekal berdiri di hadapanku berpeluk tubuh. Entah apa yang difikirkannya sehingga tergeleng-geleng kepala.
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
Keesokannya
Langkah aku sengaja diperlahankan berikutan banyak mata-mata yang ralit memerhatikan gerak-geri aku sambil menuturkan dalam keadaan berbisik. Tanpa mengendahkan mereka, aku menapak terus ke loker.
Kepalaku dijengul masuk sedikit ke ruangan loker untuk mencari buku teks sejarah, tapi masih tak kelihatan. Setahu aku belum pernah lagi bawa buku keramat itu pulang ke rumah.
"Apalah masalah diorang ni? Dari tadi perhati tak henti-henti" gumamku sendirian sambil tercari-cari buku tersebut.
"Tulah kan? Bergosip pasal kita agaknya"
Kepalaku sedikit terhantuk pada loker lantaran terkejut mendengar suara gadis yang tiba-tiba saja menjengah dalam gegendang telinga. Segera kepalaku dikeluarkan dari ruangan tadi untuk mencari pemilik suara.
Alangkah terkejutnya aku sebaik sahaja berpaling wajah ke sebelah kanan.
"Ish kau ni, lain kali tegur dulu. Jangan mai sergah macam tu" tegurku yang masih memegang kepala, terasa berdenyut sikit.
"Apa-apa jelah. By the way, nah. Ambiklah sebagai tanda maaf aku pada kau" sekotak coklat dihulurkan padaku. Ianya coklat kegemaranku, Snickers!
"Yeye aku dah maafkan kau" tanpa segan silu aku pun cepat-cepat meraih hulurannya.
"Anyways, terima kasih" ucapku sambil membelek teruja pemberian daripada Himawari.
"Em, kau nak tak jadi kawan kau dan lupakan pasal-pasal haritu, bolehkan?" soal Hima yang setia menunduk memandang lantai, sambil-sambil menguis kaki.
"Sure" balasku senada tanpa teragak-agak. Himawari pun tersenyum ikhlas apabila aku tuturkan perkataan pendek itu.
.....
Terima kasih sebab cuba nak berkawan dengan aku walaupun aku sendiri minta untuk menjadi kawan kau, hehe.
Kuranglah sikit sakit kepala aku yang tiba-tiba berdenyut lain macam.
🍉🍉🍉🍉🍉
Hehe, nanti Wauthormelon updatekan lagi. Stay tuned 🙈💖
YOU ARE READING
【✔️BTS】𝑺𝒂𝒎𝒆 𝑫𝒂𝒎𝒏 𝑪𝒍𝒐𝒕𝒉 • 𝓙𝓾𝓷𝓰 𝓗𝓸𝓼𝓮𝓸𝓴
Teen Fiction©2019 -𝐊𝐇𝐀𝐈𝐍𝐃𝐄𝐑𝐁𝐔𝐄𝐍𝐎 (𝐖𝐀𝐒 -𝐏𝐔𝐁𝐆𝐌𝐈𝐍) 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘𝐋𝐈𝐍𝐄 [BANGTAN SERIES #4] ✧════════════•❁❀❁•════════════✧ Akibat tersilap tegur orang yang pemakaiannya sama seperti kakak sendiri. ✧════════════•❁❀❁•════════════✧ 𝙵𝚎𝚎𝚕 𝚏...