Wauthormelon akan mengakhiri fanfic ini tak lama lagi, enjoy!
🍉🍉🍉🍉🍉
𝑺𝒂𝒎𝒆 𝑫𝒂𝒎𝒏 𝑪𝒍𝒐𝒕𝒉
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 20"Bodohnya aku! Kalaulah aku tak biarkan dia tunggu sorang-sorang kat situ, pasti kejadian ni takkan berlaku" keluh Hoseok penuh kekesalan.
"Kalau aku dapat orangnya, pasti aku tumbuk dia sampai tak bernyawa!" jejaka itu mengepal kuat genggaman.
"Dahlah, Seok. Jangan salahkan diri kau, ini semua tertulis dalam takdir hidup kau" Toongi memeluk erat tubuh sahabatnya. Taehyung, Jungkook, Jimin, Seokjin dan Juga turut serta berpelukan.
"Yelah Seok, kau patut terima takdir sebegini" bicara Namjoon penuh pasrah. Mana tidaknya, dirinya juga turut menimpa nasib yang sama dimana adik kesayangan telah lama meninggalkannya.
"Yang penting sekarang ni, kita hanya mampu berdoa saja agar Himawari kembali sihat" Agust D menguntum senyuman tipis buat Hoseok.
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
Seusai seminggu terlantar koma di wad penjagaan rapi, akhirnya kelopak mata milik Himawari akhirnya mencelik. Wajah-wajah keluarga angkat dan sahabatnya dipandang sebelum matanya kembali berkaca."Hima, jangan menangis. Kamikan ada" Puan Jung bersuara ceria meskipun hatinya dipagut sedih melihatkan keadaan anak angkatnya.
Himawari berasa senang hati akan kedatangan mereka untuk melawatnya.
"Doktor bagaimana dengan keadaan anak saya?" soal Puan Jung kepada doktor yang bertugas.
"Anak puan mengalami kecederaan ringan saja walaupun rempuhan tersebut agak kuat. Rasanya Himawari akan discharge dalam dua tiga hari lagi" balas doktor tersebut melangkah keluar dari wad didiami Himawari.
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜Puan Jung terkejut besar sejurus mendapat panggilan daripada pihak hospital. Ganggang telefon rumah diletakkan penuh terketar-ketar.
"Eomma, kenapa ni?" DaWoo dipagut kerisauan apabila wajah Puan Jung ditenungnya kelihatan pucat.
"Himawari dah lari dari hospital"
"MWO?"
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
Pihak polis mengerahkan seluruh anggota untuk mencari Himawari di serata negera tersebut. Namun, pencariannya membawa jalan buntu tatkala sudah melebihi dua minggu.Walau bagaimanapun, pelaku yang mencetuskan kemalangan jalanraya telah ditangkap berikutan video perlakuannya dirakam seseorang menjadi tular di laman sosial. Suspeknya ialah Kwon Hyoora yang didapati bersalah atas kesalahan mengkasari mangsa dengan niat. Kes suspek akan dibawa bicara ke mahkamah tidak lama lagi.
Berbalik kepada situasi mereka berdua, DaWoo menghampiri Hoseok bersama sehelai kertas.
"Hoseok, noona dah jumpa alamat ahli keluarga kandung Himawari yang masih hidup" sehelai yang tertulis alamat diberikan pada Hoseok.Dia pun meneliti alamat tersebut. Mungkin ini lokasi yang bakal mereka menjumpai Himawari nanti
"Osaka, Jepun?" DaWoo mengangguk pasti.
Beg pakaian terus dibawa keluar dari almari sebelum pakaian yang sudah dilipat disumbat ke dalam beg tersebut.
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
Hoseok bersilih ganti memandang alamat dalam kertas dan rumah di hadapan mereka. Nampaknya inilah rumah ahli keluarga terdekat Himawari.Setibanya di hadapan pintu utama, Hoseok mengetuk-ngetuk daun pintu, cuba memanggil penghuni rumah ini.
Tidak lama selepas, pintu gelangsar ditarik sehingga kelihatan pemilik rumah. Wajah penuh kedutan menyapa pandangan mereka berdua."Maaf puan sebab mengganggu, boleh saya tanya sesuatu? Puan ni nenek kepada Nohara Himawari?"
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
Memandangkan tetamu yang bertandang ke rumahnya jauh diterbangkan dari Korea Selatan, jadi Puan Nohara terus menjemput memasuki rumah di ruang tatami.
"Jemputlah jamah makanan tak seberapa ni" sepinggan mochi dan teh hijau dihidangkan kepada mereka berdua.
"Terima kasih puan"
"Panggil saja halmeoni"
"Halmeoni?" Hoseok dan DaWoo saling berpandangan. Mana mungkin panggilan begitu didengari di Jepun, melainkan,
"Kenapa korang cuak pulak? Halmeoni orang Korealah. Nama halmeoni Koo Seuk Myun" bicaranya sambil tersengih memandang wajah kehairanan tetamunya.
"Jadi halmeoni berkahwin dengan mediang atok Himawari kan?" soalan Hoseok yang kedengaran polos membuatkan belakang tapak tangannya ditampar geram oleh DaWoo.
Sekali lagi, Puan Nohara tersenyum. "Mestilah" jawabnya sepatah.
"Tengok kamu berdua ni, teringat pula Takeshi dengan Juliana. Kan seronok kalau mereka masih hidup. Cucu pula entah ke mana dia pergi." si nenek mengambil tempat bersebelahan DaWoo mengeluh panjang.
Mereka sekadar mendiamkan diri, tidak tahu untuk membalas apa-apa.
Tidak lama selepas itu mereka bersalaman dengan nenek Himawari sebelum melangkah pergi dari perkarangan rumah tersebut.
🍉🍉🍉🍉🍉
Ok rasanya next chapter bakal menamatkan fanfic ini, sayonara ✨
YOU ARE READING
【✔️BTS】𝑺𝒂𝒎𝒆 𝑫𝒂𝒎𝒏 𝑪𝒍𝒐𝒕𝒉 • 𝓙𝓾𝓷𝓰 𝓗𝓸𝓼𝓮𝓸𝓴
Teen Fiction©2019 -𝐊𝐇𝐀𝐈𝐍𝐃𝐄𝐑𝐁𝐔𝐄𝐍𝐎 (𝐖𝐀𝐒 -𝐏𝐔𝐁𝐆𝐌𝐈𝐍) 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘𝐋𝐈𝐍𝐄 [BANGTAN SERIES #4] ✧════════════•❁❀❁•════════════✧ Akibat tersilap tegur orang yang pemakaiannya sama seperti kakak sendiri. ✧════════════•❁❀❁•════════════✧ 𝙵𝚎𝚎𝚕 𝚏...