17

194 39 18
                                    

Wauthormelon nak kasi Hoseok×Himawari sweet moment, korang kasi vomments tau? 😽💜

🍉🍉🍉🍉🍉

𝑺𝒂𝒎𝒆 𝑫𝒂𝒎𝒏 𝑪𝒍𝒐𝒕𝒉
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 17

"Unnie dah ke belum ni?" Himawari mencebik disaat dirinya menjadi model paksa oleh kakak angkatnya. Pakaian yang mencolok mata cukup tidak selesa buat dirinya.

"Jap Hima oii, kamu tu baru lima minit pakai baju tu. Bagi unnie tangkap gambar banyak-banyak. Posing kasi reciks hawaw sikit!" arah Jung DaWoo sambil memfokuskan kamera digital ke arah gadis tersebut.

Sejak-sejak menjadi pengkritik fesyen separuh masa, DaWoo akan menggunakan masa yang terluang untuk mengekspresikan minatnya terhadap fesyen melalui fotografi.

Pakaian yang tersarung pada tubuh Himawari itu merupakan sebahagian dari koleksi peribadinya, yang jenamanya dikenali sebagai Mejiwoo.

Selepas puluhan gambar ditangkap oleh DaWoo, Himawari mengeluh panjang. "Unnie dah ke belum ni?" soal Himawari buat kesekian kalinya.

"Haah" terpancar wajah gembira mendengarkan khabar berita itu.

"Betul ni, unnie?" soalnya untuk kepastian. DaWoo unnie bukan boleh percaya sangat!

"Yup, untuk baju ni. Nah pakai baju ni pula" pakaian musim luruh sedikit tebal dihulurkan pada Himawari. Nampaknya belum selesai lagi rupanya.

"Eh kenapa ada dua ni?"

"Yang besar tu bagi Hoseok pakai. Yang kecil tu kamulah pakai"

Dengan pasrah, Himawari mengikut arahan DaWoo. Dia membuka langkah ke bilik abang angkatnya.

❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

"Ha gitulah unnie nak! Kasi posing mengancam sikit!" jari gadis bernama DaWoo ligat menekan punat kamera setelah fokusnya tepat akan kemahuannya.

Seperti mengikut arahannya, pasangan kekasih yang berpakaian sedondon ini menghadiahkan gaya yang bersesuaian dengan konsep pakaian mereka.

Meskipun gaya amat menawan dan menarik perhatian, namun suasana ruang tamu kediaman keluarga Jung kurang bersesuaian akan konsep musim luruh.

"Em apa kata kita tangkap kat luar? Lagipun banyak cahaya semula jadi, so nanti gambar ditangkap lagi mantap!" DaWoo berfikir akan cadangan Himawari.

"Bagus jugak cadangan tu"

"Ish mana boleh. Mommy dan papa dah bagi amaran dekat kamukan haritu? Takkan dah lupa kot" Hoseok memberikan peringatan buat Himawari akan pesanan yang dititip ibubapa sebelum mereka meninggal dunia.

"Tapi Hima teringin juga nak merasai musim luruh, dari dulu mampu tengok dari dalam rumah je" Himawari mencebik sedih sejurus melontarkan kenyataan yang dipendam selama ini.

"Alah Seok bolehlah, sekali ni je. Lagipun noona nak sangat gambar korang berdua dalam kamera ni. Bukan selalu noona murah hati nak tolong tangkap kamu berdua" pinta Dawoo.

Melihatkan mereka berdua merayu-rayu, Hoseok menghela nafas pasrah sebelum bersetuju untuk menangkap gambar luar rumah.

❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

Himawari tersenyum riang disaat tubuhnya dihempaskan atas timbunan daun yang berguguran di laman rumah. DaWoo yang melihat ekspresi gembira adik angkatnya lantas menekan punat kamera.

"Urm-terima kasih untuk gambar semua ni dan Hima nak mintak maaf pasal haritu sebab tengkingkan unnie dan Hoseok oppa dulu" terdetik hatinya untuk luahkan apa yang dipendamnya.

"Alah, tak apalah. Lagipun salah unnie jugak pakai baju sama dengan Hima, sampaikan Seok pun tersilap tegur" lantas mereka berdua tertawa besar akibat menyingkap kembali kisah lalu, yang agak memalukan buat Hoseok.

Hoseok melihat mereka berdua terus tersenyum, meskipun tidak tahu apa yang diperkatakan oleh DaWoo dan Himawari. Lagipun, bukan selalu Himawari mempamerkan senyuman sebegini rupa.

"Seok, dok tersengih-sengih apa? Datang sini cepat!" sebelah tangan yang tidak memegang apa-apa lantas dilambai Dawoo.

Hoseok pun melajukan langkah menghampiri Dawoo dan Himawari.

"Noona nak korang berdua buat posing untuk paling cute yet mengancam, keyhh?" mereka tersentak akan permintaan DaWoo, ada saja idea yang pelik menghambur keluar dari mindanya.

Hoseok dan Himawari saling berpandangan seperti mahu satu sama lain berfikir untuk menggayakan postur yang paling sesuai, seperti yang dipinta DaWoo.

"Ok I got one!" Hoseok tersengih penuh makna sebelum mengenyitkan mata buat gadis dihadapannya. Himawari mula tak sedap hati akan gerak geri jejaka ini, sememangnya tidak dapat diramal.

"Ok get ready! One! Two! Three!"

Secara spontan bibir merah bak delima milik Nohara Himawari dipagut oleh jejaka bernama Jung Hoseok.

Selaku jurugambar merangkap pengkritik fesyen, gambar yang ditangkapnya sememangnya yang paling terbaik! Tambahan pula, pakaian sedondon mereka cukup menggambarkan musim luruh yang sebenarnya.


🍉🍉🍉🍉🍉

Bila pakwe jadi adik beradik angkat hehe, makin menjadi-jadi Hoseok seketoi ni haih 🙈💜

【✔️BTS】𝑺𝒂𝒎𝒆 𝑫𝒂𝒎𝒏 𝑪𝒍𝒐𝒕𝒉 • 𝓙𝓾𝓷𝓰 𝓗𝓸𝓼𝓮𝓸𝓴Where stories live. Discover now