15

198 38 9
                                    

𝑺𝒂𝒎𝒆 𝑫𝒂𝒎𝒏 𝑪𝒍𝒐𝒕𝒉
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 15

"Yay, finally tamat juga exam!" Himawari bersorak keriangan sejurus pengawas peperiksaan membenarkan calon untuk beredar keluar dari dewan. Kotak pensel lutsinar miliknya turut dilemparkan atas langit.

Namun perbuatannya diperhatikan seseorang sebelum dia menyambut kotak pensel itu daripada jatuh ke tanah.

"Chagi ni, janganlah excited sangat" Hoseok menghulurkan semula kotak pensel pada pemiliknya. Himawari sekadar tersengih apabila mata bundarnya bertembung dengan kekasihnya.

Lengan Himawari dipaut lembut oleh Hoseok. "Dah jom jumpa dorang dulu, nanti kita balik rumah"

"Eung!" Himawari mengangguk faham sebelum langkah mereka dibawa ke arah rakan-rakan yang lain.

❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

"Awak bukakan radio tu" pinta Himawari mengambil tempat bahagian penumpang. Entah kenapa terdetik hatinya untuk mendengar lagu dari siaran radio.

Hoseok yang baru menghidupkan enjin kereta lantas menekan punat radio. Himawari menggerakkan badan penuh rancak mengikut alunan muzik yang diputarkan melalui radio.

Tidak lama selepas itu dia terhenti daripada melakukan perbuatan tersebut seusai terdengar pengumuman dari radio.

"Berita tergempar! Sebuah kapal terbang Airbus KQ 573 yang dalam perjalanan dari Korea Selatan ke Amsterdam terhempas di sebuah ladang jagung terletak di timur Jerman.

Kejadian tragik dikatakan terjadi disebabkan enjin di salah satu sayap mengalami kerosakan lalu terbakar. Saksi yang terlihat kejadian ngeri itu mendapati enjin di sayap kiri kapal terbang mula berasap sebelum terhempas di lokasi tersebut.

Melalui siasatan, mangsa nahas terdiri daripada 362 penumpang dan 33 anak kapal. Urusan mengembalikan mayat mangsa kepada keluarga akan dijalankan sejurus kesemuanya dijumpai." punat radio terus ditutup Himawari. Tubuhnya mengigil teruk seraya mendengar perkhabaran tersebut.

Tubuh dan lutut terus dirapatkan.
"Tak mungkin dorang terlibat sama! Dorang pasti okey!" pekik Himawari umpama histeria sambil mengenggam kuat rambut palsu dipakainya.

Hoseok yang tersentak dengan perbuatan drastik Himawari memandu kereta di bahu jalan.

"Himawari" pantas Hoseok merangkul tubuh Himawari ke sisinya. Seperti tahu keadaan kekasihnya, belakang tubuh cepat-cepat diusapnya.

"Jangan bersedih chagi. Saya pasti, bukan mereka bukan yang terlibat—" ayat diperkatakan Hoseok tergantung selepas telefon milik Himawari mula berdering.


❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

"Mommy, papa! Kenapa tinggalkan Jane seorang diri?" gadis ini meratapi penuh perasaan sedih di hadapan kedua-dua kubur ibu bapanya.

"Jane, jangan menangis sayang" wanita disebelah memeluk tubuhnya seerat mungkin bagi memujuk anak saudaranya.

"Tuhan sayangkan mereka berdua, sebab itu mereka berdua tinggalkan kita" ayat yang terpacul keluar dari belahan bibir wanita telah membuatkan si gadis menoleh ke arahnya.

"Jadi, kenapa saya perlu ditinggalkan macam ni? Takkanlah Tuhan dah tak sayangkan saya?" soal Himawari secara membentak. Segera wajah anak saudaranya ditatap penuh kasih.

"Bukan macam tu, sayang. Tuhan nak uji hambanya sejauh mana mereka menghadapi ujian penuh kesabaran, macam Jane sekarang ni. Jadi, Jane perlu banyakkan bersabar ya?"

Bagai tidak tahan akan perasaan sebak menyerang, tubuh ibu saudaranya didakap diiringi tangisan yang tidak dapat disekat keluar.

Hoseok memandang sayu adegan mereka berdua dari jauh.


❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

Hoseok tersenyum manis tanda menyapa wanita yang menghampirinya bersama Himawari.

"Aunty balik London dulu ya? Kamu tu balik Korea elok-elok dengan kawan kamu tu" pesannya sebelum langkahnya dibawa pergi dari mereka berdua.

"Tadi tu siapa?" soal Hoseok kehairanan tatkala wanita berhijab itu begitu akrab dengan Himawari.

"Tu Aunty Junaidah, kembar mommy saya." jawabnya dengan nada mendatar, seperti mahu menangis. Segera Hoseok memujuk gadis itu.

"Sayang, terima sajalah takdir yang Tuhan aturkan buat awak. Mungkin ini ujian akan digantikan dengan kebahagiaan suatu hari nanti" tutur Hoseok yang menyedapkan hati Himawari.

Himawari sekadar melemparkan senyuman tipis sebelum mengorak pergi dari tanah perkuburan di Jerman, negara jajahan Adolf Hitler.

🍉🍉🍉🍉🍉

Huhu Wauthormelon tak reti buat scene sedih meleleh ni hehe 😿 Vomment sokmo yer remi-remi sekalian❤️✨

【✔️BTS】𝑺𝒂𝒎𝒆 𝑫𝒂𝒎𝒏 𝑪𝒍𝒐𝒕𝒉 • 𝓙𝓾𝓷𝓰 𝓗𝓸𝓼𝓮𝓸𝓴Where stories live. Discover now