Happy to sad moment, enjoy yer 😽💙
🍉🍉🍉🍉🍉
𝑺𝒂𝒎𝒆 𝑫𝒂𝒎𝒏 𝑪𝒍𝒐𝒕𝒉
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 18Dari tadi, Himawari sekadar mengemam bibir seolah-olah tidak mahu berbual apa-apa bersama Hoseok.
Jejaka yang memfokuskan pemanduan tersenyum apabila mengingati wajah Himawari penuh terkejut sejurus dia menghadiahkan ciuman buat gadis itu.
"Kita dah sampai!" Hoseok memberhentikan kereta di hadapan sebuah rumah.
Himawari yang melihat Hoseok keluar dari perut kereta turut membuat perkara yang sama.
Setelah pengawal keselamatan memberi kebenaran, akhirnya langkah mereka dihayunkan ke perkarangan rumah tersebut.
Himawari kini diserang perasaan hiba setelah melangkah ke sini. Hoseok segera menghampiri gadis itu lalu menghadiahkan satu pelukan ikhlas buatnya.
"Hima chagi ni, tadi beria-ia nak sangat datang sini, tengok-tengok menangis pula" rungutan jejaka telah membuatkan si gadis mendongak kepala berserta riak wajah menyampah.
"Yela rumah ni dah banyak tinggalkan kenangan chagi dengan family. Seok yeobu apa tau? Mentang-mentang dia ada happy family, nak biarkan kita ni sedih sorang-sorang" Hima yang berhati tisu itu kembali menyembam wajahnya pada dada Hoseok. Baginya, itulah tempat paling sesuai untuk luahkan segala kesedihan.
Dengan penuh lembut, Hoseok mengangkat dagu runcing Himawari sebelum merenung dalam wajah jelita milik gadis itu.
"Didn't you forget? You already our family member, my sweetheart" tutur jejaka seikhlas hati sebelum bibir mereka bertaut.
Himawari yang terkedu pada mulanya terus membalas ciuman.
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
"Uihh ponet eden ikut kamu ni Hima oii" rungut Hoseok seperti orang tua setelah hampir lima belas minit berjalan kaki memasuki hutan pokok pine yang terletak berhampiran belakang rumah keluarga Himawari."Halah yeobu ni, tu pun nak penat. Sikit je lagi nak sampai sana. Cepatlah jalan" tubuh Hoseok ditolak Himawari dari belakang.
Selepas melepasi sebatang anak sungai yang jernih airnya, akhirnya mereka tiba di sebatang pokok pine yang kelihatan berbeza dari pokok lain.
"Wow ada rumah pokoklah atas sana!" Himawari tersenyum sendirian setelah mengagak bahawa Hoseok pasti berasa takjub dengan keadaan pokok ini.
Himawari terus melangkah ke hadapan pokok itu sebelum memanjat anak tangga.
"Aik, terkejut je? Tak teringin nak naik ke atas ke?" soal gadis bernada perli.
"Em teringin, tapi yeobu gayatlah" Hoseok meluahkan ketakutannya setelah sekian lama dia hanya terpacak berdiri di pokok tersebut.
"Mehh ler, tu pun nak takut" pelawaan Himawari itu membuatkan Hoseok menelan liur penuh perit.
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜Setelah mengumpulkan keberanian untuk memanjat, akhirnya Hoseok dan Himawari berada di rumah pokok.
"Tak tinggi mana pun rumah pokok dari bawah" Hoseok meluahkan kata-katanya penuh takbur.
"Berlagak!" Himawari mempamerkan wajah menyampah. Tiba-tiba mindanya mula merangka sesuatu untuk kenakan Hoseok.
Hoseok berdiri, untuk menikmati pemandangan hutan pokok pine yang cukup indah. Ketika dia seronok melewati bahagian balkoni, tiba-tiba tubuh terdorong hingga ke hujung penghadang kayu.
Dia mula diserang gayat tatkala pandangannya terus melihat ke bawah. Mual dan pening tiba-tiba menyerang dirinya.
"Hah, lain kali jangan cakap takbur, kan dah terima balas" Himawari tersenyum kemenangan seusai dia dapat kenakan buah hatinya.
"Ampun Hima, yeobu takkan cakap macam tu lagi" rayu Hoseok yang berasa dirinya dalam bahaya. Dalam keadaan memejam, dia mencapai sesuatu untuk dipaut.
Setelah menggapai sesuatu, Hoseok pun merentap untuk memudahkan dirinya kembali berdiri statik. Namun, disebaliknya kejadian ini, Himawari sudah menjerit seperti terkena histeria.
"Seok, tu rambut palsu saya!"
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜Hoseok berpeluk tubuh sedang memandang Himawari yang sudah botak.
"Tell me the truth, kenapa awak tak ada rambut?" soal Hoseok mencari kepastian daripada buah hatinya.
Ini kali kedua Hoseok melihat Himawari sebegini. Kali pertamanya ketika mereka berusia 13 tahun, sewaktu itu Hoseok memanggilnya untuk keluar bersama.
Dan kali ini, Hoseok perlu ketahui apa yang dirahsiakan oleh Himawari selama ini.
"It's genetic problem" jawabnya penuh ketakutan. Sedar akan kekasarannya kerana memaksa Himawari untuk memberi jawapan, Hoseok meraih tangannya.
"Look, saya bukannya nak marah. Tapi kita berduakan dah berjanji takkan berahsia sesama sendiri, aren't you remember, my sugarplum?" Hoseok mengelus lembut pipi kekasihnya.
Himawari menunduk ke bawah bersama linangan air mata. "Maaf Seok, saya dah langgar janji kita" bicaranya berserta tersedu sedan.
"It's okay, my dear. Lepas ni jangan buat lagi" pesan Hoseok penuh lembut sebelum membawa tubuh Himawari ke dalam dakapan.
...
Sorry Seok tipu kau hidup-hidup, mungkin aku mati baru kau tahu kebenarannya.
🍉🍉🍉🍉🍉
Himawari ni kuat berahsia rupanya, moral of the story jangan jadi macam Himawari, bahaya 🤯
YOU ARE READING
【✔️BTS】𝑺𝒂𝒎𝒆 𝑫𝒂𝒎𝒏 𝑪𝒍𝒐𝒕𝒉 • 𝓙𝓾𝓷𝓰 𝓗𝓸𝓼𝓮𝓸𝓴
Novela Juvenil©2019 -𝐊𝐇𝐀𝐈𝐍𝐃𝐄𝐑𝐁𝐔𝐄𝐍𝐎 (𝐖𝐀𝐒 -𝐏𝐔𝐁𝐆𝐌𝐈𝐍) 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘𝐋𝐈𝐍𝐄 [BANGTAN SERIES #4] ✧════════════•❁❀❁•════════════✧ Akibat tersilap tegur orang yang pemakaiannya sama seperti kakak sendiri. ✧════════════•❁❀❁•════════════✧ 𝙵𝚎𝚎𝚕 𝚏...