9

270 50 23
                                    

𝑺𝒂𝒎𝒆 𝑫𝒂𝒎𝒏 𝑪𝒍𝒐𝒕𝒉
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 09

"Eh kenapa menangis ni?"

Segera tubuh genit Hima dibawa ke dalam dakapan. Rambut hitam keperangan milik Hima kuselitkan belakang telinga untuk melihat raut wajahnya. Sejujurnya aku sesekali tak boleh melihat orang menangis. Pasti aku akan terikut-ikut untuk menangis sekali.

"Ending no—novel ni sedih gila, aku ba—bagi '5 hiks' " tersedu sedan Hima membalas.

Aku tersentak akan jawapannya, fuhh feeling habis minah ni. Tawa kecilku mula meletus, tak menyangka dalam menangis, Hima menyempat buat lawak hambar.

Himawari yang berlinangan air mata turut ketawa sekali.

"Kau ni, bab-bab membaca novel cinta memang feeling teroks macam ni ke?"

"Eh haruslah, dah diri sendiri takleh reka jalan cerita. Sumbangkan air mata pada novel yang dibaca memang berbaloi" ujarnya sebelum air mata yang berbaki di tubir mata dikesatnya.

Walaupun bicaranya agak sedikit gila bahasa, namun aku sambutnya dengan ketawa terbahak-bahak. Pelukan terus dipereratkannya.

.....

Terima kasih Jung Hoseok kerana sentiasa bersama di saat aku perlukan kau. Kuranglah sedikit migrain yang tiba-tiba menerjah tika kubaca novel tadi.

Dan maaflah kalau sikapku berubah secara drastik, aku sendiri tak dapat kawal sejak-sejak kecelaruan emosi menyelubungi diri dari tahun lepas.


❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

Memori kejadian 2 bulan lepas mula menyingkap kembali dalam benak fikiranku tatkala selama tempoh itu juga, Himawari tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah.

Katanya, dia berada di luar negara mengikuti ayahnya outstation.

"Lama termenung bang. Teringatkan siapa pulak?" soalan berbaur perlian telah menyedarkan diriku dari mengelamun di tingkap. Ralit betul aku memerhatikan suasana luar rumah yang dihiasi pokok-pokok yang berwarna keperang-perangan daunnya.

Aku sekadar menggeleng, malas nak membuka mulut. Tiba-tiba, aku sedikit terkesima tatkala lengan seseorang sengaja direhatkan atas bahuku.

"Tak payah nak tipu aku, Hoseok. Mesti kau teringatkan si Himalaya tu kan?" tebak Jimin. Aku pun membalasnya dengan segaris senyuman tipis lalu menampar bahunya.

"Tak baiklah cakap macam tu, nama dia Himawarilah" lengannya segera kuturunkan dari bahu, tiba-tiba rasa lenguh.

"Yela Jung HoSeok oi~" pandanganku mula tertumpu pada Jimin apabila dia  duduk bertinggung berhadapan sesuatu berbulu di atas lantai, dan pasti ianya bernyawa.

Aku bingkas bangun dari birai katil lalu menghayun langkah ke arahnya.

"Comelnya~" aku rasa takjub lantaran seekor anak kucing berbulu putih dan kembang bergolek-golek atas lantai.

"Bila masa ada kucing dalam bilik kau?"

"Ada je, kau tu yang berangan banyak." seloroh Jimin berbicara sambil mengusap lembut bawah dagu kucing comel itu. Aku hanya mampu mengetap gigi tanda berasa geram dengan selorohnya, sabo jelah.

"Kucing kau ke ni?" soalku polos.

"Taklah, dua pupu aku suruh jagakan Udon ni sementara dorang sekeluarga bercuti dekat Malaysia" balas Jimin sambil menghalakan pancaran laser pada Udon sehingga anak kucing ini mengikuti laser tersebut. Aku pun mengangguk setelah mengetahui perkara sebenar.

"Kesian Udon kena tinggal" sengaja kututur sebegitu, bukannya Udon faham.

"Meow, meow... (Ingat aku kesah?)" Udon lantas memberhentikan langkah daripada berlari mendapatkan cahaya laser.

Aku tergamam tatkala terdengar bahasa diperkatakan Udon, cukup jelas kedengarannya.

"Kau dengar tak U—udon cakap apa?" soalku terketar-ketar pada Jimin.

"Mestilah dengar, dia meowlah. Mungkin dia cakap hai pada kau" kata Jimin, cuba menyakinkan aku.

"Meow, meow... (Kau dengan tuan aku saja yang faham, orang lain takkan faham)" kata Udon sambil memaparkan wajah agak seram buat aku tapi comel dilihat oleh Jimin.

🍉🍉🍉🍉🍉

Hehe, Udon kucing kesayangan anda kini kembali ❤️

【✔️BTS】𝑺𝒂𝒎𝒆 𝑫𝒂𝒎𝒏 𝑪𝒍𝒐𝒕𝒉 • 𝓙𝓾𝓷𝓰 𝓗𝓸𝓼𝓮𝓸𝓴Where stories live. Discover now